Ahad, 31 Julai 2011

130: tekad.

mulai esok...

saya akan upload gambar apa yang saya makan untuk berbuka puasa.

30 hari sepanjang Ramadhan.

mesti!

*cabaran 30 hari juadah puasa*

129: beli cd itu suatu hal yang sudah tidak hip dan terkini.

Sudah lama benar tidak beli CD. Lama sangat.

Sejak di'celik'kan mata dengan dunia muat-turun, pindah-naik, perkongsian fail, Bluetooth dan entah apa lagi, aku hanya memandang sepi toko CD.

Dulunya aku ingat lagi masa zaman pikul beg sekolah dan berseluar hijau. Sanggup ikat perut dua minggu semata-mata untuk pegang, cium dan dengar sampai calar CD terbaru N'Sync. Ok, malu sekejap kerana mengaku pernah meminati boy-band.

Kelmarin usai tunjuk muka di wedding kenalan Abg Nazs, kami jalan-jalan cari pasal ke Queensbay (mengada-ngada sangat, kenduri kahwin di Seberang Jaya tetapi kami sanggup redah jambatan dan kesesakan trafik semata-mata mahu ke Queensbay. Dasar gedik!).

Qimie ditinggal di rumah pengasuh. Lagipun dia demam. Bad parenting tak biarkan anak demam dengan orang lain sedangkan diri sendiri berfoya-foya dengan BFF, makan aiskrim dan gelakkan fashion-sense orang yang lalu-lalang sedangkan diri sendiri pun pakai baju beli pasar malam? Ha... jawab!!!

Kami masuk toko CD.

Aku akhirnya terpanggil untuk beli CD 'Realize' dari Reza Salleh.

Albumnya sudah lama keluar tapi baru sekarang aku beli.

Sebenarnya lagu-lagu dalam album ini aku sudah dengar lama sebab boleh dengar secara percuma lewat laman sesawang rasminya.

Sayang, lelaki yang bagi aku super-talented macam dia kurang didedahkan di media. Aku paling suka lagu-lagu Inggeris dia, sebab sebutannya tak dibuat-buat mengada-ngada mahu tiru slanga Inggeris tetapi masih jelas Melayunya.

Best.

Dulu-dulu aku rajin tengok dia beraksi di Moonshine. Zaman-zaman kau boleh lepak minum Coke sambil layan kepala dengar Ana Raffali, Mia Palencia, Bo Iqram, Pete Teo, Seven Collar T-shirt (oh, mereka paling aku tunggu!), Estrella (zaman si kecil-molek manis bergula Liyana Fizi masih bersama), Telebury (band yang aku kira unik tetapi sound mereka amat menggiurkan dan kadang-kadang Yuna!

Ah, Moonshine! Rindu!

Makanya CD 'Realize' merupakan CD paling terkini yang saya beli sejak tahun lepas (tahun lepas saya beli 'Decorate' dari Yuna).

Lame, bukan? Oh...

Jumaat, 29 Julai 2011

128: bila ramadhan datang aku terasa tua.

"Do you know that same time this week kita dah tak boleh lepak-lepak ngopi macam ni dah because of fasting period?" Abg Nazs berkata ketika aku dengan dia dok bersembang di balkoni rumahnya petang kelmarin selepas waktu kerja.


Aku angguk. Ramadhan datang lagi dan aku rasa amat bertuah dan bersyukur sebab dapat merasanya sekali lagi.


"Tahun lepas puasa penuh tak?" Abg Nazs bertanya. Aku geleng. Aku beritahu dia yang dua-tiga hari pertama berpuasa merupakan cabaran buatku. Bayangkan: hadiri kuliah hingga ke petang sambil berpuasa, berkejaran ke sana ke sini untuk ke kuliah di UKM merupakan suatu cabaran yang amat getir sebenarnya. UKM bukannya sekangkang kera. Siapa yang pernah belajar atau masih belajar di situ tahulah betapa besarnya kampus Bangi itu. Ditambah pula dengan kondisi aku yang tidak sebegitu sihat seperti orang lain memang merupakan suatu cabaran bagi aku. Ketika itu tubuh sedang menyesuaikan diri dengan keadaan berlapar tetapi pada masa yang sama harus kekal aktif dan cergas seperti biasa.

Tetapi Ramadhan kali ini ternyata berbeza kerana aku bakal menyambutnya sebulan lengkap di rumah. Maknanya bersahur dan berbuka puasa bersama-sama keluarga. Tiada stress, tiada hassle... Aku akan nikmati bulan puasa ini dengan sepenuh-penuhnya.

Tidak perlu berkejaran ke kuliah, tiada tugasan yang perlu dibereskan, dan yang paling utama... tiada drama kampus aygn perlu aku harungi.

Rabu, 27 Julai 2011

127: [siri tak ada kerja] #14 - gambar-gambar teaser filem 'snow white and the huntsman'.

Ingat Snow White?

Alah... kartun Disney pasal budak pompuan geletis dengan tujuh orang dwarf tu. 

