124: [siri tak ada kerja] #13 - trailer filem paranormal activity 3.

Korang pernah tengok tak filem seram Paranormal Activity yang famous gila sekitar tahun 2007 dulu?

Tahun lepas prekuel kepada filem itu (yang dinamakan sebagai Paranormal Activity 2) pula dirilis. Best jugak, walaupun tak adalah seram/suspens macam filem sebelumnya.

Aku sebenarnya suka teknik 'found footage' yang digunakan dalam filem ini, feel seram tu lain macam sikit sebab nampak macam betul-betul kejadian (walaupun hakikatnya semua ni reenactment semata-mata).

Penghujung Oktober ni pulak Paranormal Activity 3 bakal menyusul, prekuel kepada Paranormal Activity 2. Kali ini, pengarah filemnya berjanji yang ia akan lebih seram dari sebelumnya kerana filem ini akan mengupas permasalahan Katie dan Kristi ketika mereka masih kanak-kanak yang sering diganggu oleh makhluk halus.

Cerita panjang tak guna... jom usyar trailer filem tu kat bawah ni....





Amacam... suspens tak?

Teehee...

Ulasan

hamizah afifah berkata…
sejujurnya sy x tgk trailer dye...haha...segan ckit cter mcm ni.. = ="
shandye. berkata…
@cik rama-rama: lerr... npe nk segan plak? huhuhu...
Cik Bambam berkata…
sumpah xnk tgk! ahhahaha.. takuttt~ huhuhu
shandye. berkata…
@b a m b a m ' s: lerr... tgk ramai2 jom. takdela rasa takut sangat. hahahaha....
[sutera kasih] berkata…
dgr kata filem tu best kan..pernah tgk yg awal2 keluaran tu..not bad..