Baru lepas baca entri yang sama di NotaKosong. Sekadar ingin berkongsi. Seorang kanak-kanak tersangkut selipar Crocs yang dipakainya ketika menuruni eskalator dekat dengan Cold Storage di The Gardens semalam.
Mujur pihak pengurusan The Gardens pantas menghubungi pihak bomba dan ambulans.
Dipercayai getah kasu Crocs yang dipakai oleh kanak-kanak tersebut adalah lembut dan menyebabkan ia mudah untuk ditarik masuk ke dalam eskalator.
Bahaya juga rupanya pakai Crocs ni. Semoga mereka yang gemar memakainya sentiasa berhati-hati dan mengawasi anak kecil masing-masing agar kemalangan sebegini boleh dielakkan.
[entri ini diambil dari SINI.]
Mujur pihak pengurusan The Gardens pantas menghubungi pihak bomba dan ambulans.
Pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyelamatkan budak kecil itu dengan dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. Sejurus selepas itu, kanak-kanak yang cedera teruk di kakinya dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya untuk rawatan selanjutnya.
Ulasan