165: silent hill downpour bakal terbit!

Aku takdelah kaki game sangat tapi aku memang super-excited bila dapat tahu yang siri survival-horror kegemaran aku iaitu Silent Hill bakal punya follow-up iaitu Silent Hill: Downpour yang bakal dikeluarkan pada penghujung Oktober nanti.


Silent Hill: Downpour akan terbit dalam kedua-dua pelantar XBox 360 dan juga PS3, jadi rasanya tak ada masalah kot sebab kat rumah ada XBox 360 (kalau teringin nak main versi PS3 kena pergi rumah along, hehehe...)








Chris Redfield, abam askar seksi dalam Resident Evil 5.
Macam siri-siri Silent Hill sebelum ini, kita disajikan dengan watak 'orang biasa' yang entah biasa terperangkap di sebuah pekan fiksyen bernama Silent Hill. Secara peribadi aku suka siri Silent Hill sebab watak yang kita guna selalunya bukanlah watak tipikal yang selalu kita tengok dalam game lain. Kalau dalam game lain, watak utamanya kalau bukan polis, mesti askar atau individu yang tahu menggunakan senjata dan punya kemahiran espionage yang tinggi (Splinter Cell, Resident Evil, Metal Gear Solid atau Halo, sekadar menyebut beberapa judul game), takpun punya kuasa sakti atau mythical macam siri Final Fantasy, Devil May Cry dan God of War. Silent Hill lari dari klise itu semua dan tampilkan watak utama 'orang biasa'. Macam dalam judul pertama Silent Hill, kita memegang watak bernama Harry Mason, seorang ayah yang mencari anaknya yang sesat di Silent Hill.

Harry Mason, ayah kacak yang mencari anaknya yang hilang.
Oh, ini Harry Mason versi Silent Hill: Shattered Memories, adaptasi semula daripada Silent Hill yang pertama.

Silent Hill: Downpour memperkenalkan Murphy Pendleton, seorang banduan yang terlepas ke Silent Hill gara-gara trak yang sepatutnya membawa dia dan rakan-rakan banduan yang lain ke sebuah lokasi lain. Maka bermulalah segala macam pengalaman aneh, ngeri dan mengelirukan yang harus Murphy lalui untuk dia selamat keluar dari Silent Hill.

Murphy Pendleton, banduan kacak! hehehe...
Jom saksikan footage gameplay dengan komentar tentang game Silent Hill: Downpour nih...




Macam biasa, those yang familiar dengan siri game ni akan disajikan dengan perspektif kamera orang ketiga, dan pemain perlu menyelesaikan pelbagai puzzle untuk diselesaikan demi untuk meneruskan kontinuasi permainan. Yang menariknya, elemen air (d'oh, dah nama pun Silent Hill: Downpour) banyak difokuskan di sini dan memainkan peranan utama dalam keseluruhan permainan.

Akira Yamaoka yang membuat runut bunyi untuk siri Silent Hill sebelumnya sayangnya tidak kembali untuk siri Downpour kali ini. Aku suka sentuhan Akira Yamaoka. Salah satu sebab kenapa aku amat menggemari siri Silent Hill adalah kerana runut bunyinya yang memang seram dan menambahkan elemen suspens kepada keseluruhan game tersebut. Serius!

Cuba main malam-malam, tutup semua lampu dan main Silent Hill guna headphone. Seram gila, tambah-tambah lagi bila keluar bunyi ala-ala siren sayup-sayup, parang diseret Pyramid Head (salah satu daripada makhluk yang berkeliaran di dalam dunia Silent Hill).

Bayangkan...

Oh, tak sabar rasanya hendak main Silent Hill: Downpour.

Ok.... kita layan dulu salah satu runut bunyi kegemaran aku dalam siri Silent Hill. Lagu ni berjudul 'Promise'.

Enjoice!!!


Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
tengok filemnya saje dulu
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: ramai orang (terutama sekali fans kepada siri game ini) hentam teruk filemnya kerana katakan yang ia tidak autentik dan menurut tetap kepada essence utama gam tersebut. bagi aku, filem silent hill adalah antara adaptasi dari game terbaik yang pernah aku tonton.
Hans Hanis berkata…
selamat bermain la game nih nanti
:-)
shandye. berkata…
@Hans: yup. tak sabar nk tgg game ni keluar!
nor azman berkata…
sh fans eh?
shandye. berkata…
@nor azman: ha ah. mmg minat siri SH. hehehe... =)