069: oh, kesah merindui orang jauh.


Suatu masa dahulu, pada tahun 2009, aku berkenalan dengan seorang gadis Melayu dari Amerika. Namanya Alia. Kami merapat dan akhirnya menjadi kawan baik. Maklum sajalah, satu kelas. Makanya bila hari-hari berjumpa mestilah boleh rapat, betul tak?

Sebenarnya aku dengan Alia boleh get along mungkin sebab bagi dia, aku ni lebih bersikap terbuka kot? Maksud aku, aku ni lelaki yang boleh terima dan tapis budaya Barat dan ambil yang baik, sepak yang buruk. Lebih kurang macam itulah kot. Lagi satu dia cakap dia selesa dengan aku sebab aku boleh cakap bahasa Inggeris dengan baik tak macam budak-budak dalam kelas kami yang lain.

Anyways, persahabatan aku dengan dia tak panjang. 25 April lepas dia sudah balik US. Dia akan habiskan sisa setahun setengah pengajian yang tak selesai kat sini kat universiti sana. Mungkin dia homesick, mungkin juga dia tak dapat nak betul-betul grasp bahasa Melayu, kot. Entahlah.

Apa-apa pun aku akan tetap rindu dia. Dia kelakar, dia poros dan dia punya identiti tersendiri. InsyaAllah kalau diberikan umur yang kesampaian, ruang kewangan dan masa, aku kepingin benar mahu ke Amerika dan minta dia jadi tour-guide aku.

Rasa ralat sangat-sangat hajat aku hendak bawa dia jalan-jalan ke Pulau Pinang tak sempat dimateri. Hurm...

Ulasan