070: [siri tutorial blogger] #03 - cara-cara untuk mengakses tema windows 7 yang tersembunyi.

Ok, kali ini bukanlah tutorial untuk blogger tapi untuk pengguna pelantar Windows 7. Secara amnya tema (atau theme  dalam Bahasa Inggeris) boleh diakses di bahagian Appearance and Personalization di Control Panel. Apa yang tersedia selalunya agak terhad dan Windows 7 hanya menyediakan beberapa tema pra-sedia untuk digunakan ketika pertama kali anda install Windows 7 (melainkan anda seorang yang gigih memuat-turun dari Internet atau dari laman sesawang rasmi Microsoft).


Sebenarnya Windows 7 punya easter egg iaitu tema tersembunyi yang boleh diakses dengan mudah. Mari kita tengok macam mana...



  • Pada kekotak Search di START, taip C:\Windows\Globalization\MCT dan tekan Enter.



Anda akan memperoleh akses kepada tema untuk negara Kanada, Australia, Britain dan juga South Africa.


Anda boleh ambil wallpaper untuk tema-tema tersebut.




Atau tambahkannya sebagai tema dengan double-click dan tambahnya ke dalam folder ThemeDi sini anda boleh muatkan kesemua tema yang anda telah simpan dan kesemuanya akan ada di ruangan My Themes di mana anda boleh tukar-tukarnya pada bila-bila masa.


Menarik, bukan?

Selamat mencuba!



[diambil dari SINI.]

Ulasan

josrevalution berkata…
owh..hebat tutorial ni bro..tq,,nanti nak try..owh..dah folo u blog..nanti folo balik yer kalo sudi..n lepas nie...sama2 lah singgah menyinggah..blogger menghapuskan blog untuk blogger yg masih belum beralih ke gmail sebelum 25 jun 2011!!betul ke?
Enchik Nine berkata…
Huhu... Pnah jmpe da sebelum nie... Tapi kan best kalau Windows bagi theme yang lagi gempak...

Enchik Nine @ my etech9[dot]com
shandye. berkata…
@josrevalution: nnt cuba taw? ngee...

@Izzudin Fauzi: kan? saje je kongsi tutorial ni cuz hr tu ada sembang2 tentang benda ni dgn someone kat twitter...