351: [siri ulasan buku] #33 - asrama karya muhammad fatrim.

ASRAMA mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dahlia yang nekad mahu berpindah sekolah dan tinggal di sebuah asrama di mana penghuni-penghuni sedia adanya semacam menyimpan 1001 kisah lampau yang perlahan-lahan terungkai. Aku membaca ASRAMA dengan suatu mind-set dan pengharapan yang agak tinggi sebenarnya atas beberapa sebab. Pertama, kerana ini bukan karya Muhammad Fatrim yang pertama. Kedua, kisah yang dipaparkan berkisarkan latar asrama, sesuatu yang aku sendiri boleh kaitkan dengan pengalaman peribadi. Ketiga, rasanya ini merupakan genre psikologi-seram pertama buat FIXI (walaupun ramai yang beranggapan bahawa novel sulung aku, BISIK itu merupakan satu cerita seram). Keempat, ini merupakan genre kegemaranku sebenarnya; melihat kepada variasi bahan bacaanku di Goodreads sudah cukup memadai untuk menyerlahkan yang aku gemarkan sisi seram karya Stephen King, Anne Rice atau psychologically challenging seperti Chuck Palahniuk.

Apa-apapun, nyatanya aku meletakkan satu benchmark yang agak tinggi sebenarnya terhadap novel ASRAMA ini kerana usai membaca karya Muhammad Fatrim yang setebal 287 halaman ini, aku meletakannya ke sisi, dengan pelbagai rasa tidak puas hati yang membungkam.

Jangan salah faham. ASRAMA nyata berjaya menyuntik nuansa seram/cemas yang menjadi tunjang utama kepada kekuatan cerita ini. Namun pada hemat aku, ia agak gagal dari segi menyampaikan perasaan itu secara total. Faham, tak? Mungkin oleh kerana aku sudah terbiasa benar dengan gaya penceritaan the master of horror craft iaitu Stephen King, menyebabkan aku merasakan bahawa tahap keseraman ASRAMA ini biasa-biasa sahaja, malah kalau hendak diikutkan agak klise sebenarnya.

Bab pertama ASRAMA adalah pemangkin utama yang berjaya memancing pembaca untuk terus duduk (atau dalam situasi aku, berbaring) dan terus membaca hingga ke halaman-halaman berikutnya. Namun begitu, laras bahasa penulis yang semacam agak kejung (kerana rasanya dia masih lagi terikut-ikut dengan gaya penulisannya di penerbit yang lagi satu) membuatkan penceritaan terasa seperti dipaksa. Aspek 'memberitahu' dan bukan 'bercerita' acapkali memotong rasa seram yang baru sahaja hendak dimunculkan, menjadikan sesetengah bahagian dalam novel ini hilang elemen 'kejutannya'.

Aku kira ada baiknya kalau penulis mengkaji dan meneroka lagi aspek misteri yang menyelubungi entiti yang dinamakan sebagai Pengait di dalam cerita ini, kerana pada hemat aku di situlah sebenarnya kekuatan sebenar cerita ini. Tanpa mahu meletakkan sebarang spoiler, aku kira kisah seram dan tragis yang menimpa Dahlia bahana daripada gangguna Pengait itu sendiri sebenarnya tidak cukup kuat untuk menjadi asas kepada keseluruhan cerita itu. Aku mahu tahu lebih lanjut sebenarnya, asal-usul Pengait tersebut, siapa, bagaimana dan deskripsi Pengait itu.

Naratif cerita ASRAMA cemerlang sekali, dengan laras bahasa yang mudah difahami (walaupun terkadang aku ada juga beberapa kali terfikir bahawa perbualan-perbualan di kalangan watak-watak di dalamnya saling tidak tumpah seperti naskah drama televisyen kerajaan - agak kejung dan terasa seperti terlalu 'dipaksa'). Sayang sekali, memandangkan keselurahan latar tempat novel ini berlaku di Sabah, lenggok bahasa dan telo penduduk sana hampir pada paras minimum, menyebabkan feel aku untuk membayangkan bahawa kejadian demi kejadian yang berlaku di dalamnya berlandaskan negeri di bawah bay. Apa-apapun, aku amat menyukai bagaimana ASRAMA dipersembahkan: pembaca disajikan oleh cuplikan kisah silam yang terjadi lewat mimpi yang didatangkan kepada Dahlia, kemudian naratifnya pantas bertukar kepada Dahlia dan rakan-rakannya yang mendiami asrama dan menghadiri sekolah yang semakin dibaca semakin menyeramkan itu.

Menyebut tentang latar tempatnya yang hampir 90% berlaku di sekitar asrama sebuah sekolah, aku beberapa kali mencuba untuk membayangkan susun atur bangunan-bangunan asrama (secara tipikalnya) di sekolah-sekolah. Memandangkan aku datang daripada sekolah yang hanya ada satu jantina, makanya aku terpanggil untuk meneliti gambar-gambar asrama sekolah-sekolah rakan-rakanku, gambar-gambar lama sekitar sekolah lama abangku (yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air) dan juga rakan-rakan adik-adikku (yang pernah bersekolah di sekolah berasrama). Apa yang menghairankan aku adalah...