Animasi tu kali ni dah diberi nafas berbau baru dengan filem 'live action' lakonan Kristin Stewart, Charlize Theron dan Chris Hemsworth dan diberi judul 'Snow White and the Huntsman'.

Chris Who? Alah... mamat yang berlakon filem Thor tu (tak tengok pun padahal... teehee...)

Boleh tak... filem ini tersangatlah baru sampai trailer dan official website dia pun tak launch lagi. Mana tak nya... filem 'Snow White and the Huntsman' ni katanya bakal ditayangkan sekitar Jun 2012 nanti.

Hamek ko! Lebih kurang setahun dari sekarang kot!

Anyways... ni kat bawah ni ada teaser promo pictures daripada filem yang dimaksudkan tu...


Jom cekidaut!!!

Isnin, 25 Julai 2011

125: [siri sekadar cuci mata] #10 - benjamin godfre [NSFW].

Benjamin Godfre, model Amerika.

Hot gila kot. Ni official website dia for all you pervies. LOLZ.

Ok, ni merupakan siri sekadar cuci mata terakhir sebelum kita masuk ke bulan Ramadhan. Kena la respek bulan mulia dengan content bersih-bersih pulak, kan?

Teehee...








gambar 'merbahaya' totally NSFW lepas ni...

Jumaat, 22 Julai 2011

124: [siri tak ada kerja] #13 - trailer filem paranormal activity 3.

Korang pernah tengok tak filem seram Paranormal Activity yang famous gila sekitar tahun 2007 dulu?

Tahun lepas prekuel kepada filem itu (yang dinamakan sebagai Paranormal Activity 2) pula dirilis. Best jugak, walaupun tak adalah seram/suspens macam filem sebelumnya.

Aku sebenarnya suka teknik 'found footage' yang digunakan dalam filem ini, feel seram tu lain macam sikit sebab nampak macam betul-betul kejadian (walaupun hakikatnya semua ni reenactment semata-mata).

Penghujung Oktober ni pulak Paranormal Activity 3 bakal menyusul, prekuel kepada Paranormal Activity 2. Kali ini, pengarah filemnya berjanji yang ia akan lebih seram dari sebelumnya kerana filem ini akan mengupas permasalahan Katie dan Kristi ketika mereka masih kanak-kanak yang sering diganggu oleh makhluk halus.

Cerita panjang tak guna... jom usyar trailer filem tu kat bawah ni....

123: [kontes] #03 - giveaway julai bersama blogger andyhowtt.com.

Giveaway Julai bersama blogger andyhowtt.com

Sebenarnya aku baru perasan yang blog NotaKosong yang rajin aku singgah ada buat entri pasal giveway dari seorang lagi blogger 'otai' yang aku dah follow lama iaitu Andyhowtt (sejak zaman dia dok kat blogspot lagi aku dah follow). 

Bila usyar hadiah-hadiah untuk giveaway kali ini memang gempak-gempak kot...

I mean, like seriously people... siapa tak nak hosting free, betul tak?

Aku nak! <-- over-excited.

For those yang nak take part dalam giveaway ni boleh tengok dia punya rules & regulations bila klik kat gambar kat atas tu.

Takpun kalau dah malas nak skrol atas klik je kat SINI.

Anyways... aku nak tag...


Voleyh?

Teehee...

Giveaway Julai Bersama Blogger ini dianjurkan oleh andyhowtt.com, dan hadiah telah disponsor oleh Nisa KayAkmal HilmiFaizal FredleyNota KosongSaya DoodleNorfanilMohd Khairi,Munzir ShafieAzri Johan,  Alya EsprezzoKaizen Shinobi dan Malcube

nota kaki: harap-harap menang. ngee... #fingerscrossed ^^,

Khamis, 21 Julai 2011

122: perspektif homoseksual dari kaca mata seorang anak kecil.



Kalaulah dunia bebas diskriminasi seperti apa yang dilihat oleh budak lelaki comel ini.

Hidup seorang homoseksual mungkin...




... akan lebih mudah.

121: [siri kuotasi hari ini] #09 - hubungan.

Every relationship has its problems. But what makes it perfect is if you still wanna be together, when things really suck

Rabu, 20 Julai 2011

120: [siri ulasan buku] #06 - kasino karya saifullizan tahir.

Aku agak terlambat untuk mendapatkan Kasino karya Saifullizan Tahir, novel kelima keluaran Fixi hanya kerana toko-toko buku di Pulau Pinang masih belum mengambil stok naskhah judul tersebut. Makanya aku kira ulasan ini kira-kira sebulan lewat daripada ulasan-ulasan yang telahpun blogger lain sediakan.

