101: antara jantung sebenar dan jantung hati, mana lagi berharga? edisi jalan-jalan ke kota singa.

Tidak ramai yang tahu aku tiada di Pulau Pinang minggu lalu. Sehari selepas ulang tahun aku yang ke 26 (iaitu pada 28hb Jun yang lalu) aku ke KL, lebih tepat lagi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan tahunan aku. Selalunya aku agak keberatan untuk menghadirkan diri kerana aku benci proses menunggu giliran untuk bertemu specialist, menunggu lebih lama untuk diarahkan ke department yang berlainan, lebih banyak menunggu untuk menggunakan mesin treadmill untuk membuat latihan cardio dan entah apa-apa lagi.

Tetapi tidak kali ini. Sebabnya? Semestinya temtasi untuk dibawa jalan-jalan ke Johor Bahru dan Kota Singa oleh Abang Iz merupakan suatu umpan yang berkesan. Dia sedia maklum yang aku sebolehnya enggan untuk ke IJN, oleh itu dia memancing dengan mengatakan yang dia berjanji untuk membawa aku bersiar-siar.

Siapa yang mampu menolak, bukan?

Aku tidak mahu bercerita tentang apa yang aku lalui di IJN. Ianya bosan dan tidak menginspirasikan. Apa yang boleh aku ceritakan adalah saudara Iqhwan yang menguruskan mesin X-ray di department radiologi itu sangat tampan dan yummy. Aku ada intai-intai jarinya, bebas cincin. Makanya dia masih lagi bujang dan tidak bertunang/berkahwin. Atau mungkin juga pekerja hospital tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas? Aku tidak pasti.

Seterusnya aku menaiki tren ke JB. Suatu kemujuran kerana Firdaush (rakan kepada Abang Nazs, makanya secara teknikalnya rakan kepadaku juga) turut mahu ke selatan semenanjung kerana mahu melawat rakannya di sana. Rakan? Uhm… I beg to differ. Biarlah dia, aku malas untuk mengumpil dengan lebih lanjut. Perjalanan 6 jam menaiki tren tidak begitu terasa kerana aku dan Firdaush banyak bersembang, menonton marathon The Glee Project, mengumpat sambil mengunyah berbungkus-bungkus kuaci cap matahari dan berkongsi satu barrel ayam KFC dingin.

Tiba di JB kami berpisah arah sebaik sahaja Abang Iz datang menjemputku di stesen JB Sentral. Ini pertama kali aku ke sini. JB Sentral mirip KL Sentral, cuma ia terasa lebih lapang dan tidak sesak seperti KL Sentral yang sentiasa bersardin tak kira waktu.

"Qimie nk mcm yg Dosh Juhamel ni pakai."
(#ayat sebenar budak bakal darjah satu ini)
Hari pertama di Kota Singa terisi dengan jalan-jalan cari pasal di Takashimaya, mencari barang-barang yang dikirim oleh makhluk asing di Malaysia. Abg Nazs mengirim baju-T Transformers untuk Qimie dan kemeja jenama apa entah (dia hantar MMS kepada Abg Iz), ada seorang kenalanku mahukan curling iron Hello Kitty (yang apparently hanya boleh diperolehi di sebuah kedai kecil di Takashimaya, nasib baik jumpa!) dan kenalan Abg Iz dari Johor juga mahukan baju dari Kota Singa. Aku tidak beli apa-apa untuk diri sendiri, segala-galanya terlalu mahal dan di luar bajet. Aku lebih banyak makan ambil ilham untuk menulis. Aku rasa aku satu-satunya manusia yang berkeliaran di Kota Singa itu dengan sebuah pad nota di tangan, sibuk menconteng itu ini dan bertanya macam-macam kepada Abg Iz. Mana nak tahu, mungkin boleh digunakan dalam penulisan novel ‘Kamar’ aku nanti. Tak gitu?

