Sudah lama benar tidak beli CD. Lama sangat.
Sejak di'celik'kan mata dengan dunia muat-turun, pindah-naik, perkongsian fail, Bluetooth dan entah apa lagi, aku hanya memandang sepi toko CD.
Dulunya aku ingat lagi masa zaman pikul beg sekolah dan berseluar hijau. Sanggup ikat perut dua minggu semata-mata untuk pegang, cium dan dengar sampai calar CD terbaru N'Sync. Ok, malu sekejap kerana mengaku pernah meminati boy-band.
Kelmarin usai tunjuk muka di wedding kenalan Abg Nazs, kami jalan-jalan cari pasal ke Queensbay (mengada-ngada sangat, kenduri kahwin di Seberang Jaya tetapi kami sanggup redah jambatan dan kesesakan trafik semata-mata mahu ke Queensbay. Dasar gedik!).
Qimie ditinggal di rumah pengasuh. Lagipun dia demam. Bad parenting tak biarkan anak demam dengan orang lain sedangkan diri sendiri berfoya-foya dengan BFF, makan aiskrim dan gelakkan fashion-sense orang yang lalu-lalang sedangkan diri sendiri pun pakai baju beli pasar malam? Ha... jawab!!!
Kami masuk toko CD.
Aku akhirnya terpanggil untuk beli CD 'Realize' dari Reza Salleh.
Albumnya sudah lama keluar tapi baru sekarang aku beli.
Sebenarnya lagu-lagu dalam album ini aku sudah dengar lama sebab boleh dengar secara percuma lewat laman sesawang rasminya.
Sayang, lelaki yang bagi aku super-talented macam dia kurang didedahkan di media. Aku paling suka lagu-lagu Inggeris dia, sebab sebutannya tak dibuat-buat mengada-ngada mahu tiru slanga Inggeris tetapi masih jelas Melayunya.
Best.
Dulu-dulu aku rajin tengok dia beraksi di Moonshine. Zaman-zaman kau boleh lepak minum Coke sambil layan kepala dengar Ana Raffali, Mia Palencia, Bo Iqram, Pete Teo, Seven Collar T-shirt (oh, mereka paling aku tunggu!), Estrella (zaman si kecil-molek manis bergula Liyana Fizi masih bersama), Telebury (band yang aku kira unik tetapi sound mereka amat menggiurkan dan kadang-kadang Yuna!
Ah, Moonshine! Rindu!
Makanya CD 'Realize' merupakan CD paling terkini yang saya beli sejak tahun lepas (tahun lepas saya beli 'Decorate' dari Yuna).
Lame, bukan? Oh...
Ulasan