161: bila penulis novel jerat balas komen aku.

Novel keenam (yep, you heard me right... keENAM) penerbit bukan arus perdana, Fixi yang berjudul 'Jerat' bakal dilancarkan secara rasminya pada pertengahan September nanti. Bagi mereka yang tidak sabar, boleh klik SINI untuk baca cuplikan bab pertama novel 'Jerat' ini.

Jujurnya aku sendiri tidak sabar untuk memiliki dan membaca jerat. Membaca sinopsisnya saja sudah memadai untuk aku tergiur untuk menyudahkan pembacaan novelnya itu.

Berbeza dengan novel-novel terbitan Fixi sebelum ini, 'Jerat' merupakan hasilan seorang penulis perempuan, bernama Dayang Noor. Jerat mengisahkan komplikasi yang timbul selepas watak utamanya yang bernama Shereen hilang ingatan selepas berlakunya sebuah kemalangan dan pembunuhan. Selepas itu Shereen harus mencantumkan kembali serpih-serpih memori di samping merungkai permasalahan yang ada. Menurut penulis, novel ini sarat dengan terminologi dan jargon-jargon IT. Aku harap ia tidaklah terlalu sukar untuk difahami.

Aku terpanggil untuk singgah di blog penulis dan mengetahui bahawa beliau mengambil masa hanya lima minggu untuk siapkan naskhah sekitar 60,000 patah perkataan.

LIMA MINGGU!

Sememangnya aku kagum dengan sesiapa sahaja yang mempunyai daya tumpuan yang tinggi sebegitu kerana bukan senang hendak kekalkan momentum untuk menulis, lebih-lebih lagi menulis secara berterusan seperti sebuah novel. Namun begitu, ini tidaklah begitu menghairankan kerana penulis tersohor kegemaranku Stephen King pernah menyatakan bahawa dia menyiapkan novel 'The Running Man' dalam tempoh satu minggu sahaja.

Apa-apapun, aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua, apa yang Dayang Noor balas pada komen yang aku tinggalkan dalam entri Jerat: How It All Started beliau.

double-click untuk paparan yang lebih besar.

Ayat ini 'Tak perlu rasa rendah diri dengan karya orang lain yang kita rasa lebih bagus sebab setiap penulis ada kelebihan masing-masing' benar-benar buat aku tersenyum, benar-benar membakar semangatku untuk menulis.

InsyaAllah... kalau ada rezeki tak ke mana. Ye tak?

Ulasan

FaizalSulaiman berkata…
menulis weh.jangan patah semangat.

aku juga sedang mencari cerita segar yang segar sangat sangat.hehe
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: sumpah touching bila penulis novel itu sendiri cakap camtu! hehehe...
Yeah, cantik ayat-ayat tu. :)
shandye. berkata…
@Amirul Faiz Abd. Razak: thanks sebab sudi singgah! hehehe...
Cik Bambam berkata…
Aku janji aku beli naskah kau.. cepat tulis habiskan naskah kau okeh!! :P
shandye. berkata…
@Cik Bambam: insyaAllah klu ada rezeki... aku siap sign lg khas utk uols! hahaha...
skulluv berkata…
nak ambil gambar tu boleh?

shandye. berkata…
oh. silalah. btw, terima kasih kerana sudi singgah sini.