089: [siri ulasan filem] #04 - karak.

Saya terpanggil untuk menonton ‘Karak’ atas satu sebab tunggal: mahu lihat apa lagi yang telah dikeluarkan oleh KRU Studios selepas filem bajet besar ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ begitu berjaya di persada perfileman tanah air. ‘Karak’ dibintangi oleh wajah-wajah baru: Shahir AF8, Sheera Ayob (dia ni tunang Zaharil Adzhim, kan?), Along Eyzendy, Kilafairy (anak Rohana Jalil kalau tak salah) dan juga Sidek Hussain. Terdetik di hati saya; bolehlah Shahir berlakon? Soalan itu saya biarkan tergantung terlebih dahulu buat masa ini.



‘Karak’ dimulakan dengan bijak: sebuah kereta rosak di bahu jalan, seorang wanita sedang meriba bayinya di tempat duduk pemandu dan suaminya sedang mencuba untuk melihat apa yang tidak kena pada kereta tersebut. Seterusnya anda yang masih belum menonton harus saksikan sendiri. Memang memeranjatkan! Jalan cerita ‘Karak’ mudah. Empat anak muda yang masih menuntut di universiti dalam perjalanan entah dari mana hendak pulang ke Kuantan. Kereta yang mereka naiki tersangkut di kepala sebuah lebuh raya dan sudahnya mereka membuat keputusan untuk memintas masuk ke sebuah jalan pintas kerana mahu mengejar masa.

Sedikit latar-belakang tentang lebuh raya Karak. Ia merupakan sebuah jalan berturap tar sepanjang 60 km dan siap dibina pada tahun 1979. Lebuh raya ini meghubungkan Gombak Utara, Selangor dengan kawasan Karak, Pahang.  Keceluparan mulut si Jack (lakonan Along Eyzendy) dan Nik (Shahir AF8) ternyata membawa padah kerana mereka mulai diganggu oleh makhluk halus ketika mereka berhenti rehat di sebuah pekan pencil. Tiada apa yang menarik sebenarnya dalam filem ‘Karak’. Momentum plotnya terlalu mendatar untuk terus-terusan menimbulkan situasi saspens dan seram seperti kebanyakan filem bergenre serupa.

Terkadang ada beberapa babak seperti terlalu redundant dan menggunakan formula element of surprise yang sudah terlalu banyak kali dirisaikel sehingga menjemukan kerana audiens sudahpun boleh mengagak apa yang berlaku. Transisi cerita yang turun-naik ini sekaligus memberi gambaran bahawa kisah sebenar yang hendak disampaikan sebenarnya masih belum tiba. Hampir empat puluh minit penonton disajikan dengan babak-babak terkejut yang agak klise dan slapstik, disusuli dengan plot-plot serpihan yang dirasakan tidak perlu.

‘Karak’ mulai menjadi sedikit menarik apabila mereka berempat meninggalkan pekan pencil yang berhantu itu dan meneruskan perjalanan, hanya untuk diganggu pula oleh Volkswagen kuning yang, you guessed it right, berhantu. Jack mulai panik, Ida (lakonan Kilafairy) ternampak sesuatu, dan akhirnya kereta yang dipandu terbabas ke dalam gaung. Mereka berempat ditemukan pula oleh Tok Malam (lakonan Sidek Hussain) yang bertutur sepenuhnya dalam dialek orang asli dan dibawa bermalam di rumahnya sementara menanti hari esok. Mujur ada sarikata disediakan kerana walaupun kedengaran seperti bahasa Melayu, ada beberapa butir perkataan yang dituturkan oleh Tok Malam memang tidak difahami. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Zura (lakonan Sheera Ayob) seakan ‘terpanggil’ untuk menyarungkan kalung aneh yang ditemuinya di rumah Tok Malam.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berempat? Apa hubungkait kalung aneh itu, Tok Malam dan Zura? Siapa nenek tua bermuka hodoh yang sering menjelma tanpa cue sepanjang filem ini? Itu saya serahkan bulat-bulat kepada anda untuk pergi menonton sendiri filem ‘Karak’. Untuk menjawab soalan awal saya tadi tentang adakah Shahir boleh berlakon, jawapan saya sudah semestinya. Bagi saya, dia punya potensi besar dalam bidang lakonan (walaupun ada juga beberapa babak yang nampak seperti dipaksa dan dibuat-buat) dan berharap agak Shahir terus mengasah bakat lakonannya dengan mencuba memegang watak yang berbeza di lain waktu.



Kepada sesiapa yang terlepas baca nota sticky kat atas tu, saya nak mintak tolong korang semua untuk singgah kejap ke link kat bawah ni....


... dan tekan 'LIKE' pada page tersebut.

Ini adalah pertandingan anjuran Nikon Asia & saya menyertainya dengan menghantar gambar kucing peliharaan saya, Aboo. Anda juga boleh turut serta. Caranya teramatlah mudah, apa yang perlu adalah akaun Facebook dan juga gambar yang anda fikir menarik.

Kerjasama korang amat-amat saya hargai.

Kthnxbai.

<3 you guys so much!

Ulasan

phycrewz berkata…
aku belum tgk lagi daa..
shandye. berkata…
@phycrewz: seriously... kurang menyengat kalau nak dibandingkan dengan 'seru'...
FaizalSulaiman berkata…
belum berkesempatan

tp kan cerita seram malaysia ni entahlah..seram tu seram juga, tapi element of suprise kadang2 cliche dengan filem2 seram lain
Hans berkata…
still xdapat lawan dengan Khurafat....
mungkin filem Seru lebih baik dari Karak

Review Filem Karak Disini
shandye. berkata…
@Hans: tak tengok Khurafat. kawan2 cakap best. tunggu DVD keluar nanti ajelah. tp klu nk dibandingkan Karak dgn Seru, obviously Seru lebih seram dan penuh dgn adegan saspens...
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: ha ah. setuju sangat2... terlalu banyak babak dlm Karak yg sangat klise. hurm...
b a m b a m ' s berkata…
tak suka tengok citer antuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!


ehhehehe
shandye. berkata…
@b a m b a m ' s: tak suka jangan tengookkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...hehehehe...
ikan berkata…
ngalahkan pengkritik tetap hehe ..

da nonton kungfu panda 2 ..

totally amusing :)

da like tht cat pic ..

:) cute..
shandye. berkata…
@ikan: kung fu panda yg 1st pun i tak tengok... so takde selera nak tengok the sequel... im waiting for transformers, super 8 and harry potter plak. tak sabar nk ulas. ngee...