071: TIPS untuk mereka yang berada dalam hubungan jarak jauh.

Hubungan jarak jauh. Sebelum ini, ketika Abg Iz masih menuntut di UTM dan aku di UiTM Kedah, kami telah diuji dengan hubungan jarak jauh. Kami berpisah sebelum sempat aku tamat belajar di UiTM atas sebab-sebab tertentu dan dua hari lepas, kami akhirnya memutuskan untuk kembali bersama.

Bagi pengikut blog lama aku (dan juga mereka yang mengenaliku), rasanya mereka sudah sedia maklum apa yang berlaku antara aku dan Abg Iz dan apa yang menyebabkan kami berpisah sekitar tahun 2004 yang lalu. Selepas itu kami kekal bersahabat. Mungkin kerana kawan-kawan aku adalah kawan-kawannya juga yang menyebabkan kami mampu kekal bersahabat walaupun sudah tiada apa-apa hubungan istimewa. Sedang aku duduk bersembang dengan Abg Nazs, kawan akrabku merangkap kawan akrab Abg Iz juga, kami terpanggil untuk menyingkap kenangan yang pernah kami kongsi bertiga.

“Ingat tak TIPS, tips yang kau pernah cakap tentang macam mana nak sustain long-distance relationship?”

Aku angguk. TIPS, akronim kepada Time, Interest, Priority and Space merupakan mantra yang aku amalkan ketika aku bersama Abg Iz. Kami masing-masing berjauhan, namun entah mengapa kami bersyukur kerana kami masih lagi bersama. Sebahagian bersar daripadanya mungkin disebabkan oleh TIPS yang aku pegang ini. Oleh itu, aku fikir eloklah aku kongsi TIPS ini dengan pembaca blog ini.

1. Time
Time atau dalam Bahasa Melayunya ‘masa’ adalah amat krusial dalam mana-mana perhubungan, baik jarak dekat atau jarak jauh. Bagi aku, tiada yang lebih bermakna daripada mempergunakan masa yang ada ketika anda bersama pasangan anda dengan sebaik mungkin dan seefisyen mungkin.

Jika anda punya masa bersama dengan pasangan, luangkan masa tersebut bersama-sama dengannya. Keluar berlibur bersama-sama. Paling mudah, pergi berpiknik. Tiada yang lebih indah selain daripada sediakan sandwich dari rumah dan lihat matahari terbenam bersama-sama ketika anda dan si dia bersantai di Feringghi. Sempurna!

Jika tidak dapat bersama secara fizikal, bersembang lewat Skype atau Yahoo Messenger juga memadai. Anda harus bijak dan adil meluangkan masa untuk bertemu atas talian bersama pasangan anda. Ambil masa untuk rancang dan pelawa pasangan anda untuk bertemu di atas talian. Komunikasi sekarang makin mudah. Facebook, Twitter dan entah apa-apa lagi boleh dipergunakan sebaik mungkin untuk memupuk perhubungan antara pasangan anda. Aku sendiri sudah lupa berapa kali aku makan malam di hadapan laptop semata-mata inginkan nuasa makan malam bersama Abg Iz ketika kami sama-sama menuntut dahulu. Petang juga aku bersembang atas talian bersama Abg Iz. Kami berbalas-balas Direct Message di Twitter (oh, jangan lupa untuk follow aku di @shandye ya?) ketika dia dalam perjalanan pulang dari gim. Mujur ketika itu dia tidak memandu!

2. Interest
Aku gemar membaca, blogging dan menonton wayang. Oleh itu, aku sentiasa menyibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang aku have an interest in. Tiada Abg Iz di sisi tidak bermakna aku tidak boleh berseronok. Hakikatnya, dia sendiri gembira dan bangga aku kembali berblogging kerana dengan cara ini dia dapat membaca dan mengetahui apa yang telah berlaku kepadaku.

Jujur  aku bilang, kalau dia pulang ke sini aku akan bakal tidak mampu habiskan ketiga-tiga novel Fixi yang aku beli tempoh hari, tonton filem-filem baru yang usai aku muat-turun dan juga kemaskini blog ini. Makanya, bagus juga kalau dia tinggal jauh. Tak gitu?

