050: [siri ulasan buku] #01 - pecah karya khairulnizam bakeri.


Pecah karya sulung Khairulnizam Bakeri

Aku cadangkan jika kalian mahu membaca Pecah, novel sulungdaripada Khairulnizam Bakeri, sila sediakan sebotol air kosong dan membacanyadi tempat yang selesa. Ini adalah kerana aku berani jamin kalian akan berasaamat sukar untuk berhenti membaca. Aku habiskan novel itu ketika berada didalam bas, dalam perjalanan dari Kajang ke Butterworth, hanya berhenti membacauntuk dua kali iaitu ketika bas berhenti untuk toilet break dan makan tengahhari.

Satu perkataan untuk merumuskan penceritaan plot Pecahadalah ‘pantas’. Plotnya pantas, naratifnya pantas. Heck, dialognya jugapendek-pendek dan pantas. Fiksyen thriller jenayah dalam Bahasa Melayu inimempunyai 50 bab dan satu epilog, dengan perjalanan plot yang tidak linear. Adaimbas balik, imbas muka, monolog dan sesi belajar bahasa Kantonis. Aku gemarbagaimana Khairulnizam Bakeri terangkan sesuatu kejadian, membuat aku terasabetul-betul berada di tempat duduk belakang, berpaut pada perehat kepala danmengintipdengar perbualan antara karekter-karekter di dalam novel ini. Bahasanyasegar, walaupun berbaur dengan slanga dan dialek, namun Pecah merupakanintroduksi yang baik kepada apa itu pulp. Ada kalanya aku seperti dapatmengesan stail penceritaan gaya novelis thriller Barat dalam penulisanKhairulnizam Bakeri.

Bab pertama membuat aku mengah membaca, literally. Penuh aksidan suspens, berjaya membikin aku seakan dapat mendengar derai kaca pintupecah, bunyi desing peluru sesat terlepas dan pekik-tempik suara-suara panik suaturompakan bank – serasa macam satu babak dalam filem aksi lakonan Jason Statham.Menyusuri bab demi bab dalam Pecah bikin aku senyum dan tersebut “Oh…”sendirian tatkala plotnya terungkai satu demi satu. Pecah disusun secarabertingkat, kau mahu beberapa langkah, kau harus patah balik beberapa langkahhanya untuk memahami langkah ke hadapan yang kau sudah ambil tadi. Kali terakhiraku berasa amat teruja untuk tahu apa yang berlaku seterusnya dalam sesebuahpembacaan adalah ketika aku baca The Da Vinci Code karya Dan Brown.

Pecah akan terasa dekat dengan pembaca kerana ia menampilkanindividu-individu yang normal, lelaki dan perempuan yang kalian akan jumpadalam kehidupan seharian. Jururawat, warga emas, abang jaga, mamat Nepalpekerja buruh dan juga duda beranak satu. Kalau kalian mengekspaktasikanelemen-elemen klise seperti akan ada watak gadis kampung yang baru sampai keKuala Lumpur atau lelaki uber-kacak yang kaya tetapi jatuh hati pada sifat danperwatakan si gadis desa itu kalian akan bakal dikecewakan kerana Pecah larijauh daripada klise-klise novel tempatan yang ada.

Dendam, pembalasan, karma dan sesi memburu harta karun yangmenerujakan berbaur menjadi Pecah. Novel sulung tulisan Khairulnizam Bakeri inimerupakan introduksi yang ampuh memperkenalkan si penulis kepada arenapenerbitan lokal. Tidaklah keterlaluan kalau aku mengharapkan agar Pecah lekas-lekas difilemkan. Syabas diucapkan kepada beliau dan pihak penerbitan Fixi ataskelahiran novel ini.

Ulasan

lylaROCKprincess berkata…
One thing that I want to say to people who want to read this book...
don't compare this book to The Da Vinci Code...
this one has a special element of it's own...
even better, don't read The Da Vinci Code before you read this piece...
huhu...
shandye. berkata…
i compares this novel with The Da Vinci Code not because of the essence or the special elements within those two novels but how the plot progresses.

for me, both novels have a sustained momentum throughout the entire length of the plot that successfully captures the readers' attention. that is all.
Unknown berkata…
bookmarked blog kamu. sesuatu yang amat menarik untuk dijadikan pembacaan masa hadapan. sudah agak muak dengan bacaan2 ringan dan sedang mencari bacaan2 berat especially dalam bidang literature. keep it up~
shandye. berkata…
oh. terima kasih. buku itu nadiku, perkataan itu degup jantungku, ayat itu desir nafasku dalam hela doa dan palitan amalan mulia. eh.