Satu perkara yang sering aku lakukan di bawah sedar sebelum aku mulakan apa-apa pembacaan (tambah-tambah lagi kalau penulisnya kurang aku kenali, maaf Encik Saifullizan!), aku akan mengugel dan mencari karya-karya beliau yang sebelumnya dan aku ketemu dengan cerpen Kota Itu yang telah tersiar di Mingguan Malaysia pada 14/01/2007 [BOLEH BACA CERPEN ITU DI SINI]. Kenapa aku gigih untuk berbuat sedemikian rupa? Saja. Aku mahu ambil feel dan rentak penulisan penulis itu sendiri.

119: justin nozuka - selepas malam ini.



Ada orang tu feeling-feeling suara dia sedap macam mamat Justin Nozuka nih. 
Ceh. Main gitar pun terkial-kial. 
Tapi sekurang-kurangnya cobaan dia tadi schweet la. 
Hahahaha...

Btw... terjumpa tab gitar untuk lagu kat atas ni. Saja syer. 
Tahu for sure orang tu akan baca dan usaha follow tab ni betul-betul so dia leh perform skali lagi masa sesi skype-ing nanti. 
Ngee...


(TAB GITAR ADA KAT BAWAH NI. KTHNXBAI.)


Selasa, 19 Julai 2011

118: [siri haiku merepek] #05 - sangkut.

kopi dalam cawan
hati campur nikotin
otak kosong!

117: [kontes] #02 - hizami, nak header satu!

Hizami, Nak Header Satu!

Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab saya ekceli pakai banner ni sejak tahun 2009 lagi. Sedih tak?

Dengan tidak sebegitu kacaknya saya men-tag saudara Shamsul Amri sebab saya rasa dia pun akan nak join menatang alah ni jugak.

Teehee...

Isnin, 18 Julai 2011

Sabtu, 16 Julai 2011

Khamis, 14 Julai 2011

114: [siri ulasan filem] #05 - harry potter and the deathly hallows: part 2.


Aku akui agak lambat menyertai ‘bandwagon’ peminat siri Harry Potter. Sebelum ini, aku tidak terpanggil untuk mengangkat naskhah novel siri budak sihir tersebut kerana menyangkakan bahawa ia cerita budak-budak dan bukanlah cawan tehku. Banyak kali aku diusulkan oleh rakan-rakan untuk membacanya, apatah lagi dengan kejayaan besar dua filem awalnya iaitu ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ dan ‘Harry Potter and the Chamber of Secrets’ mendapat kutipan yang menjangkaui ekspaktasi umum dan merupakan filem yang berjaya di pasaran global. Aku hanya mula membaca siri novel karya agung J.K Rowling itu setelah filem kelimanya iaitu‘Harry Potter and the Order of Phoenix’ mula memasuk panggung. Itupun dek kerana Helena Bonham Carter, pelakon hebat yang amat aku hormati turut sama berlakon sebagai Bellatrix Lestrange, pengikut setia Lord Voldemort.

Selama hampir dua bulan aku dedikasikan untuk menghabiskan lima buku terawal Harry Potter sebelum menonton ‘Harry Potter and the Order of Phoenix’ di panggung wayang. Ternyata, filem itu berjaya membikin aku menjadi salah seorang daripada jutaan peminat Harry Potter. Usai menonton, aku tidak puas hati, makanya terus cari DVD filem-filem Harry Potter terdahulu dan mula menontonnya dari awal, memerhati dengan teliti kemiripan antara intepretasinya ke layar perak. Aku puas, pengarahnya berjaya mengekalkan intipati dan kekuatan utama novelnya ke filem, tanpa menjejaskan kualitinya.

Kini, setelah sepuluh tahun berlalu dan tujuh novel Harry Potter diterbitkan, filem terakhir saga ini akhirnya menemui peminatnya buat kali terakhir. Tinggal tiga lagi Horcrux yang masih belum ditemui dan dimusnahkan demi untuk memastikan Lord Voldemort tidak terus berkuasa, dan Harry Potter dan rakan-rakannya bertarung dengan masa untuk memastikan bahawa mereka berjaya mengumpulkan ketiga-tiga item penting yang melengkapi The Deathly Hallows (The Elder Wand, Cloak of Invisibility dan the Ressurection Stone) dan tidak jatuh ke tangan He-Who-Shall-Not-Be-Named.

Isnin, 11 Julai 2011

113: supricky06 - membikinmu rasa cintaku [cover].


Hari ini aku secara rasminya menukar status hubungan di Facebook. Hehe. Senyum ke telinga. Baby steps, itu yang lebih penting. Ngee...

Ahad, 10 Julai 2011

112: [siri ulasan buku] #05 - catatan nizam sani karya nizam sani.

Aku mula mengenali kewujudan blog saudara Nizam Sani pada lewat 2009, itupun secara tidak disengajakan. Ada orang (aku sudah lupa siapa) komen di Facebook, ceritakan perihak sebuah blog yang entrinya tidak sampai lima baris ayat-ayat lebih pendek daripada botol syampu tetapi komen pada setiap entri mencecah belasan malah puluhan.

Kurius. Aku mula baca dari awal.

