285: dia tidak mahu jarak jauh, jadi apa lagi yang kau mampu buat?

Terkadang aku terfikir, sejauh mana kau sanggup pertahankan rasa cinta dan kasih kau terhadap seseorang sedangkan kau sendiri sedia maklum yang di pihak sebelah sana masih belum menjawab rasa cinta yang kaulontarkan padanya.

Pernah terjadi kepada seorang kenalanku, dia menunggu sang girlfriend yang sedang menuntut di Russia walhal dia menyambung pengajian secara lokal sahaja. Penantiannya penuh hazab kerana saban musim rakan-rakan bakal 'menguji' dengan menyuarakan rasa bimbang mereka terhadap sang girlfriend yang jauh di mata tetapi dekat di hati itu. Hendak dijadikan cerita, sepanjang mereka berjauhan, dari kaca mata seorang sahabat aku sendiri merasakan yang hanya dia yang bersungguh dan beriya mahu terus kekal dan berada dalam ruang-lingkup perasaan kasih dan cinta terhadap sang girlfriend sedangkan yang perempuan sekadar whatever sahaja.

Sungguh.

Kalau ber-Skype, kenalanku siap belajar main ukulele dan nyanyikan lagu hari jadi untuk dia. Hantar ole-oleh dari sini ke sana kerana tidak mahu sang girlfriend ketinggalan merasa apa yang dia sedang makan sempena apa-apa perayaan. Tak cukup dengan konversasi gaya pantas, poskad dan entah berapa kajang kertas dalam pucuk-pucuk surat bersampul segiempat tepat dihantar walaupun yang berjawab hanya satu -dua.

Alasannya, sang girlfriend sibuk orangnya.

Lajukan empat tahun kemudian, sang girlfriend tamat pengajian, kembali ke tanah air dan mereka selamat diijab-kabulkan beberapa bulan yang lalu. Semuanya atas dasar dia yang percaya dan bersungguh atas cintanya. Sang girlfriend sebenarnya memang bersifat sebegitu, jenis ambil mudah mungkin kerana merasakan sudah selesa dirinya dipuja dan dijulang seseorang di semenanjung.

Itu kalau keduanya sudah terikat sebagai kekasih.

Kalau yang kes bertepuk sebelah tangan sepeti aku ini bagaimana?

Beberapa hari berselang yang lalu telahpun aku unjurkan (buat kesekian kalinya) rasa hatiku padanya dengan harapan agar dia tahu. Rakan-rakan fikir aku tolol, mengharap suatu keajaiban terjadi buat kali kedua. Biarlah. Bagi aku, the heart wants what the heart wants.

Biarpun sebelum ini hatiku pernah remuk redam gara-gara dia. Biarpun aku pernah menyalahkan diri sendiri (atas putusnya hubungan aku dengan dia, walaupun hakikatnya hingga ke hari ini aku tidak tahu aku dan dia putus sebab apa) kerana melepaskan dia.

Mungkin nuansa misteri aku tidak tahu kami putus sebab apa yang menyebabkan hatiku masih lagi lekat kuat padanya. Walaupun aku tidak nafikan ada yang lain yang tidak kurang menariknya, hanya dia yang aku mahu.

Ya.

Dia.


Kenalanku yang baru bernikah hanya mampu berdiri di sisi kaki lima perjalanan hidupku dan doakan yang terbaik. Dia bilang dia sudah saksikan betapa remuknya aku saat awal ditinggalkan dia dan dia tidak mahu itu berulang kembali.

Aku hanya senyum tawar.

You're like an Indian Summer in the middle of winter
Like a hard candy with a surprise center
How do I get better once I've had the best?
You said there's tons of fish in the water, so the waters I will test

Verse kedua lagu 'Thinking of You' itu seperti suatu mokeri kepada diriku. Sial.

Aku tidak mahu yang lain kerana aku hanya mahu kamu. Tolonglah faham.

Apa-apapun, aku harap Oktober ini datang dengan magis.

Aku harap sangat.

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
situasi ini sama seperti aku dulu.

menghrap satu benda yg tak pasti.



sakit hati!