279: yang sudah itu, sudahlah. aku tidak sudi!


Hendak dijadikan cerita, aku rasa bekas kekasihku seorang psikopat tak tahu malu yang terdesak dan tersedak, mungkin.

Beberapa hari sebelumnya tidak semena-mena dia menelefonku kembali, bertanyakan khabar dan sewaktu dengannya. Klise. Aku jawab dengan respons suam-suam teh tarik sahaja. Bukan apa, sudah namanya pun berlabel bekas kekasih. Makanya perlukah aku beriya-iya dan terloncat-loncat gembira apabila dia hubungiku kembali? Nombornya juga sudah lama aku lupuskan dari telefonku.

Mulanya aku langsung tiada klu tentang motif dia menelefonku kerana aku kira dia memang sekadar mahu bertanya khabar dan memohon kemaafan. Iyalah, kitakan masih berada di bulan Syawal. Afdhal kalau bermaaf-maafan.

Malangnya maafnya itu datang satu tahun lewat dari yang sepatutnya. Aku dan dia putus dengan cara yang kurang baik dan sepanjang kira-kira tiga bulan selepas putus aku masih lagi berdendam secara aman. Namun masa dan perubahan persekitaran membuat aku sudahpun melupakan dia dan memaafkan apa yang dia buat walaupun tidak secara verbal bersemuka.

Whatever-lah.

Konversasi sekitar lima minit di telefon itu akhirnya membelok kepada nawaitu sebenar sang pemanggil. Aku dapat rasakan ada ura-ura seperti dia mahu rujuk kembali.

Motifnya?

Kekasihnya selepas aku baru sahaja meninggalkan dia dan dia ingin kembali kepadaku.

Like, what the forks?

Aku bilang pada dia agar dia cerminkan dulu apa yang dia sudah buat sehingga kami putus dahulu dan berikan satu alasan kukuh yang memungkinkan aku tutup kisah lama itu dan (mungkin) mulakan buku baru bersama dia. Ya, mungkin. Nah, jawapan habis berlapik daripadaku.

Walaupun hakikatnya pergi jahanamlah dengan kau dan tawaran rujuk kembali kau itu.

=)


Ulasan

nn berkata…
Memang kurang ajar kan siapa yang cari kita balik sebab orang yang jadi sebab dia tinggalkan kita dah taknak kat dia.
Unknown berkata…
lagu yg sesuai dgn entry nie :)