Aku jarang tinggalkan komen di blog beliau. Sebenarnya aku takut tersalah komen kerana terkadang aku sendiri tidak faham entri tersebut adalah tentang apa. Makanya baik diam saja daripada membebel tak tentu hala. Tetapi ada juga beberapa entri (paling digemari entri kisah dia lupa dan kisah imbau masa sekolah dulu-kala) yang bikin aku senyum, aku tinggalkan komen. Oh, dia balas juga rupanya!

*bangga sekejap*

Jarang ada blogger terkenal mahu balas komen dari pemblogger picisan seperti aku.

111: [siri tutorial blogger] #06 - cara hendak pindahkan kesemua entri & komen dari blog lama ke blog baru.

Seperti yang sedia maklum aku telahpun secara rasminya berpindah dari blog lelaki[tanpa]emosi ke ngomelsikit pada 1 Julai yang lalu dan rasanya aku telahpun jelaskan sebab kenapa aku berpindah.

Atas rekues cik rama-rama yang gorgeous, dia mintak ajar macam mana aku buat pindahkan kesemua entri, komen, label dan segala macam tok-nenek dari blog lama ke blog baru.

#01
Anda perlulah sudah mempuyai sekurang-kurangnya dua blog sebelum kerja-kerja memindah blog ni boleh dijalankan. Kedua-dua blog tersebut mestilah blogspot. Kalau salah satu daripada blog tu adalah Wordpress, Tumblr, Xanga, Livejournal... tutorial ni tak boleh dibuat. Capiche?

Macam aku, aku ada lima (yep, lima) blog dan salah satunya aku jadikan 'test blog' tempat aku test widget baru, coding atau apa-apalah. 'Test blog' aku ni private, so kalau korang google pun tak jumpa. Wakakakaa....

Untuk tutorial ini, lets just labelkan blog lama sebagai BLOG A dan blog baru sebagai BLOG B. Cool?

#02
Dari Dashboard, pergi ke option Settings blog yg korang nak pindahkan tu. Di situ, korang akan perasan ada pilihan Import blog, Export blog dan Delete blog kat bahagian atas tu.

Nampak tak?

aku siap highlight guna kotak kaler merah lagi.
klu tak nampak gak tataw la nak cakap ape...

Kalau nampak, sudi-sudikanlah tekan option Export blog.

Maka keluarlah page ini. Ha, tekan butan kaler oren yang bertulis 'Download Blog' tu...

tekan ler. jgn malu-malu...

#03
Bila korang tekan butang 'Download Blog', blogger akan download satu file *.xml ke dalam PC korang. Bila file tu dah siap download, cari file tu dan letak kat Desktop korang, sebab karang korang akan guna file tu. Kiranya menyenangkan hidup la kalau letak kat Desktop. Tapi kalau korang nak ignore step ni aku tak heran pun, asalkan later korang boleh cari file *.xml yang dah siap dimuat-turun tu, aku tak ada hal.

#04
Tekan Dashboard balik dan korang akan kembali ke muka depan Dashboard blogger. Kali ni, pilih option 'Settings' tapi untuk BLOG B pulak. Dari senarai tiga pilihan Import blog, Export blog dan Delete blog kat bahagian atas tu, pilih Import blog.

Tekan 'Choose file' dan cari balik kat mana file *.xml yang dah siap download tadi. Kalau korang ikut tips aku dan pindahkan file tu ke Desktop, senang la nak cari file tu balik. Selalunya file tu akan ada kat dalam folder Downloads kat Drive C, tapi bergantung la kepada settings Mozilla/Chrome/Opera/IE korang.

Bila dah jumpa dan tekan 'Open'.

Ada kekotak untuk 'Automatically publish all imported posts', maksudnya kalau korang checked kotak ni, semua entri yang korang import tadi akan terus di-publish-kan. Kalau korang tak nak publish lagi jangan check, biar je kosong.

Ok, masukkan captcha dan tekan butang 'Import Blog' warna oren tu...

urrgghh... aku benci gila menatang captcha tuh...

#05
Bergantung kepada 'kebesaran' BLOG A tu, lama la jugak proses nak tunggu siap import ni. Tambah-tambah pulak kalau BLOG A korang tu ada beratus-ratus entri, beribu-ribu komen... memang agak lama la jugak menunggu. Masa aku pindah dari lelaki[tanpa]emosi ke ngomelsikit dulu makan masa dalam sekitar 10 ke 20 minit jugak la aku tunggu. Tapi ini semua bergantung kepada line internet jugak. Makanya pergilah buat air dulu ke, siram pokok, bagi makan kucing dulu sementara tunggu blog siap diimport.

Bila dah siap, korang boleh la godek-godek entri baru kat BLOG B tu. Susun layout baru ke, ape ke... sukatilah.

Ingat; blog yang dah di-export tu tak kena delete pun. So lantak korang la nak hide ke, ape ke... macam aku, aku biar je blog lama aku tu aktif tapi aku dah tak kemaskini dah la... cuma aku ada tinggal pesan yang aku dah pindah ke blog baru so pengunjung masih lagi boleh keep in touch dgn aku.

