100: kalau menulis memang banyak pancarobanya!

pantang nak hapdate blog je hotak blur.
Entah di mana silapnya, setiap kali aku mahu kemaskini blog pastinya idea untuk menulis itu hilang. Pergi berlari (berjogging, mungkin?) sepantas asap tipis nikotina yang berhembus. Otak penulisan aku tidak selincah dulu. Aku harus merokok semula barangkali, baru idea datang mencurah-curah ke ladang gandum lalu menghasilkan entri yang mampan?

Ok, melalut sudah.

Sebenarnya, untuk pengetahuan umum aku kini sedang mengusahakan sebuah novel. Tidaklah se’adventurous’ mana, tetapi sekadar suka-suka dan memenuhi cabaran Abg Amir tempoh hari. Aku menganggarkan ia bakal siap menjelang September tetapi rasa-rasanya ia bakal tertangguh hingga mungkin penghujung tahun ini. Entahlah, tengok kepada kerajinan aku. Buat masa sekarang sudah 50 halaman siap. Plotnya lebih kurang macam novella sulung aku ‘Teman Sebilik Diperlukan’ tetapi menurut “editor tidak rasmi” aku iaitu Abg Iz novel ini lebih gore dan rangup. Entah apa yang dimaksudkan dengan rangup pun aku tak pasti. Dia bilang ada inti, tapi kurang manis.

‘Kamar’ (tajuk tidak rasmi novel yang sedang aku usahakan ini) mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyewa sebuah flat buruk di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi. Tidak lama selepas itu, dia mula diganggu oleh sesuatu di rumah itu dan dia mula dilanda insomnia. Selepas itu… ha… masih belum siap. Baru setakat ini.

Surprise, tak? Ngee…

Hakikatnya aku sendiri masih tercari-cari formulasi dan ritma menulis yang sesuai dengan aku. Dalam erti kata lain: aku mencari ilham. Puas aku ulang-tonton filem-filem lama kegemaranku. The Shining, Blair Witch Project, ketujuh-tujuh francais filem Saw, siri agung Harry Potter, Primer (oh, ini filem mini saifai yang WAJIB ditonton oleh penggemar kisah pengembaraan masa!) dan berbelas-belas filem lain yang aku malas hendak senaraikan di sini. Ini belum termasuk novel-novel yang aku ulang-baca (karya-karya lama Michael Crichton, Stephen King dan Anne Rice antara yang paling banyak aku baca) semata-mata untuk menyentak otak aku untuk menghasilkan kontinuasi kepada novel yang sedang aku usahakan ini.

Sifu tak rasmi aku iaitu Stephen King menulis dalam buku semi-autobiography beliau yang bertajuk ‘In Writing’, memberitahu bahawa seorang penulis seharusnya berpegang kepada mantra: Write What You Know. Secara transliterasinya, ia diterjemahkan kepada ‘Tulislah apa yang kamu tahu’. Ini disusuli dengan mantra kedua iaitu: Write What You Like (Tulis apa yang kamu suka).

Aku berpegang kepada dua mantra ini. Maka terhasilkan 2 peratus awal novel ‘Kamar’. Aku menulis tentang seorang lelaki pertengahan dua-puluhan, bujang, berkemungkinan tidak lurus, seorang penulis (seperti aku, watak utama novel Kamar juga seorang aspiring writer); dan aku kembarkan ia dengan situasi seram, cemas dan spontan – tiga elemen yang aku suka dalam sesebuah filem.

Aku takut untuk akui yang sebenarnya dalam diam aku amat menyukai filem seram. Filem-filem seperti The Exorcist, siri Saw, Texas Chaisaw Massacre, Halloween, Scream, Poltergeist dan Paranormal Activity adalah antara filem yang aku gemar ulang-tonton. Aku terpanggil untuk terfikir: apa yang individu normal akan lakukan jika dia ditempatkan dalam situasi tersiksa seperti mangsa-mangsa si Jigsaw dalam Saw. Lakonan dan realiti adalah dua dunia yang berbeza. Seperti dunia ‘biru’ dan ‘merah’ dalam siri Fringe.

Ok, aku melalut lagi. Sila lemparkan pelampung!

Pendek kata, aku harap benar novel ‘Kamar’ ini bakal selesai dan (#fingercrossed) bila dihantar ke Fixi (wah, cita-cita grand sangat!) mudah-mudahan ia diterima. Hehe…

Oklah. Mahu makan, solat dan cinta.

Babai.

Ulasan

nn berkata…
goodluck syai!

btw, kau dah stop smoking ke? wow.
shandye. berkata…
@nn: yup. stopped smoking since start cuti sem hr tuh. huhu...
b a m b a m ' s berkata…
means novel genre seram ker??!! alarrr...sumpah xkn baca!! wuwuuuu~
[sutera kasih] berkata…
nampak gaya mcm best je novel kamar tu..kalo dh siap, bagila sy hehe

*samala jgk, kalo dh stat nk blogging, terus blurrrr huhu
shandye. berkata…
@b a m b a m ' s: lerr... kena la brani2kan diri baca. hehehehe....
shandye. berkata…
@[sutera kasih]: insyaAllah klu ada rezeki, dipublish... jgn lupa beli taw? hehe... doa2 la supaya siap. lolz...