282: apa bezanya degree dan masters. perspektif pelajar baru di tempat baru.

Minggu lepas secara rasminya bermulalah kuliah aku sebagai seorang siswazah kesusasteraan di USM. *yay*

Sebenarnya tak banyak yang aku hendak kongsi sebab tak ada apa yang menarikpun hendak dikongsi. Walaupun semester ini aku ambil tiga subjek dan perlu hadir tiga kuliah sahaja seminggu (Khamis dan Jumaat sahaja) tetapi penat pasca kuliahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagi yang fikir menjadi siswazah ini hanyalah sekadar suatu expansion daripada apa yang dilalui zaman ijazah sarjana muda dulu.

THINK AGAIN!
Secara amnya pengajian siswazah ada tiga metod:
  • by coursework
  • by research
  • mix-mode

Kalau by coursework ini harus ke kuliah, ada tutorial, ada tugasan, pembentangan blablabla... macam belajar  degree dulu. Tak banyak bezanya. Pecahan pembahagian markah per subjek juga lebih kurang macam belajar degree dulu, cuma semestinya lebih sukar (barangkali). Kebanyakan kursus yang ditawarkan dalam metod ini boleh dihabiskan dalam setahun setengah atau kurang, mengikut kesanggupan, kegigihan dan kecekalan pelajar tersebut. Selalunya metod by coursework ni, berdasarkan apa yang aku tahu tak perlu tulis tesis/disertasi tapi ada juga sesetengah kursus yang memerlukan penulisan tesis/disertasi.

Kalau by research tak perlu ke kuliah, tutorial dan sewaktu dengannya sebab 100% penilaian pensiswazahan anda tertakluk kepada kajian yang dijalankan. Hendak pohon metod ini agak leceh sebenarnya. Harus kaji siasat dahulu siapa pensyarah yang mahu atau lapang untuk jadi penyelia, harus sekurang-kurangnya tahu apa jenis penyelidikan yang hendak dijalankan sebab sebelum memohon harus sertakan proposal (kertas cadangan) hendak selidik tentang apa. Tak semua kursus ada dalam metod ini, jadi harus banyak siasat kursus apa yang kalian mahu kemudian rancang dari situ. Apa yang payah tentang mode by research ini adalah pelajarnya harus menulis dan menghasilkan sebuah tesis penyelidikan di akhir penyelidikan tersebut. Durasi pengajian agak fleksible. Ada yang boleh siap dalam tempoh dua tahun (paling laju) dan ada yang sudah masuk tahun keempat masih tak beres-beres lagi. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan hasil kajian tersebut sebenarnya. Kebanyakan universiti tidak letakkan had tarikh tutup permohonan untuk by research ni, terbuka sepanjang tahun. Tapi macam yang dicakapkan tadilah, harus lihat kalau ada pensyarah yang available baru dia akan pertimbangkan permohonan tersebut. Itupun kalau proposal penyelidikannya agak mantap. Aku ada google dan terjumpa rangka asas apa yang perlu ada dalam sesebuah proposal, ini LINK-nya, dari blog orang lain. Aku sekadar berkongsi.

Kalau by mix-mode ni macam apa yang sedang aku usahakanlah. Pengajian siswazah kesusasteraan di usm adalah mod campuran (mix-mode) di mana pelajarnya harus hadiri kuliah, lulus sejumlah subjek yang ditetapkan dengan tahap CGPA minimum, barulah boleh mula menulis disertasi. Tesis dan disertasi ni adalah dua benda yang berlainan walaupun pada amnya nampak serupa. Apa yang membezakannya adalah jumlah patah perkataan. Untuk tesis sekitar 60K patah perkataan, untuk disertasi sekitar 23-30K patah perkataan. Pelajar mode campuran ini selalunya boleh bereskan pengajian dalam tempoh setahun setengah ke dua tahun. Bergantung kepada betapa pantas dapat bereskan subjek-subjek yang harus diambil sebelum boleh mula menulis disertasi. Bagi kursus siswazah kesusasteraan macam aku, ada lima subjek yang harus dibereskan dan aku harus lulus semua dengan CGPA minima 2.50 barulah dibenarkan untuk mula menulis disertasi. Perjalanan masih jauh, tapi aku harap dapat bereskan dalam tiga semester sahaja.

InsyaAllah.

