170: bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri, cool atau tidak?

Azli (bukan nama sebenar), rakan sekerja Abang Nazs datang melepak dengan kami kelmarin, menyertai grup borak-borak sambil ngopi antara aku dan Abang Nazs. Sembang punya sembang, terkeluarlah kisah tentang si Azli ini yang sedang menjalin hubungan separa serius dengan Suffiah (bukan nama sebenar). Apa yang menariknya ialah Suffiah ini sebenarnya bekas kekasih kepada Yazzif (bukan nama sebenar), seorang rakan sekerja Azli dan Abang Nazs.

Persoalannya ialah;

Bolehkah anda bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri?

Bagi sesetengah orang, bekas kekasih kawan sendiri adalah a definite off limit. Ini adalah jika diberi pilihan antara dua, kawan sendiri atau si dia yang (berpotensi) untuk jadi kekasih anda, rasanya ramai yang akan pilih rakan sendiri kerana menurut Abang Nazs; "Relationships come and go but friendship lasts forever."

Takut juga jadi situasi di mana kawan anda bercinta dengan ex anda dan seterusnya kawan anda pula yang sisihkan anda.
Tak ke naya kalau macam tu?
Ada pula orang, seperti Azli, berpendapat bahawa wujudnya suatu time-period yang diperlukan untuk seseorang itu menunggu sebelum 'masuk jarum' dan bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri itu. Ini adalah untuk memberi masa dan ruang kepada si kawan untuk menyesuaikan diri dan melupakan bekas kekasih itu agar tidak timbul situasi yang awkward.

Macam tunggu waktu idah pulak bunyinya. Menurut artikel yang aku jumpa dalam Blog Ibu Hamil ni:

Idah ialah masa menunggu yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas seorang perempuan yang dicerai oleh suaminya sama ada cerai hidup atau cerai mati.
  
Ok. Off-topic lah pulak. Teehee...

Aku ada jumpa satu video kat YouTube yang cakap pasal topik yang sama. Jom cekidaut...



Anyways, apa kata korang? 

Kongsi-kongsi la kat ruangan komen ye?

Kthnxbai.

Ulasan

Sofi Zainuddin berkata…
it's happen to me ...

which is, my abg angkat now kapel ngan my ex .. mwahahaha .. cool jer x der masalah pun
shandye. berkata…
@BB.B.Com: ada sesetengah orang boleh terima la kot gamaknya. but for me, ex kawan sendiri adalah off limit. i tanak hurt my friend's feeling. lagipun leh cari lain, takkan nk stuck with my friend's ex jugak2. ngee...
Faizal Sulaiman berkata…
its happen to me.kawan serumah lagi yg kapel dengan girl yg I minat ni

Dah kahwin pun baru2 ni

perasaaan? Tuhan je tahu
e k i n berkata…
Tak pernah ada pengalaman, tp bg pendapat aku, sangat tak patot. secara tak langsung, hubungan ngn kwan tuh jd janggal. D:
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: gosh. tak tahu nk reply ape. but then again, kita doakan ajelah jodoh diorang berpanjangan. maybe si dia dh mmg bukan jodoh awk nk buat cemana....
shandye. berkata…
@e k i n: setuju. secara tak langsung hubungan dengan kawan tu akan jd janggal. dah takleh lepak sekali... huhuhu....
[sutera kasih] berkata…
hmmm..hmmm..hmmm...hmmmm
okey jerr..asalkan tak kacau hidup saya, sudah huhu
nn berkata…
banyak terjadi dekat budak-budak sekolah aku rasanya. setakat ni tengok diorang macam ok je. ada yang dah nak kahwin. bagi diorang ok lah kot. lagipun bercinta zaman sekolah ala-ala puppy love kan. dah besar serius relationship. lain caranya.

bagi aku sendiri, mungkin betul kata azli (bukan nama sebenar)

"wujudnya suatu time-period yang diperlukan untuk seseorang itu menunggu sebelum 'masuk jarum' dan bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri itu"
shandye. berkata…
@[sutera kasih]: tp rasanya pandangan akan berubah kot kalau itu kawan baik awk... ye tak?
shandye. berkata…
@nn: as much as we wanted to claim that kita ni dewasa dan matured enough to handle such complication antara kawan kita dan ex dia, somehow kita akan still affected by it...
Saiful Bakhtiar berkata…
cinta tak kenal sesiapa tp tak smpai ati le...
shandye. berkata…
@Saiful Bakhtiar: betul tu. tak sampai hati nk buat camtu kat kawan sendiri. huhuhu....
Cik Bambam berkata…
bercinta lepas clash xper lar.. kot bercinta be4 clash tuh..haaa.. mmg kau skandal lar tuhhh!! heheheh
fufsayd berkata…
tak salah lah...klu kawan kita tu rasa sakit hati, ianya adalah salah mereka kerana memilih untuk sakit hati. live life lah..buat apa nak risau apa yang orang fikirkan.
Unknown berkata…
Memerlukan pendapat semua.. actually jd kat aku but aku lah ex tersebut.. aku kawan dgn dua2 lelaki ni.. tp llki yg 1 tibe2 serius nk couple dgn aku.. tp aku ltakkn syarat nk dia berubah jd lebih baik baru aku terima dia.. tp dia fikir kteowg da couple.. lama kelamaan dia masih tak berubah.. aku da mula tawar hati dgn 1001 alasan yg dia bg.. jd aku putuskan hubungan dgn dia.. cuma berkawan je.. tp dia xboleh terima.. tak lama lepas 2 aku mula rapat dgn lelaki 2.. dia sgt2 care pasal aku.. dia xpernah amik port pn pasal hubungan aku dgn llki 1.. terus hati aku pn terbukak utk llki 2 ni.. dan dia pn suka dkt aku.. tp sekarang llki 2 dalam dilema sbb llki 1 da mula menjauh dgn llki 2.. jd llki 2 pn cuba jgk menjauh dgn aku walaupn llki 2 sgt sayang dgn aku.. jd apa yg harus aku buat?