048: malam terakhir di bumi bangi.


Sepatutnya kisah ini aku khabarkan pda 30 April yang lalutetapi oleh kerana aku malas hendak mengarang, ia tersadai menjadi draf entri.

Baiklah.

Hari terakhir aku di bumi Bangi terisi dengan aku mengemasbarang, menyapu dan mengemop lantai dan juga berjalan-jalan ke stadium universiti.Bukan apa, aku tahu selepas ini hampir lima bulan juga aku bakal tidakmenjejakkan kaki ke universiti, mungkin juga akan rasa rindu.

Usai packing barang, menyapu dan mengemop lantai dan jugabersiar-siar ke stadium aku layan diri menonton Fringe dan marathon ulang-siarGossip Girl. Kemudian, aku perasan Abg Shah baru berada di atas talian di YM. Akusekadar tegur dia, tiada nafsu benar untuk mulakan konversasi kerana akusebenarnya tidak begitu merasakan seperti dia mahu berbual dengan aku. Mana tidaknya,dia baru sahaja batalkan temu janji yang sepatutnya berlangsung Rabu lepas. Dia bilangdia minta maaf kerana Rabu lepas dia agak sibuk dan dia mahu bertemu akupetangnya ini. Aku terus sahaja setuju, memandangkan aku tiada punya apa-apa perancanganpada sebelah malamnya. Rakan-rakan aku yang lain semuanya sudah selamat pulangjauh lebih awal daripada aku. Hanya aku yang tinggal kerana masih ada urusanyang belum selesai, ditambah pula dengan peperiksaan akhir semester aku kaliini habis lewat pula.

Abg Shah datang agak lewat, sekitar jam sembilan malamlebih. Katanya dia baru sahaja pulang dari pejabat, singgah di rumah hanyauntuk mandi dan solat sebelum berkejar ke Bangi. Kami ke Mama Chop Papa Grill. Makanmalam sambil mata dijamu oleh Maharaja Lawak secara langsung di Astro. Aku senyumdalam hati melihat Abg Shah ketawa dan senang hati makan sambil menonton. Dia kataitu adalah antara rancangan kegemarannya. Sudah makan, Abg Shah terus sahajamemutuskan untuk hantar aku pulang kerana hari sudah lewat. Hendak tontonwayang atau jalan-jalan juga kami berdua tidak terpanggil untuk ke arah itu.

Sepanjang berkereta pulang ke kampus, kami banyak diam. Aku secaraliteralnya berpeluh dalam berpendingin hawa kereta. Aku dapat rasa ada sebutirpeluh terbit dan mengalir dari pelipis. Aku kurang selesa kerana entah mengapaaku tiba-tiba dilanda hampa dan sedih kerana aku seperti dapat rasakan yang ini(mungkin) kali terakhir aku dapat bertemu dia. Aku sengaja letakkan tangankanan di pinggir tempat duduk ketika di dalam kereta, dengan harapan dia akanmencapainya. Bodoh, bukan?

Aku pelawa Abg Shah untuk singgah ke bilikku. Mana tahukalau-kalau dia mahu secangkir nescafe atau tumpang lelap sekejap. Mulanya diaagak keberatan, tetapi aku rasa dia seperti dapat menghidu desperasi aku. Akhirnyadia bersetuju. Kereta diparkir di pinggir jalan menghadap blok kolej kediamankudan kami masuk ke dalam. Kami baring-baring, dan dia pantas terlelap. Aku tatap diapuas-puas, mengetahui bahawa sesungguhnya dia tidak mungkin aku miliki.

Aku teguk liur, pejam mata dan telan kenyataan yang terasa pahit seperti sepapan panadol.

Ulasan