Makanya apa yang ingin aku jelaskan di sini adalah belajar untuk degree dan belajar untuk masters memang jauh panggang dari api. Jadi, jangan ambil mudah kalau ada yang berkira-kira untuk sambung belajar selepas habis degree nanti.

Pertama: bersedia dengan kurangnya bantuan daripada pensyarah. Kebanyakan pensyarah akan anggap kita sudah sedia maklum bagaimana hendak buat pembentangan dan sebagainya, makanya dia tidak akan tolong banyak dalam hal tersebut. Kalian harus banyak bergantung-harap pada rakan-rakan kuliah (terutama sekali macam aku yang datang dari degree TESL dan terjun ke bidang sastera, kalau hendak dibandingkan dengan bekas pelajar degree sastera sedia ada yang menyambung ke peringkat masters) untuk bantu dan terangkan bagaimana bentuk pembentangan atau kertas kerja yang diminta.

Kedua: kalau sebelum ini tidak rajin atau tidak pernah ke perpustakaan, anda akan mati. Titik. Kebanyakan kembangan nota kuliah atau ceramah daripada pensyarah datang daripada sumber-sumber di perpustakaan. Jadi kalau di zaman degree kalian tidak pernah jejak kaki ke perpustakaan, hatta tidak tahu prosedur hendak pinjam buku, filem mikrofil atau apa-apalah daripada situ, sila mati sekarang. Contohnya dalam kuliah teori sastera aku Jumaat lepas, pensyarah bagaikan air menyebut beberapa sumber rujuk dan makalah yang dia gunapakai untuk topik tersebut. Apa dia akan sediakan untuk kamu di dalam kuliah? HELL TO THE NO. Kamu sendiri yang harus cari, fotokopi dan baca sebab dia tidak akan sediakan. Dia menyebutnya sepintas lalu, itupun sudah lebih cari cukup baik sebenarnya.

Ketiga: jangan fikir degree kau berbeza kau akan mati kering belajar masters dalam bidang baru. Ini serius. Aku kira pengajian selama 4 tahun di UKM sebagai pelajar TESL banyak membantu aku dari segi persediaan menulis dan sebenarnya kau punya pengetahuan yang bekas pelajar ijazah sastera sedia ada tidak tahu. Itu kelebihan yang kau ada. Kekurangannya, mungkin pada awal-awal kau akan rasa agak lemas sebab contoh-contoh teks bacaan sastera (khususnya dalam Bahasa Melayu) yang meluncur macam air dariapda mulut-mulut mereka bakal menggugat kewibawaan kau. Tapi bagi aku, aku buat bodoh saja. Mungkin mereka ada kelebihan sudah belajar sastera selama tiga tahun. Tapi apalah mereka banyak mengkaji karya-karya bahasa Inggeris? Ternyata tidak. Itulah point yang aku guna sebagai kelebihan aku dalam kuliah dan sesi perbincangan.

---

Bertukar universiti dari UKM ke USM macam aku ternyata perlu masa untuk sesuaikan diri. Sesat cari bilik kuliah dan tercangak-cangak keliru dengan sign boards merata di universiti merupakan hal biasa. Tapi rasa itu bukanlah masalah major yang akan dihadapi oleh semua pelajar yang bakal menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

Jadi pelajar siswazah ini kalau kena gayanya seronok juga sebab buat pertama kalinya aku merasa sdikit canggung melihat keakraban pensyarah dengan pelajar. Maklum sajalah, ada di antara rakan kuliah nanti bukan terus dari tamat degree sebaliknya sudah bertahun-tahun berkhidmat dan sudahpun kenal dengan pensyarah (mungkin kerana mereka berjiran atau pernah bekerja sekali sebelum ini). Aku akui pensyarah-pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan tempat aku belajar ini semuanya (setakat ini) baik-baik dan sporting belaka. Malah, aku sudahpun diberi 'kerja' part-time untuk menjadi tukang alih-bahasa gara-gara salah seorang pensyarah aku melihat kebolehan aku dalam bahasa Inggeris yang tiada dalam pelajar-pelajar sekuliah lain.

=)

Ulasan

sYukCurz berkata…
Hang sambung master USM? course Malay literature or English literature or Literature in General?
shandye. berkata…
aku dapat sambung dalam bidang kesusasteraan secara am. literature dua-dua bahasa aku kena kaji.

=)