*SPOILER* (mohon jangan teruskan membaca kalau kau masih belum selesai membaca ASRAMA)

.... aku bersetuju dengan kak Julie bahawa mana mungkin kedua-dua blok asrama lelaki dan asrama perempuan berada begitu hampir sehingga boleh meranapkan kedua-duanya sekali dalam kebakaran. Walaupun sudah diterangkan oleh penulisnya sendiri di Goodreads, dan aku petik secara terus:

"ada sesuatu tentang kebakaran itu tak diceritakan details sebab tu macam, eh! Satu bangunan ke? Sebab awal2 masa Dahlia masuk ASRAMA tu, sudah diterangkan dua blok ASRAMA perempuan itu bersambung. Cuma tak diceritakan sebelah bangunan Asrama Perempuan tu Dining dan sebelah Dining tu Asrama Lelaki (semuanya rapat). Maaf kerana saya cuma membayangkan layout sekolah saya itu tapi tak menulisnya secara detail (amik layout ASRAMA sendirik). Kebakaran itu juga tak diceritakan secara detail, mula di mana. "
- Muhammad Fatrim, lewat balasaan komen di Goodreads.

Aku masih lagi tidak berpuas hati dan bertanyakan pula kepada beberapa rakanku yang pernah tinggal di asrama untuk membaca bahagian terakhir bab novel ini, dan ternyata mereka juga bersetuju bahawa unsur realism (iaitu faktor bangunan blok lelaki dan perempuan berada dekat benar seperti apa yang dideskripsikan di dalam novel) itu sedikit goyah. Apapun, abaikan sahaja andaianku ini kerana aku bersetuju bahawa penulis hanya membayang dan melandaskan penulisannya berdasarkan apa yang dia sudah sedia ada tahu.

Mungkin pembaca perempuan lebih menjiwai dan merasai aura seram yang disampaikan dalam novel ASRAMA ini, tetapi bagi aku yang sejak di tingkatan rendah, masuk pra-U, tamat ijazah sarjana muda, tinggal di asrama merasakan ada banyak lagi kisah seram yang jauh lebih menggigit daripada apa yang dipaparkan dalam novel ini.

Syabas buat penulis kerana menghasilkan karya seram sebegini, cumanya mungkin novel ini tidak masuk benar dengan jiwaku. Bagi mereka yang mahukan bacaan seram paranormal, pernah tinggal di asrama, aku syorkan membaca ASRAMA pada waktu siang, dan tidak berseorangan.

Mana tahu, kalau bersendiri ada pula yang datang meneman!

Ulasan

Nizam Jalil berkata…
Sebuah komen yang agak bernas. Saya dah baca buku ni dan apa yang saudara rase lebih kurang sama dengan apa yang saya fikir sejurus helaian terakhir diselak.

1 jer : Kenapa dileraikan pada ending pasal kebakaran tu berlaku selepas kejadian pokok ara tu (lima penjuru). Macam ada kesilapan je kat sini.
yup.memang benar.intisari novel memang mengelirukan dan saya tak mampu untuk bercerita dan mengesyorkan novel ini untuk dibacaoleh kakak saya.
Nia Sillent berkata…
SALAM.

Sy pn baru je habis baca novel ni around 5.40am td. Alone. And even i'm alove, in the middle of the night, i still can't feel the 'seram-gila-sampai-meremang-segala-bulu' tu. Seramnya hanya suam2 kuku. Agak kecewa, jalan ceritanya ada potensi.. tapi entah lah sy pn xfaham mcmana editor atau whoever yg berkaitan x tolong garap karya ni. Habis je baris terakhir yg saya baca, tanpa sedar sy tercari2 helaian dibelakangnya sbb masih x puas hati dgn endingnya. Sy rasa masih byk persoalan yg tidak dijernihkan dengan baik. Sedangkan, masa buku sudah separuh dibaca, hati sy membuak2 ingin tahu macam2 smpai rasa xsabar sgt, hampir saja skip chapter akhir. Tp sy bersabar, akhirnya dpt ending yang tidak memuaskan hati langsung. Now can u guys understand my frustration? Apapun, personally sy mmg suka isi jalan ceritanya mcm Geng Queen, Princess and Slave tu, sy suka yg sbenarnya Dahlia xsedar dia dh lama mati, dan lain2. dan kalah u guys perasan, ceritanya byk tergantung, contoh, lepas Dahlia sound Geng Princess, terus senyap dh xde pape kekecohan dibuat Geng Princess dan Quenn. Slain tu, apa jd pd kisah cinta yg bru nk berputik antara Adam dan Dahlia? Kalau maria tu sbenarnya manusia, kenapa dia boleh bckp dgn Ira? Siapa sebenarnya Ira? Pada pendapat sy, Ira tu roh yg dipanggil Dahlia dan kawan2 dia masa main Spirit of the Coin. Nama roh tu Amira kan? Hmm.. entahlah. Mungkin novel ni akan ada sambungannya. Tp kita dh tahu Dahliah sbenarnya dh mati. Nk smbung apa lagi? Wallahualam.

*sorry komen panjang lebar, xtahu nk share kt mana kecelaruan dihati ni. Haih*
Tanpa Nama berkata…
sangat suka novel ni..saya syorkan pada kawan2 untuk baca cerita ni..best tentg cerita ini ialah jalan cerita yang sukar di jangka... kewujudan geng slave, princess dan queen benar2 menghidupkan cerita ini...
Amirul Faez berkata…
Sorry.....tapi an,bila saya baca buku ni,mmg feel seramnye X sampai....n ade bbrapa persoalan dlm novel ni X dijawab
Unknown berkata…
novel ini membuat saya keliru dan tidak memahami jalan ceritanya
...