Aku mula mengenali kewujudan blog saudara Nizam Sani pada lewat 2009, itupun secara tidak disengajakan. Ada orang (aku sudah lupa siapa) komen di Facebook, ceritakan perihak sebuah blog yang entrinya tidak sampai lima baris ayat-ayat lebih pendek daripada botol syampu tetapi komen pada setiap entri mencecah belasan malah puluhan.
Kurius. Aku mula baca dari awal.
Aku jarang tinggalkan komen di blog beliau. Sebenarnya aku takut tersalah komen kerana terkadang aku sendiri tidak faham entri tersebut adalah tentang apa. Makanya baik diam saja daripada membebel tak tentu hala. Tetapi ada juga beberapa entri (paling digemari entri kisah dia lupa dan kisah imbau masa sekolah dulu-kala) yang bikin aku senyum, aku tinggalkan komen. Oh, dia balas juga rupanya!
*bangga sekejap*
Jarang ada blogger terkenal mahu balas komen dari pemblogger picisan seperti aku.
abaikan latar meja yang cantik itu. aku tahu anda cemburu. haha... |
Apa-pun, laju kepada masa sekarang, saudara Nizam Sani akhirnya menerbitkan Catatan Nizam Sani, buku saiz poket setebal 45 halaman tidak termasuk kulit, menghimpunkan entri-entri terdahulu dari blog beliau dari pertengahan 2009 hingga awal 2011.
Dengan nilai RM10 pembaca akan disajikan dengan sifat semula jadi penulis yang (1) pelupa, (2) lucu, dan (3) suka makan KFC. Buku ini terlalu pendek, aku habis baca sambil tunggu iklan ketika drama 'Anissa' di TV3 sedang disiarkan.
Catatan Nizam Sani ingin menerangkan bahawa dia juga seorang lelaki biasa. Makanya maafkanlah dia kalau dia acapkali terlupa hendak ambil isterinya pulang dari kerja, terlupa beli KFC, mahupun terlupa bahawa alat kawalan jauh keretanya ada di dalam poket seluar ketika dia terjun ke dalam air.
Dia juga seorang manusia biasa apabila ada juga momen-momen sentimental seperti terkenangkan tarikh pemergian adiknya, bila dia dan si isteri mula berpacaran dan kehidupan serba santai di UiTM Seri Manjung.
Satu hal yang bikin aku tabik terhadap penulis adalah kebolehan beliau menyampaikan mesej hanya dengan tiga baris ayat. Aku sesungguhnya tidak boleh menulis sependek itu, entri dalam blog mesti panjang-panjang. Itu kelebihan saudara Nizam Sani yang amat-amat aku cemburui.
Buku ini bakal aku bawa ke mana-mana untuk aku baca ketika lapang. Sesuai ketika berseorangan sambil makan KFC nanti. Oh, mungkin boleh belanja saudara Nizam Sani KFC dan jebak tips bagaimana hendak menulis seperti beliau?
Teehee...
Ulasan
GEMPAK GILA! Nizam Sani sendiri mengomen entry anda!
* jealous.. jealous*