Dah selesai semua proses perpindahan tu baru korang boleh dengan selamatnya delete file *.xml tu. Campak jauh-jauh masuk Recycle Bin. Mwhehehe...

---

Okaylah... senang tak tutorial kali ni? Agak renyah tapi rasanya korang boleh buat kot. Kepada cik rama-rama yang gorgeous (hamek ko, dua kali aku mention!) harap berpuas hati dengan tutorial kali ni. Ngee...

Teehee...

110: 2005-2011 - satu persoalan yang masih bersisa (bahagian II).

Ini kisah sambungan daripada entri ini.

Joystick bebas wayar PlayStation 3 itu kau letak di birai meja kopi, bersebelahan dengan sepiring donat yang seperempat sudah selamat ditelan. Kau renung aku dalam-dalam, buat aku sedikit gelisah sebenarnya. Aku pandang TV, Heavy Rain terjeda. Cuaca di luar cerah dan sewajarnya aku habiskan petang terakhir di Kota Singa menikmati nuansa negara jiran ini. Tetapi kau cakap kau penat berjalan dan kaki kau lenguh.

Aku tahu itu semuanya hanya alasan kau, bikin aku terperap di apartment kau ini. Dengan aku di sini, lebih banyak masa kau boleh luangkan bersama aku. Ya, taktik separa-keji kau berjaya!

"Dah ada jawapan?" Kau tanya, separuh bersahaja. Kau bangun, tukar tempat duduk dan capai piring donat itu. Dengan sekali telan donat itu hilang dari pandangan dan selamat masuk ke dalam perut kau.

Aku keluarkan telefon bimbit, kisar lagu dalam senarai dan akhirnya berhenti pada satu lagu.


Aku tinggalkan telefon bimbit ke atas meja dan berlari ke dapur. Bibir singki aku genggam kemas tatkala air mata yang tidak terbendung mengalir dengan sendirinya. Gelombang rasa yang terzahir dari dalam hati merebak naik ke atas, meresap keluar dari liang-liang kulitku dan terbebas ke segenap ruang kosong yang ada di dalam apartment itu.

Tiba-tiba ada tangan menjelajah mengunci perutku. Satu kucupan hinggap di belakang leher.

"Thanks."

Rasanya tak perlulah aku dedahkan penyudah cerita ini. Sepanjang dalam bas aku asyik senyum saja.

Teehee...

109: linkin park - berguling-guling di kedalaman [cover]


The best cover of Adele's 'Rolling in the Deep' thus far. Agree?

Sabtu, 9 Julai 2011

108: [siri tutorial blogger] #05 - cara tambah breadcrumb untuk blogger.

Tutorial kali ini adalah untuk menambah breadcrumb trail pada blogspot. Bagi pengguna Wordpress tak ada masalah sebab breadcrumb trail ni memang dah boleh diaktifkan melalui plugins kat dashboard je. Tapi pengguna Blogspot kena godek-godek coding HTML sikit baru boleh tambah breadcrumb trail ini.

Breadcrumb trail ni merupakan bantuan navigasi yang membantu pembaca blog tahu dari mana lokasinya entri tersebut dan dari kategori mana. Jadi, kalau diorang nak patah balik atau nak baca semua entri dari kategori yang sama lebih mudah.

Selepas siap pasang, breadcrumb trail tu akan muncul macam ni:
cool, tak? hehehe...

Jom cekidaut cemana nak buat breadcrumb nih...

107: trend fotografi planking sebenarnya berbaur sentimen perkauman?

Pernah dengar atau lakukan planking?

Planking adalah trend aktiviti kelaziman para penggemar fotografi di mana individu yang hendak difotografikan itu berbaring dengan muka menghadap tanah, tangan di sisi tubuh. Lokasinya di mana fotografi itu berlangsung adalah bebas, tertakluk kepada kreativiti masing-masing. Namun lebih ekstrem lokasinya, lebih baik. Bumbung rumah, atas kenderaan, tiang bendera atau lampu adalah antara lokasi ekstrem di mana planking pernah dilakukan.

[sumber]
Trend ini (yang menurut Wikipedia.org bermula di England sekitar 1997) mula menerima populariti pada lewat 2009 dan kini sudahpun merebak ke serata Eropah, Australia dan Amerika.

Para selebriti Amerika kini juga tidak terkecuali daripada 'wabak' ber-planking ini. Cuba lihat gambar-gambar di bawah:

justin biebier membuat planking atas bot

walaupun tak kena gaya, katy perry pun tanak ketinggalakan ber-planking sakan.

rosario dawson tayang skill planking beliau masa show jimmy kimmel.

anak-anak usher planking atas piano. kau mampoo?

106: garis panduan untuk 9/7 Bersih 2.0.

[ini sticky entry. utk entri terkini sila skrol ke bawah. tq.]

TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
Tuntutan Bersih 2.0 :
  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 016 2208784;  Email: bersih2.0electoral@gmail.comATAU info@bersih.com

Jumaat, 8 Julai 2011

105: alkisah yuna mendapat shoutout dari perez hilton & membalas komen aku di fesbuk!

[sebenarnya entri ni patut buat semalam, tapi aku side-tracked sbb bz membaca something. tgg ulasan buku-buku yg baca dlm entri akan datang. ok?]

By now mungkin korang dah mula perasan yang aku sebenarnya (agak) obses dengan penyanyi pujaan aku, iaitu Yuna. I mean, rasanya nama dia dah terkenal gila kot serata Malaysia, tak perlu la aku tulis panjang-panjang buat introduksi bagai tentang dia.

Anyways... dia ada lagu baru, well... technically bukanlah baru sebab ia hanya cover lagu yang uber-popular daripada band Nirvana, bertajuk 'Come As You Are'




Apa yang lebih membanggakan aku adalah PerezHilton si ratu propa dari US sendiri ada membuat shout-out khas untuk Yuna kat blog dia.

Tak caye?

Ni ha aku ada buat screen-capture sebagai buktinya.

bukak kat windows baru kasi lagi besar! klik SINI untuk pg kat page ni terus.

Aku pun laju je komen kat page Facebook Yuna (sape-sape yg tak 'Like' lagi cepat-cepat buat!).

Dan yang paling best, Yuna actually did reply it!

bangga kejap. mwuhahahaha...

ARRRGGGHHHH....

This really made my day!

Rabu, 6 Julai 2011

104: apek, jaga-jaga depan ada longkang!

Harus waspada. Belog INI dan INI (mungkin) sedang diperhatikan. Sekarang aku tidak boleh kemaskini sembarangan.


Celaka!

p/s:- macam mana nak elak daripada spam di dalam blog secara efektif?

103: [siri salah dengar] #05 - berguling-guling di kedalaman.

Suatu petang mendung di Taman Universiti...

DIA: There's ain't funnier starring my heart, bitchin' the fever peach that's bringing me out the dark...
AKU: Lagu ape you nyanyi ni?
DIA: Adele, Rolling In The Deep
AKU: Macam salah je lirik dia...
DIA: Oyeh?

Selasa, 5 Julai 2011

102: [siri tak ada kerja] #12 - michael bay resaikel babak untuk filem transformers 3?

huarrgghh... makan budok!!!

Filem ketiga francais filem robot menentang robot Transformers: Dark Of The Moon sekali lagi mengukuhkan kedudukan di carta box office. Namun begitu, ada sebilangan kipas-susah-mati filem-filem Michael Bay tidak puas hati kerana mendapati bahawa ada beberapa babak dalam filem tersebut seperti telahpun dirisaikel (kitar semula, guna balik, whatever). Terdapat beberapa babak dari filem The Island yang diarah dan diterbitkan oleh Michael Bay pada tahun 2005, dibintangi oleh Ewan McGregor dan si cantik Scarlett Johansson digunapakai sekali lagi dalam filem terkini trilogi filem robot lawan robot ini.

Salah satu babak yang paling ketara dirisaikel semula adalah babak aksi dari filem ini di mana Lincoln Six Echo dan Jordan Two Delta melarikan diri daripada kompaun dan babak cemas seterusnya berlanjutan ke jalan raya besar.

sama tapi tak serupa?

Ada satu video ditemui di YouTube, di mana seseorang telahpun membuat perbandingan antara kedua-dua babak aksi tersebut. Walaupun ada beberapa syot di dalam sekuens itu adalah berbeza, tidak syak lagi bahawa sebilangan besar syot yang digunapakai adalah syot yang sama antara kedua-dua filem tersebut!

Sila tengok sendiri video di bawah dan nilaikan sendiri.


Ape cer abe Bay? Nak jimat kos ke?

Kthnxbai.

101: antara jantung sebenar dan jantung hati, mana lagi berharga? edisi jalan-jalan ke kota singa.

Tidak ramai yang tahu aku tiada di Pulau Pinang minggu lalu. Sehari selepas ulang tahun aku yang ke 26 (iaitu pada 28hb Jun yang lalu) aku ke KL, lebih tepat lagi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan tahunan aku. Selalunya aku agak keberatan untuk menghadirkan diri kerana aku benci proses menunggu giliran untuk bertemu specialist, menunggu lebih lama untuk diarahkan ke department yang berlainan, lebih banyak menunggu untuk menggunakan mesin treadmill untuk membuat latihan cardio dan entah apa-apa lagi.

Tetapi tidak kali ini. Sebabnya? Semestinya temtasi untuk dibawa jalan-jalan ke Johor Bahru dan Kota Singa oleh Abang Iz merupakan suatu umpan yang berkesan. Dia sedia maklum yang aku sebolehnya enggan untuk ke IJN, oleh itu dia memancing dengan mengatakan yang dia berjanji untuk membawa aku bersiar-siar.

Siapa yang mampu menolak, bukan?

