133: muka aku ni muka budak baru pindah ke?

Semalam untuk solat Terawikh aku ke surau sebelah kawasan rumah aku dan bukannya surau yang dekat dengan rumah aku sebab *ehem* ada orang ajak.

Bila orang ajak kau HARUS dress-up sikit. Ye, tak?

Teehee...

Aku sarungkan baju melayu tahun sudah, kain pelikat baru dan songkok bersih bergosok (Ya Allah... songkok aku tu ala-ala setahun sekali je kot buat public appearance! Jarang bersongkok, selalu sarung kopiah je sebab selesa dan senang nak lipat masuk dalam poket depan baju melayu.

Orang yang *ehem* ajak aku tu cakap aku nampak hensem.

Ok, kembang kejap.

Kami datang awal orang tu kena tolong set up meja untuk letak moreh. Aku secara "paksa-rela" kenalah bantu sama. Bersikat-sikat pisang, bubur lambuk dan kuih apa entah balut dengan daun pandan.

Maaf tak ada gambar, aku tak bawak phone pergi surau.

Masa tengah lepak-lepak kat tangga tepi surau, ada pakcik nak masuk jadi kami bersalaman la kejap. Pakcik tu tegur orang yang *ehem* ajak aku ke mari, lepas tu pakcik tu usyar pelik kat aku.

Apekehal pakcik ni? Ayooo....

"Baru pindah sini ke? Tak pernah nampak pun..." Pakcik tu cakap.

Ok. Pitam sekejap. Aku dah dekat 8 tahun kot duduk sini, motif pakcik tu tak pernah perasan aku? Sedangkan aku banyak kali kot pernah bertembung dengan pakcik tu, siap boleh senaraikan lagi lokasi-lokasi kat mana aku pernah jumpa dia. Kat Maybank Dato Kailan, kat KFC Kepala Batas, kat pasar malam, kat TESCO, kat pasaraya UME dan banyak lagi tempatk sekitar tempat tinggal aku. 

Hamek ko! 

Aku salahkan orang yang *ehem* ajak aku tu sebab mintak aku ke surau sebelah kawasan rumah aku (which memang hakikatnya aku tak pernah pergi sebab buat apa nak pergi situ kalau surau lagi satu dekat gila dengan rumah aku, ye tak?).

Hurm...

notakaki: nanti aku stori-mori lagi pasal orang itu. teehee... #blushing

Ulasan

Fyzal berkata…
pakcik tu orang lama so memory down sikit bro. tkpun sebab ko dress up smart sgt tu yg pakcik tu tk perasan.
shandye. berkata…
@Fyzal: salah kitorang jugak g solat kat surau yg mmg tak pernah aku jejak. hhehehehehe...
[sutera kasih] berkata…
biasala tu org tua..memori dh penuh..tu yg terlupa tu..
shandye. berkata…
@[sutera kasih]: dia kena pakai external hard disc dah kot. ooopss... hehehehe....