179: cabaran 30 hari berpuasa - hari #29.

nampaknya berjaya jugak aku update buat siri cabaran 30 hari berpuasa ni. bukan apa... ni sebenarnya motivasi kepada diri sendiri untuk sentiasa kemaskini blog.

makin hari, aku tak nafikan terasa makin malas nak update blog. bila tekan new post pada dashboard, jari-jari jadi kaku. entahlah...

lagipun lately aku agak sibuk. dengan persiapan nak kemas rumah untuk raya lagi, tolong mak settle-kan order kek dgn coklat lagi... ye... agak sibuk ye di situ...

ditambah pulak dengan malam-malam aku spend sekitar 2 jam untuk projek penulisan aku. saja suka-suka. tak ada pasang cita-cita pun nak ia diterbitkan. tapi atas dorongan kawan-kawan (Abg Nazs, Abg Iz, Firdsz dan ramai lagi) tak salah rasanya kalau mencuba, ye tak?

oklah. bebel panjang pulak.

kali ni aku takde snap gambar juadah berbuka sebab betul-betul tak sempat nak snap. hehe.

di kesempatan ini juga aku nak ucapkan:
selamat hari raya, maafkan segala khilaf yang ada sepanjang aku bertindak sebagai blogger dan korang sebagai pembaca. mana nak tau kot-kot ada yang korang terasa, termakan hati ke hapa ke.... maklumlah... kita tak tahu, ada tulisan kita tu akan offend sesiapa....

oklah uols... nak pergi gosok baju melayu pulak.

babai.

=)

Ulasan

Hans berkata…
selamat hari raya
maaf zahir batin
:-)
shandye. berkata…
@Hans: hehe... salam lebaran kepada kamu juga! semoga dimaafkanlah segala khilaf yang ada sepanjang kita berkenalan sebagai rakan blogger ye?
[sutera kasih] berkata…
selamat hari raya shandye..fuhh akhirnya habis jgk cabaran 30 hari tu..hehe

mmohon maaf jgk andaikata terkasar bahasa sebelum ni..penulisan yg membuat terasa hari bagai ke..i'm sorry :)
Cik Bambam berkata…
tak terlambat nak wish raya lagi kannn u olls~!

selamat hari rayeeee!!
maaf zahir batin selama kita berblogging nie yek.. :)