Isnin, 4 Julai 2011

100: kalau menulis memang banyak pancarobanya!

pantang nak hapdate blog je hotak blur.
Entah di mana silapnya, setiap kali aku mahu kemaskini blog pastinya idea untuk menulis itu hilang. Pergi berlari (berjogging, mungkin?) sepantas asap tipis nikotina yang berhembus. Otak penulisan aku tidak selincah dulu. Aku harus merokok semula barangkali, baru idea datang mencurah-curah ke ladang gandum lalu menghasilkan entri yang mampan?

Ok, melalut sudah.

Sebenarnya, untuk pengetahuan umum aku kini sedang mengusahakan sebuah novel. Tidaklah se’adventurous’ mana, tetapi sekadar suka-suka dan memenuhi cabaran Abg Amir tempoh hari. Aku menganggarkan ia bakal siap menjelang September tetapi rasa-rasanya ia bakal tertangguh hingga mungkin penghujung tahun ini. Entahlah, tengok kepada kerajinan aku. Buat masa sekarang sudah 50 halaman siap. Plotnya lebih kurang macam novella sulung aku ‘Teman Sebilik Diperlukan’ tetapi menurut “editor tidak rasmi” aku iaitu Abg Iz novel ini lebih gore dan rangup. Entah apa yang dimaksudkan dengan rangup pun aku tak pasti. Dia bilang ada inti, tapi kurang manis.

‘Kamar’ (tajuk tidak rasmi novel yang sedang aku usahakan ini) mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyewa sebuah flat buruk di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi. Tidak lama selepas itu, dia mula diganggu oleh sesuatu di rumah itu dan dia mula dilanda insomnia. Selepas itu… ha… masih belum siap. Baru setakat ini.

Surprise, tak? Ngee…

Hakikatnya aku sendiri masih tercari-cari formulasi dan ritma menulis yang sesuai dengan aku. Dalam erti kata lain: aku mencari ilham. Puas aku ulang-tonton filem-filem lama kegemaranku. The Shining, Blair Witch Project, ketujuh-tujuh francais filem Saw, siri agung Harry Potter, Primer (oh, ini filem mini saifai yang WAJIB ditonton oleh penggemar kisah pengembaraan masa!) dan berbelas-belas filem lain yang aku malas hendak senaraikan di sini. Ini belum termasuk novel-novel yang aku ulang-baca (karya-karya lama Michael Crichton, Stephen King dan Anne Rice antara yang paling banyak aku baca) semata-mata untuk menyentak otak aku untuk menghasilkan kontinuasi kepada novel yang sedang aku usahakan ini.

Sifu tak rasmi aku iaitu Stephen King menulis dalam buku semi-autobiography beliau yang bertajuk ‘In Writing’, memberitahu bahawa seorang penulis seharusnya berpegang kepada mantra: Write What You Know. Secara transliterasinya, ia diterjemahkan kepada ‘Tulislah apa yang kamu tahu’. Ini disusuli dengan mantra kedua iaitu: Write What You Like (Tulis apa yang kamu suka).

Aku berpegang kepada dua mantra ini. Maka terhasilkan 2 peratus awal novel ‘Kamar’. Aku menulis tentang seorang lelaki pertengahan dua-puluhan, bujang, berkemungkinan tidak lurus, seorang penulis (seperti aku, watak utama novel Kamar juga seorang aspiring writer); dan aku kembarkan ia dengan situasi seram, cemas dan spontan – tiga elemen yang aku suka dalam sesebuah filem.

Aku takut untuk akui yang sebenarnya dalam diam aku amat menyukai filem seram. Filem-filem seperti The Exorcist, siri Saw, Texas Chaisaw Massacre, Halloween, Scream, Poltergeist dan Paranormal Activity adalah antara filem yang aku gemar ulang-tonton. Aku terpanggil untuk terfikir: apa yang individu normal akan lakukan jika dia ditempatkan dalam situasi tersiksa seperti mangsa-mangsa si Jigsaw dalam Saw. Lakonan dan realiti adalah dua dunia yang berbeza. Seperti dunia ‘biru’ dan ‘merah’ dalam siri Fringe.

Ok, aku melalut lagi. Sila lemparkan pelampung!

Pendek kata, aku harap benar novel ‘Kamar’ ini bakal selesai dan (#fingercrossed) bila dihantar ke Fixi (wah, cita-cita grand sangat!) mudah-mudahan ia diterima. Hehe…

Oklah. Mahu makan, solat dan cinta.

Babai.

Ahad, 3 Julai 2011

099: 2005-2011 - satu persoalan yang masih bersisa.

2005 – Taman Universiti, Johor Bahru.
Bila aku pandang atas, kubah biru bernama langit tampak bebas awan. Aku masih ingat hari itu. Cuaca panas, angin tak berhembus dan debu kota naik turun tanpa berkesudahan. Dia duduk di kerusi roda, kepalanya botak. Aku lalukan jariku pada kulit kepalanya yang baru dicukur. Ada tajam-tajam benang jahitan di satu sudut, hampir dengan cuping telinga kanannya. Air mata gugur tanpa diundang.

