Azli (bukan nama sebenar), rakan sekerja Abang Nazs datang melepak dengan kami kelmarin, menyertai grup borak-borak sambil ngopi antara aku dan Abang Nazs. Sembang punya sembang, terkeluarlah kisah tentang si Azli ini yang sedang menjalin hubungan separa serius dengan Suffiah (bukan nama sebenar). Apa yang menariknya ialah Suffiah ini sebenarnya bekas kekasih kepada Yazzif (bukan nama sebenar), seorang rakan sekerja Azli dan Abang Nazs.
Persoalannya ialah;
Bolehkah anda bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri?
Bagi sesetengah orang, bekas kekasih kawan sendiri adalah a definite off limit. Ini adalah jika diberi pilihan antara dua, kawan sendiri atau si dia yang (berpotensi) untuk jadi kekasih anda, rasanya ramai yang akan pilih rakan sendiri kerana menurut Abang Nazs; "Relationships come and go but friendship lasts forever."
Takut juga jadi situasi di mana kawan anda bercinta dengan ex anda dan seterusnya kawan anda pula yang sisihkan anda. Tak ke naya kalau macam tu? |
Macam tunggu waktu idah pulak bunyinya. Menurut artikel yang aku jumpa dalam Blog Ibu Hamil ni:
Idah ialah masa menunggu yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas seorang perempuan yang dicerai oleh suaminya sama ada cerai hidup atau cerai mati.
[sumber]
Ok. Off-topic lah pulak. Teehee...
Aku ada jumpa satu video kat YouTube yang cakap pasal topik yang sama. Jom cekidaut...
Anyways, apa kata korang?
Kongsi-kongsi la kat ruangan komen ye?
Kthnxbai.
Ulasan
which is, my abg angkat now kapel ngan my ex .. mwahahaha .. cool jer x der masalah pun
Dah kahwin pun baru2 ni
perasaaan? Tuhan je tahu
okey jerr..asalkan tak kacau hidup saya, sudah huhu
bagi aku sendiri, mungkin betul kata azli (bukan nama sebenar)
"wujudnya suatu time-period yang diperlukan untuk seseorang itu menunggu sebelum 'masuk jarum' dan bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri itu"