163: jatuh cinta pada cikgu sekolah, cool atau tidak?


Cakap-cakap pasca-Terawikh malam kelmarin bersama Abang Nazs membawa kepada satu topik perbualan yang aku kira wajar aku kongsi bersama pembaca blog semua.

Pernah jatuh cinta pada cikgu sekolah anda?
gila kau cikgu hensem camni, sape tak tergugat?

Cikgu, professor, jurulatih… mereka juga manusia biasa. Terkadang kalau ada yang kacak sedikit, atau yang manis bertudung, kita tidak dapat menolak daripada memuji. Daripada bibit-bibit pujian ini, terbit pula rasa minat. Mereka inilah yang membikin kita sukar untuk beri konsentrasi total di dalam kelas kerana lemas dalam fantasi yang hanya kita sahaja alami. Suatu euforia yang mengkhayalkan.

Aku terpanggil untuk mengingati Ustaz Roshidan. Cikgu subjek Pendidikan Islam ketika aku di sekolah menengah. Dia aku kategorikan sebagai individu yang ‘should definitely quit his actual job and be a model’. Serius!
seriously ticher, you should be a model!

Sebelum ramai yang serang aku dengan gay-bashing-slur dan macam-macam kecaman homofobik, aku bilang awal-awal… kalau tak suka baca, boleh pergi jauh-jauh.
Dengan rambut ala Darren Criss (walaupun bergelar ustaz, beliau tidak bersongkok), mata tajam separuh sepet persis Awal Ashaari, bohonglah kalau aku bilang ramai cikgu-cikgu perempuan yang bujang berangan ber-boyfriend-kan beliau. Ustaz Roshidan stuck out like a sore thumb sebab dia berpakaian bukan seperti ustaz tipikal yang kalian boleh jumpa di sekolah-sekolah. Kemejanya sentiasa kemas bergosok dengan lengan dilipat hingga paras siku. Kalau bukan tali leher, dasi kupu-kupu rona hitam jadi pilhan. Dia selalu datang sekolah memakai loafers. Dia bilang kasut kulit hitam itu sudah passé.

Tamat darjah enam dan berpindah ke sekolah menengah, aku tidak lagi punya sebarang berita tentang Ustaz Roshidan. Kali terakhir bertemu pun secara tidak segaja ketika aku di tingkatan lima. Itupun bertemu di param Gelugur, disaksikan 7-Eleven dan gerai nasi kerabu. Oh, suatu coincident unik pula sekarang pun bulan puasa juga! Ketika itu Ustaz Roshidan masih segak dan stylish macam dulu. Mulalah aku bikin konspirasi nakal dalam kepala yang andaikan dia gay. Aku beranikan diri untuk tegur dia dan benar-benar tidak sangka yang dia masih lagi mengenali aku!

Dia kata aku tambah tinggi tetapi tidak terkurang jambunya. *blushing*

Aku pelawa dia datang beraya dan minta dia hadir bersama tunangnya (sekadar memancing kerana ingin tahu statusnya pada ketika itu) dan dia hanya tertawa dan beritahu yang dia masih bujang. Menambahkan lagi alibi yang mengukuhkan spekulasi liarku terhadap dirinya yang berkemungkinan seorang gay.

Puas aku stalk puluhan profile Facebook dengan harapan aku bakal ketemu dengan profil Ustaz Roshidan. Hampa. Tiada. Tak apalah. Mungkin dia salah seorang yang (walaupun kini TERAMATLAH JARANG) tidak mempunyai profil Facebook.

Abang Nazs juga berkongsi kisah bagaimana dia pertama kali jatuh cinta pada tutornya ketika dia di USM dulu.

“Nama dia August Anak Ata, Kristian Bidayuh. Hensem! Swimmer dan main ragbi masa dia belajar oversea dulu. Ingat lagi ada satu ketika tu saja je banyak kali set appointment nak jumpa dia. Kononnya nak consult pasal assignment, padahal sengaja je nak usyhar dia puas-puas in his office attire. Hehehe… dua sem jugak la sempat belajar dengan dia. Such a great tutor. Dedicated dan tak lokek dengan ilmu. In fact, I do believe that dialah yang banyak ajar guna SPSS masa tengah struggle nak buat thesis dulu.”
sure takde masalah mengantuk klu semua ticher yummeh cenggini. =)

Jadinya aku kira jatuh cinta pada tenaga pengajar ini ada juga baiknya. Kita jadi tambah fokus, gigih dan bernafsu untuk belajar. Namun semua yang baik pasti ada buruknya juga. Ye tak?

Apa pengalaman korang tentang isu ni?

Syerlah kat ruangan komen.

Teehee…

=)

[semua gambar diambil terus dari SINI]

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
hahahahaha..yang penting bila ada crush, boleh fokus.

kadang2 terbayang juga.hahahaha

nice entry.aku suka!
hamizah afifah berkata…
suke tu x pernah lar..tp bila ada cikgu encem yg mngajar mmg bersngt dye lebih dari cikgu prmpuan yg grang2 tu ngjar lar..haha..

i like english teacher, bcoz most of then are hendsem...arghhh..nk ckp suke omputeh sbnrnyer.. = ="
hanaahmad berkata…
aku jatuh cinta tu taktau nak cakap tapi suka dan terlalu kagum tu ada. nak-nak cikgu praktikal banyak hensem ohhh!

*er..kau gay?
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: betul tuh. tp so far kat my current uni takde la rasa mcm tuh.. hahaha...
shandye. berkata…
@cik rama-rama: waa... taste tinggi nih minat omputeh! hehehe...
shandye. berkata…
@hanaahmad: haha. rasanya semacam suatu underlying tactic kot utk hire guru2 muda yg hensem2 sbb nk tarik perhatian student. cemana tu? hahaha.....
solomolo berkata…
sy tak jatuh cinta ngan cikgu, tapi ada cikgu yg jatuh cinta ngan sy...
kalau sama2 jatuh cinta?
[sutera kasih] berkata…
errr...tak pernah ada pglmn jatuh cinta dgn tenaga pengajar...sebab mostly tua-tua belaka dan milik org hoho
shandye. berkata…
@solomolo: waaa... beruntungnya! mesti dapat special treatment, ye tk? hehehe...
shandye. berkata…
@President: bahye tu. nnt jd mcm aria dgn chekgu dia dlm cter pretty little liars tu. ngee...
shandye. berkata…
@[sutera kasih]: kann?? kat uni tempat sy belajar pun takde yg menarik perhatian... lalalalalala....
Julie Anne berkata…
aku pernah jatuh cinta dengan seorang cikgu dan i am 85% positive cikgu itu syokkan ku jua hahaha

tapi....cinta bukan milikkkkk kitaaaaaaaaa...semuaaaaaa harus berakhiiiiirrrrrrr...heyyyyyyyyy yyeaahhhh...iyeahhhhhhhhhh..heyyy...

motip?

cikgu AZI, 2001..hehek
shandye. berkata…
@Julie Anne: mohon dinovelkan kisah ini. sounds like a good plot to expand. hahaha....
Julie Anne berkata…
@shandye.

jadi tajuknya nanti apa? PEDO? haha
PEDO - sebuah novel Julie Anne sounds cool aye?
shandye. berkata…
@Julie Anne: what about ADIK? hehehe... sounds innocent enough but slightly kinky kot. =)
inafahim berkata…
Sya pown prnah jdi camni gak . . Tp ssh jgkla sbb bler ckp lebey2 psl cikgu 2 jer mesti ader yg ckp sy lesbians . . Benci btl . .