"Do you know that same time this week kita dah tak boleh lepak-lepak ngopi macam ni dah because of fasting period?" Abg Nazs berkata ketika aku dengan dia dok bersembang di balkoni rumahnya petang kelmarin selepas waktu kerja.
Aku angguk. Ramadhan datang lagi dan aku rasa amat bertuah dan bersyukur sebab dapat merasanya sekali lagi.
"Tahun lepas puasa penuh tak?" Abg Nazs bertanya. Aku geleng. Aku beritahu dia yang dua-tiga hari pertama berpuasa merupakan cabaran buatku. Bayangkan: hadiri kuliah hingga ke petang sambil berpuasa, berkejaran ke sana ke sini untuk ke kuliah di UKM merupakan suatu cabaran yang amat getir sebenarnya. UKM bukannya sekangkang kera. Siapa yang pernah belajar atau masih belajar di situ tahulah betapa besarnya kampus Bangi itu. Ditambah pula dengan kondisi aku yang tidak sebegitu sihat seperti orang lain memang merupakan suatu cabaran bagi aku. Ketika itu tubuh sedang menyesuaikan diri dengan keadaan berlapar tetapi pada masa yang sama harus kekal aktif dan cergas seperti biasa.
Tetapi Ramadhan kali ini ternyata berbeza kerana aku bakal menyambutnya sebulan lengkap di rumah. Maknanya bersahur dan berbuka puasa bersama-sama keluarga. Tiada stress, tiada hassle... Aku akan nikmati bulan puasa ini dengan sepenuh-penuhnya.
Tidak perlu berkejaran ke kuliah, tiada tugasan yang perlu dibereskan, dan yang paling utama... tiada drama kampus aygn perlu aku harungi.
Teringat pula kenangan berpuasa di kampus: berbuka puasa dalam gelap sebab bekalan elektrik terputuslah, hujan lebat menggila sampai tak berpeluang hendak ke param (pasar ramadhan) dan terpaksa berbuka dengan air kosong dan biskut Jacobs, berbuka dalam hujan (sebab tak sempat balik bilik masa otw dari param) dan macam-macam lagilah. Bila kenang-kenang balik boleh bikin aku senyum.
Tahun ini juga agak istimewa buat Abg Nazs kerana Qimie sendiri yang beritahu yang dia mahu berpuasa penuh sebab dia sudah besar katanya. Comel, bukan?
Tahun depan Qimie dah masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru kelmarin Abg Nazs bawa dia pulang dari pusat jagaan kanak-kanak. Pejam-celik-pejam-celik dah besar budak tu. Terkadang aku berasa ralat juga tidak dapat luangkan lebih banyak masa dengan Qimie. Sebagai uncle tak rasminya, aku rasa agak sedih sebab tak dapat lihat perkembangan dirinya dek kerana banyak masa aku berada di kampus. Aku hanya berpeluang untuk lepak-lepak dengan dia dan ayahnya itu bila aku balik ke Penang je.
Sebut pasal balik Penang, cuti semester dah separuh jalan dan aku terima banyak betul undangan ke majlis perkahwinan rakan-rakan (satu sekolah, satu kolej, satu tempat kerja lama, you name it I probably got it). Itu belum termasuk majlis cukur jambul, housewarming parties, doa selamat pergi Umrah/Haji dsb.
Terasa tua dan terasing untuk sesaat.
Most of my friends MY AGE semuanya dah melangkah ke alam dewasa. Beli rumah, get married, pergi Umrah/Haji, dapat anak, blablablabla....
Dan aku?
Tersangkut di universiti, still tersengguk-sengguk di tahun akhir ijazah sarjana muda. *malu*
Paling menjengkelkan bila hadirkan diri ke majlis perkahwinan si polan bin si polan ini, mesti ada yang akan bertanya:
"Eh, you bila nak kahwin?"
"You bila nak start kerja?"
Paling tidak boleh terima...
"Anak dah berapa?"
[efek petir berdentum]
Aku selalunya akan hanya senyum, dan berlalu pergi. Kisah hidup aku yang terlipat terlalu panjang dan kompleks untuk aku cerita daripada awal. Biarlah hanya sekelumit rakan-rakan terhampir saja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi ke atasku sehingga kini masih belum selesai dapatkan ijazah.
Eh... dah membebel panjang pula.
Teehee...
Ulasan
Nampaknya aku pula terpaksa merasa macam mana ko rasa time berpuasa ketika berlajar jauh dari rumah.
Man~ mana aku nak cari kedai makan untuk berbuka and sahur kat KL ni! Mati kutu-kutuku mati