Pernah dengar atau lakukan planking?
Planking adalah trend aktiviti kelaziman para penggemar fotografi di mana individu yang hendak difotografikan itu berbaring dengan muka menghadap tanah, tangan di sisi tubuh. Lokasinya di mana fotografi itu berlangsung adalah bebas, tertakluk kepada kreativiti masing-masing. Namun lebih ekstrem lokasinya, lebih baik. Bumbung rumah, atas kenderaan, tiang bendera atau lampu adalah antara lokasi ekstrem di mana planking pernah dilakukan.
[sumber] |
Para selebriti Amerika kini juga tidak terkecuali daripada 'wabak' ber-planking ini. Cuba lihat gambar-gambar di bawah:
justin biebier membuat planking atas bot |
walaupun tak kena gaya, katy perry pun tanak ketinggalakan ber-planking sakan. |
rosario dawson tayang skill planking beliau masa show jimmy kimmel. |
anak-anak usher planking atas piano. kau mampoo? |
Namun begitu, dalam keghairan ber-planking sana-sini, ada seorang selebriti Amerika tidak berpuas-hati dengan terma 'planking' itu sendiri mahupun trend fotografi unik yang telah merebak ke serata dunia ini.
Xzibit dalam kenyataannya di Twitter menulis:
“Planking is THE dumbest sh-t ever. #Planking was a way to transport slaves on ships during the slave trade, its not funny. Educate.”Setelah digugel dan menggeledah Wikipedia.org, terma 'planking' itu tidak merujuk kepada aktiviti mentransportasikan hamba-hamba namun 'physicality' planking itu ada serupa. Dulu-dulu, hamba-hamba kulit hitam dipaksa untuk berbaring dengan muka menghadap lantai dan tangan di sisi agar ia boleh dirantai di bahagian pinggang mereka. Mereka seringkali disusun bertingkat-tingkat di ruang bawah kapal dengan pergerakan dan pengudaraan yang terbatas.
[sumber] |
[sumber] |
Kejam, bukan?
Bacaan lanjut tentang perkaitan antara planking dan perhambaan boleh dibaca di sini:
Mungkin apa yang Xzibit sebutkan itu ada betulnya. Namun rasanya niat utama aktiviti ini adalah TIDAK menyinggung mana-mana sensitiviti kaum.
Akhir kata, kalau nak ber-planking tu, buatlah dengan selamat.
Kthnxbai.
[sumber]
Ulasan
kdg2 bnde tu hnya kebtulan shj..