Aku akui agak lambat menyertai ‘bandwagon’ peminat siri Harry Potter. Sebelum ini, aku tidak terpanggil untuk mengangkat naskhah novel siri budak sihir tersebut kerana menyangkakan bahawa ia cerita budak-budak dan bukanlah cawan tehku. Banyak kali aku diusulkan oleh rakan-rakan untuk membacanya, apatah lagi dengan kejayaan besar dua filem awalnya iaitu ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ dan ‘Harry Potter and the Chamber of Secrets’ mendapat kutipan yang menjangkaui ekspaktasi umum dan merupakan filem yang berjaya di pasaran global. Aku hanya mula membaca siri novel karya agung J.K Rowling itu setelah filem kelimanya iaitu‘Harry Potter and the Order of Phoenix’ mula memasuk panggung. Itupun dek kerana Helena Bonham Carter, pelakon hebat yang amat aku hormati turut sama berlakon sebagai Bellatrix Lestrange, pengikut setia Lord Voldemort.
Selama hampir dua bulan aku dedikasikan untuk menghabiskan lima buku terawal Harry Potter sebelum menonton ‘Harry Potter and the Order of Phoenix’ di panggung wayang. Ternyata, filem itu berjaya membikin aku menjadi salah seorang daripada jutaan peminat Harry Potter. Usai menonton, aku tidak puas hati, makanya terus cari DVD filem-filem Harry Potter terdahulu dan mula menontonnya dari awal, memerhati dengan teliti kemiripan antara intepretasinya ke layar perak. Aku puas, pengarahnya berjaya mengekalkan intipati dan kekuatan utama novelnya ke filem, tanpa menjejaskan kualitinya.
Kini, setelah sepuluh tahun berlalu dan tujuh novel Harry Potter diterbitkan, filem terakhir saga ini akhirnya menemui peminatnya buat kali terakhir. Tinggal tiga lagi Horcrux yang masih belum ditemui dan dimusnahkan demi untuk memastikan Lord Voldemort tidak terus berkuasa, dan Harry Potter dan rakan-rakannya bertarung dengan masa untuk memastikan bahawa mereka berjaya mengumpulkan ketiga-tiga item penting yang melengkapi The Deathly Hallows (The Elder Wand, Cloak of Invisibility dan the Ressurection Stone) dan tidak jatuh ke tangan He-Who-Shall-Not-Be-Named.
Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson dan Ralph Fiennes secara respektifnya kembali memegang watak Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger dan Lord Voldemort. David Yates sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarah filem finale siri Harry Potter ini dan aku akui beliau telahpun berjaya menghasilkan filem yang benar-benar “menjiwai” dan menurut rapat apa yang terkandung di dalam novel ketujuh siri tersebut.
Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II menyambung rentetan kisah filem terdahulu selepas Harry dan rakan-rakannya berjaya melarikan diri dengan bantuan Dobby yang menteleportasikan mereka ke tempat yang selamat, hanya untuk dibunuh oleh Bellatrix. Voldemort yang sudahpun memperolehi the Elder Wand dari tempat persemadian Dumbledore kini membuat persiapan terakhir untuk melengkapkan kuasanya dan kembali ke Hogwarts untuk mencapai cita-cita jahatnya itu. Harry dan rakan-rakannya berkejaran untuk mencari Horcrux yang lain di samping mencari jalan untuk menghentikan Voldemort.
Aku tidak mahu mengulas lanjut tentang plot cerita filem terakhir siri Harry Potter ini, kerana aku sedia maklum sudah ramai peminat siri ini di luar sana mengetahui bagaimana plotnya terungkai. Bak kata Larry King dari CNN:
"The perfect climax to a perfect series."
Namun sekali lagi aku ingin tegaskan bahawa filem ini adalah yang terbaik antara kesemua siri Harry Potter yang sebelumnya baik dari segi naratif mahupun dari segi pengolahan ceritanya. Syabas buat David Yates atas penghasilan filem ini. Daniel Radcliffe semestinya, bak kata J.K Rowling sendiri ketika menghadiri premier filem tersebut di Trafalgar Square - "[I]s the perfect Harry Potter."
Walaubagaimana pun, ada dua perkara yang sedikit mengecewakan. Pertama, aku kurang berpuas hati bagaimana Bellatrix Lestrange terbunuh. Menurut novel, dia terbunuh di tangan Molly Weasley yang berang gara-gara dia nyaris-nyaris membunuh Ginny dengan sihir 'Killing Curse (atau lebih dikenali sebagai ‘Avada Kedavra’). Babak pertarungan antara Molly dan Bellatrix di dalam novel dihuraikan secara intense dan mendebarkan, namun di dalam filem Bellatrix tewas dengan begitu cepat dan mudah seperti dia hanyalah salah satu daripada ribuan pengikut biasa Voldemort dan bukannya seorang ahli sihir berkuasa sepertimana Bellatrix digambarkan di dalam novel.
Kedua, kenapa baru sekarang Neville Longbottom (lakonan Matthew Lewis) kelihatan kacak? Okay… itu bukanlah ketidakpuasan hati yang sebenar. Teehee... ^^,
seriously... kenapa sekarang baru aku perasan yang dia sangat kacak sebenarnya? #pitam. |
Hakikatnya, filem ini amat wajar ditonton oleh semua peminat filem mahupun siri novel Harry Potter kerana inilah kali terakhir Daniel Radcliffe berlakon sebagai budak sihir paling dikenali ramai – Harry Potter. Siri ini sudahpun menjadi sebuah legasi unggul yang bakal diturunkan dan diceritakan oleh kita kepada generasi akan datang, bagaimana budak lelaki sihir itu telahpun mewarnai episod 10 tahun kehidupan kita sebelum ini dengan sihir, magis dan kepercayaan kepada persahabatan.
notakaki: aku mahu tonton filem ini sekali lagi dalam bentuk 3D pula. siapa mahu ikut?
notakaki: aku mahu tonton filem ini sekali lagi dalam bentuk 3D pula. siapa mahu ikut?
Ulasan
nice review!
kne tgk dri awl ni..
But demi buku,tak ada apa yang lewat!
balik ni nak singgah bookstore beli! :)
x sabar nk tggu movie ni available untuk didownload scr haram di internet dalm format DVDRIP OR BLURAY.. he3