3. Priority
Tetapkan keutamaan (atau Bahasa Inggerisnya priority) anda. Keutamaan aku sekarang adalah habiskan tahun akhir pengajian dengan CGPA yang bagus, kekal bersahabat dengan mereka yang rapat di sekelilingku dan tetapkan fokusku sebagai seorang anak, seorang Islam dan seorang lelaki. Oh, dan menjadi seorang kekasih yang baik (hahaha… terasa kekok pula kerana terbiasa menjadi single untuk satu waktu yang agak lama sebelum ini… ngee…). Kalau terasa sukar untuk senaraikan keutamaan anda dalam hidup, ambil sehelai kertas dan tulis ia menurut kronologi. Sebaik sahaja usai dengan senarai tersebut, cuba kekalkan senarai itu menurut keutamaannya.

Mujur sekarang sedang cuti semester, makanya aku boleh rileks-rileks letak ke sisi soal pelajaran (walaupun hakikatnya aku terlalu cemas tentang keputusan peperiksaan semester lalu.. eekkk!!) dan fokus kepada hal-hal lain. Aku kembali merapat dengan Abg Nazs (oh, hakikatnya dialah satu-satunya kawan aku di Pulau Pinang ini, serius!). Sepanjang cuti semester (setakat ini) aku dan Abg Nazs kerap berjumpa. Kami tebus kembali masa-masa kami tidak dapat bersama.

Dengan adanya keutamaan dalam hidup, aku dapat rasakan bahawa aku lebih fokus dan menghargai setiap ketika yang aku luangkan bersama Abg Iz. Aku tahu dia kini berada dalam senarai keutamaanku, makanya aku harus lebih gigih untuk mengimbangkan hal itu dengan perkara-perkara lain.

4. Space
Berjauhan dengan pasangan anda bermakna bukan sahaja anda tidak boleh memerhati si dia dari dekat, tetapi juga tahap kesabaran dan toleransi anda juga diuji secara langsung. Hakikatnya anda harus sedar menjalani hubungan jarak jauh sebenarnya memerlukan anda untuk memberi ruang (atau space) kepada pasangan anda. Ruang yang aku maksudkan ini adalah kepercayaan dan toleransi kepada si dia. Janganlah mudah buruk sangka dan cepat melenting atas hal-hal enteng yang dia telah lakukan.

Kalau hendak ikutkan hati cemburu aku, mahu sahaja aku akan terasa hati setiap kali dia ke gim, main futsal bersama-sama rakan-rakan firmanya, makan malam bersama kliennya dan seribu satu lagi agenda yang dia lakukan tanpa aku. Mengapa aku tidak cemburu? Sebenarnya bohonglah kalau aku bilang aku tiada secebispun rasa cemburu. Namun aku telan ia dan letakkan kepercayaanku mengatasi rasa cemburu itu dan beritahu dia dengan jelas yang aku harap dia tidak menyalahgunakan kepercayaan tersebut.

Begitu juga dengan dia. Banyak kali dia bilang kadang-kadang wujud juga rasa cemburu dalam diri (terutama sekali sekitar 2004 dahulu) ketika aku keluar bersama-sama rakan-rakan pergi menonton wayang, ulangkaji bersama-sama rakan sekuliah dan juga ditumpangkan kereta oleh rakan sedaerah. Siapa tak cemburu apabila mengetahui kekasihnya berdua-duaan dengan orang lain sedangkan itu adalah tanggungjawabnya untuk bersama-sama dengan your other half?


Aku berasa amat beruntung pulang semua bersama-sama Abg Iz. Dia pintar, jujur dan amat menerimaku seadanya. I couldn’t ask for more.

=)

Ulasan

phycrewz berkata…
Mmg susah jarak jauh ni..huh! tapi apsal sama2 laki ni?
shandye. berkata…
@phycrewz: thanks for following. hahaha...
Rozuan Ismail berkata…
tq for sharing tips =)
shandye. berkata…
@Rozuan Ismail: you're welcome! ngee...
Anonymous berkata…
lelaki dengan lelaki ke?