Hari kedua kami ke Jurong Bird Park. Untuk sejumlah wang tertentu, anda berpeluang memberi makan anak helang (dengan bantuan pembantu taman itu, semestinya!) dan aku melepaskan peluang ini kerana fikir ia tidak berbaloi. Kami banyak tangkap gambar dan makan ais krim di situ, sebelum bergerak menaiki MRT untuk meronda-ronda sekeliling Kota Singa. Jujurnya aku gemar sistem tren antara-bandar ini. Ia bersih, pantas dan ekonomikal. Dengan beza tren sekitar kurang seminit setiap perjalanan, pengguna tidak menunggu lama. Capaian lokasinya juga cukup meluas. Dari Jurong boleh kembali ke Takashimaya atau Orchard Road dengan mudah. Cuma aku akui agak keliru dengan sistem laluan perjalanannya (mungkin kerana aku tidak arif dengan nama-nama tempatnya). Selain daripada itu, aku memang syorkan semua orang untuk menaiki MRT ini untuk ke mana-mana di sekitar Kota Singa.

#Bagi yang punya iPad/iPhone atau apa-apa gajet yg ada capaian internet boleh ke SINI untuk peta komprehensif Kota Singa yang SANGAT MEMBANTU. Kthnxbai.

Aku kepingin menonton teater di Kota Singa namun dek kerana tidak merancang dengan teliti (dan harga tiket paling murahpun sekitar RM120 selepas ditukar ke nilaian Ringgit Malaysia) aku memutuskan lain kali saja aku akan ke mari lagi untuk menonton teater. Menurut Abg Iz, persembahan Voyage de la Vie yang usai ditonton beberapa hari yang lalu adalah sangat berbaloi.

Envy. Dengki sedetik kerana dia dapat menonton. Itupun dibelanja majikannya pula. So fucking lucky!

Aku dan Abg Iz pulang ke JB dan tinggal di rumahnya di Taman Universiti. Banyak kenangan pahit dan manis di rumah yang dulunya disewa oleh dia dan Abg Shark (teman sekuliahnya ketika mereka sama-sama menuntut di UTM dulu).

Speaking of Abg Shark, di manalah dia sekarang? Masih sasa tetapi jiwang seperti dulu? *terus buat Facebook search*

Seperti suatu kelaziman, tidak sah kalau ke Johor tanpa singgah di Banafee Village. Sila lihat ulasan restoran ini di SINI, SINI dan SINI. Menu wajib semestinya nasi ayam penyet dan jus mangga. Pusingan kedua baru jamah segala ais kacang, waffle dan entah apa lagi yang ikut sedap mulut aja aku pesan (mentang-mentang dibelanja oleh bekas kekasih…). Pusingan ketiga kami cuba minuman-minuman dan kentang goreng sambil sibuk bercerita itu ini sampai ke masa genting restoran hendak ditutup. 


#Eh, Banafee Village ni bukan bukak 24 jam?

Abg Iz hanya senyum. “Nafsu makan macam ibu mengandung, tapi badan cekeding je!”

Chop, ibu mengandung memang kuat makan ke? *KIV soalan itu untuk disoal kepada mama nanti*

Apa-apapun aku kembali ke Pulau Pinang dengan suatu perasaan gembira dan bersyukur tidak terhingga. Bersyukur kerana diagnosis dari doktor mengatakan bahawa tiada sebarang komplikasi yang patut aku khuatiri. Jantung aku masih dalam kondisi sihat dan kesan post-operation pun telah sembuh hampir 99%. Gembira kerana dapat lepak dengan Abg Iz. Sudah lama benar aku tidak segembira ini.

Teehee…

Ulasan

hamizah afifah berkata…
loarhhh...upload lar gmbr, nak tengok gambar.. ^ ^"
shandye. berkata…
@cik rama-rama: gambar ade. tp tuan punya badan a.k.a. tukang sponsor tk bg upload. huhu... kena la hormati privasi org...