099: 2005-2011 - satu persoalan yang masih bersisa.

2005 – Taman Universiti, Johor Bahru.
Bila aku pandang atas, kubah biru bernama langit tampak bebas awan. Aku masih ingat hari itu. Cuaca panas, angin tak berhembus dan debu kota naik turun tanpa berkesudahan. Dia duduk di kerusi roda, kepalanya botak. Aku lalukan jariku pada kulit kepalanya yang baru dicukur. Ada tajam-tajam benang jahitan di satu sudut, hampir dengan cuping telinga kanannya. Air mata gugur tanpa diundang.

Dia gapai jemariku dan bawakannya ke bibirnya. Hatiku diruntun sebak. Tubuhnya yang separuh berpakaian ada tampak rona-rona kebiruan. Aku terus terjelepuk di sisinya, memaut pemegang kerusi roda itu untuk menstabilkan diri. Kalau boleh aku mahu terus berada di sisinya. Aku mahu lihat dia sembuh, aku mahu lihat dia tersenyum macam kelmarin. Dia usap-usap rambut aku. Kain pelikat yang dipakainya ada tompok air mataku yang jatuh gagal dibendung.

“Kita putus, ya?” perlahan-lahan persoalan itu keluar dari mulutnya. Aku tidak tahu bagaimana hendak bereaksi terhadap soalan itu. Hendak angguk, khuatir tampak tidak berfikir panjang. Hendak geleng, khuatir berdegil hendak tegakkan benang yang basah.

Aku bangun, larikan wajah dari pandangan matanya. Aku tidak mahu dia nampak aku menangis. Sebahagian daripada jiwaku mahu segera putuskan hubungan ini. Aku tahu abangnya yang bertindak menurut emosi itu mungkin boleh bertindak lebih jauh dan tidak mustahil apa yang terjadi kepada dia hari ini mungkin bleh terjadi kepada aku pula. Sebahagian lagi pula berkeras mahu mempertahankan apa yang aku dan dia sudah miliki sejak lima tahun lalu. Sudah terlalu banyak yang kami lalui untuk aku abaikan semuanya begitu sahaja.

Soalan itu terbiar sepi tanpa jawapan.  


2011 – Orchard Road, Singapura.
Secangkir kopi panas dan roti bakar di kafe sisi di Wisma Atria bersama dia. Hari kedua aku di Kota Singa. Masuk kali ini sudah kali ketiga aku ke mari. Melawat apartment kecil dia yang menghadap kawasan pembinaan entah apa entah.

“Do I look any fatter to you since kita last jumpa?”

“Jawapan jujur atau hipokrit?” Aku jawab dengan satu soalan. Dia ketawa. Aku senang lihat dia gembira. Pagi itu, dengan baju polo putih, khakis pendek dan loafers putih sepadan; dia tampak ekstra kacak.

“Apa-apalah…”

“To be honest, yes. But I kinda like the new you. Last time kita jumpa kat Penang abang nampak macam susut sikit.”

“Masa tu kan tengah overlook a project kat Johor. Dok ulang-alik JB-Singapore, memang la tak ada masa nak makan dan uruskan diri.”

“Kata pergi gym…”

“Hangat-hangat taik kuceng!” Dia ketawa lagi. “Pergi sebulan je. Lepas tu dah malas nak pergi. Terus call nak cancel subscription, teruk gak kena bambu dengan my instructor bila I cakap I wanna quit his program.”

“Ala… asalkan sihat dan jaga makan, exercise on a regular basis… dah cukup.”

“Pandainya dia cakap. Dia tu?”

Aku renyih. Teringat pula kasut sukan yang aku beli dua tiga tahun sudah masih tersimpan elok di dalam kotak di bahagian bawah almari di rumah. Entah bila hendak aku keluarkan dan guna.

“Speaking of which, ingat tak masa a couple of years back kat rumah lama kat Taman Universiti.”

“Ada apa?”

“You always ngelak THAT question.”

“What question?”

“Ala… THAT question.”

Aku tahu apa sebenarnya yang dia maksudkan. Aku cuma sebolehnya mahu megelak. Secara teknikalnya kalau aku belum menjawab soalan tersebut maksudnya aku dan dia masih lagi bersama. Tetapi itu secara teknikal sahaja. Sudah lebih lima tahun berlalu. Macam-macam boleh berlaku. Aku sendiri sudah bersilih bertukar kekasih: dengan HIM hampir empat bulan, dengan abang Rizal hampir setahun, selepas itu aku single sehingga kini. Dia pula aku dengar tidak kurang lakunya. Tetapi aku tidak pasti pula statusnya sekarang ini.

“So what is your answer, then?” Suaranya kedengaran tegas, mendambakan jawapan daripada aku. Kali ini aku tiada ruang untuk mengelak. Aku tunduk, tiba-tiba kopi panas sepuluh dolar itu tidak sesedap mana.


------------------- bersambung (potong stim tak? hahaha….)

Ulasan

hamizah afifah berkata…
erkkkk...ni cerita ????
shandye. berkata…
@cik rama-rama: true story hoke! hehehe....
shandye. berkata…
@josrevalution: cool la tutorial buat 7 column tuh! nnt nk cuba!
nn berkata…
slot samarinda sangat. suka end kan episod cemni.
shandye. berkata…
@nn: manade... hehehe... nnt tgg la eh sambungan nyerr....
[sutera kasih] berkata…
wooooo..potong stim btl...nak sambungan plz haha
shandye. berkata…
@[sutera kasih]: draf dh siap. tgg giliran nk publish je. hehehe... sabar yek...