Dia gapai jemariku dan bawakannya ke bibirnya. Hatiku diruntun sebak. Tubuhnya yang separuh berpakaian ada tampak rona-rona kebiruan. Aku terus terjelepuk di sisinya, memaut pemegang kerusi roda itu untuk menstabilkan diri. Kalau boleh aku mahu terus berada di sisinya. Aku mahu lihat dia sembuh, aku mahu lihat dia tersenyum macam kelmarin. Dia usap-usap rambut aku. Kain pelikat yang dipakainya ada tompok air mataku yang jatuh gagal dibendung.

“Kita putus, ya?” perlahan-lahan persoalan itu keluar dari mulutnya. Aku tidak tahu bagaimana hendak bereaksi terhadap soalan itu. Hendak angguk, khuatir tampak tidak berfikir panjang. Hendak geleng, khuatir berdegil hendak tegakkan benang yang basah.

Aku bangun, larikan wajah dari pandangan matanya. Aku tidak mahu dia nampak aku menangis. Sebahagian daripada jiwaku mahu segera putuskan hubungan ini. Aku tahu abangnya yang bertindak menurut emosi itu mungkin boleh bertindak lebih jauh dan tidak mustahil apa yang terjadi kepada dia hari ini mungkin bleh terjadi kepada aku pula. Sebahagian lagi pula berkeras mahu mempertahankan apa yang aku dan dia sudah miliki sejak lima tahun lalu. Sudah terlalu banyak yang kami lalui untuk aku abaikan semuanya begitu sahaja.

Soalan itu terbiar sepi tanpa jawapan.  


2011 – Orchard Road, Singapura.
Secangkir kopi panas dan roti bakar di kafe sisi di Wisma Atria bersama dia. Hari kedua aku di Kota Singa. Masuk kali ini sudah kali ketiga aku ke mari. Melawat apartment kecil dia yang menghadap kawasan pembinaan entah apa entah.

“Do I look any fatter to you since kita last jumpa?”

“Jawapan jujur atau hipokrit?” Aku jawab dengan satu soalan. Dia ketawa. Aku senang lihat dia gembira. Pagi itu, dengan baju polo putih, khakis pendek dan loafers putih sepadan; dia tampak ekstra kacak.

“Apa-apalah…”

“To be honest, yes. But I kinda like the new you. Last time kita jumpa kat Penang abang nampak macam susut sikit.”

“Masa tu kan tengah overlook a project kat Johor. Dok ulang-alik JB-Singapore, memang la tak ada masa nak makan dan uruskan diri.”

“Kata pergi gym…”

“Hangat-hangat taik kuceng!” Dia ketawa lagi. “Pergi sebulan je. Lepas tu dah malas nak pergi. Terus call nak cancel subscription, teruk gak kena bambu dengan my instructor bila I cakap I wanna quit his program.”

“Ala… asalkan sihat dan jaga makan, exercise on a regular basis… dah cukup.”

“Pandainya dia cakap. Dia tu?”

Aku renyih. Teringat pula kasut sukan yang aku beli dua tiga tahun sudah masih tersimpan elok di dalam kotak di bahagian bawah almari di rumah. Entah bila hendak aku keluarkan dan guna.

“Speaking of which, ingat tak masa a couple of years back kat rumah lama kat Taman Universiti.”

“Ada apa?”

“You always ngelak THAT question.”

“What question?”

“Ala… THAT question.”

Aku tahu apa sebenarnya yang dia maksudkan. Aku cuma sebolehnya mahu megelak. Secara teknikalnya kalau aku belum menjawab soalan tersebut maksudnya aku dan dia masih lagi bersama. Tetapi itu secara teknikal sahaja. Sudah lebih lima tahun berlalu. Macam-macam boleh berlaku. Aku sendiri sudah bersilih bertukar kekasih: dengan HIM hampir empat bulan, dengan abang Rizal hampir setahun, selepas itu aku single sehingga kini. Dia pula aku dengar tidak kurang lakunya. Tetapi aku tidak pasti pula statusnya sekarang ini.

“So what is your answer, then?” Suaranya kedengaran tegas, mendambakan jawapan daripada aku. Kali ini aku tiada ruang untuk mengelak. Aku tunduk, tiba-tiba kopi panas sepuluh dolar itu tidak sesedap mana.


------------------- bersambung (potong stim tak? hahaha….)

Jumaat, 1 Julai 2011

098: cheerleader lelaki yang sangat mantop!


Video ni diambil di Shandong University di China. Berani mati uols cheerleader jantan ni tamo pakai seragam versi jantan punya. Harus la dia sebaris dengan fomfuens lelain and do what he did best.

Rasanya dia lagi mantop daripada cheerleaders fomfuens ittew kot.

Kau mampoo ke nyah! Hahahahaha....

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015