141: sebelas tahun.

[ENTRI BERUNSUR JIWANG. ANDA TELAH DIBERI AMARAN]

Tahun 2011 sudah lebih daripada separuh jalan kita lalui. Ambil angka 2011, tolak dengan angka 2000 dan kita akan memperolehi angka 11.

Sebelas tahun jugalah tempoh aku dan Abg Iz berkenalan. Cukup panjang. Kalau lelaki dan perempuan bernikah anak sudah dua barangkali!

Bertemu di hentian bas di hadapan Penang Free School, dia seorang senior, aku junior, berlainan sekolah.

Dia ingat aku Cina, aku pun ingat dia Cina pada mulanya. Ada ke patut aku yang muka sah-sah Melayu ini dikatakan Cina?

walaupun ketika di sekolah menengah rambut aku mirip Nobita,
namun ingin aku tegaskan bahawa kemiripan itu tiada.
sekian, terima kasih.
Lantaran itu nama gelaran Nobita dia berikan padaku.

Keji. *kepal-kepal penumbuk*

Lajukan pada tahun 2005, ada insiden yang berlaku yang menyebabkan aku memutuskan persahabatan yang terjalin. Aku teruskan hidup ke Shah Alam, dia habiskan sisa pengajian di UTM.

Lajukan lagi pada tahun 2008, aku tidak dapat menolak daripada asyik bertembung dengan dia. Mana tidaknya, lingkaran rakan-rakan kami saling bertindih. Kawan dia, kawan aku. Kawan aku, kawan dia. Kami asyik dipertemukan baik secara sengaja (diatur teman-teman) ataupun tidak sengaja (terjumpa di tempat umum). Makanya kami memutuskan untuk kembali bersahabat. HANYA BERSAHABAT.

Aku dengan hidup aku, dia dengan hidup dia. Dia dapat tawaran bekerja di Singapura pada tahun 2009. Orang pertama yang dihubunginya untuk dikhabarkan tentang berita gembira ini adalah aku.

Dari situ aku mula rasakan yang potensi untuk kami rapat semula ternyata ada. Kawan-kawan juga setuju kalau aku kembali padanya.

Entahlah. Tidak mahu fikir apa-apa kerana khuatir akan jinxed [jinxed - [verb] to bring bad luck.] situasi ini.

Apa-apapun, kita layan lagi ini dulu.




Geli.

Orang itu alias Abg Iz perasan yang dia boleh nyanyi lebih sedap daripada mamat di atas.

#muntahhijau 

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
kalau persahabatan itu boleh terjalin dengan baik, apa salahnya bersahabat semula:)
Hans Hanis berkata…
cuba la bersahabat semula
nobita?
hehehehehe