Ini certot percubaan aku untuk kontes memenangi senaskah CERPEN NADIA KHAN. Tak menang tapi aku saja letak kat sini, nak kongi dengan korang...
=)
Seluruh warna
MidValley di bawah kakinya tampak kecil benar, seperti sebesar botol deodorant. Kakinya bergantungan sedang
tangannya terpaut pada palang besi di atasnya. Tiada yang gempar. Mungkin yang
tahu mahukan situasi ini diuruskan setenang yang mungkin, takut pengunjung lain
gawat dan gesa-gesa tinggalkan nawaitu untuk leburkan wang mereka.
Hari itu dia tidak
sempat salin baju, dari tempat kerja terus saja ke mari. Dia mahu tugas ini
segera selesai. Teringat pula buku tulis murid-murid yang bersusun-susun di
tempat duduk belakang kereta Kancilnya. Kalau tugas ini berjaya, tak sempatlah
dia pulangkan buku tulis itu kepada mereka. Dia senyum lagi lantas tunduk.
Sekeping tanda nama bertulis NAQIUDIN warna putih latar hitam tersemat di kocek
kemejanya. Sebatang pen biru jumpa juga ada di dalam kocek tersebut.
Sebenarnya sejak
kelmarin dia berperang dengan diri sendiri, sama ada mahu teruskan tugas ini
atau tidak. Tapi memandangkan ganjaran yang disogok dan keselamatan keluarganya
bakal dijamin, dia pantas sahaja bersetuju untuk mengerjakannya.
“Lapaq la
pulak,” ngomelnya. Mujur dia sudah tapau seketul burger dan segelas coke dari
McDonald’s sebelum ke mari. Masih hangat dalam beg kertas dalam gengaman tangan
kirinya. Hairannya yang sedang berjaga-jaga masih tidak berkata apa-apa setelah
hampir setengah jam dia duduk di situ.
Dia tunduk lagi,
kali ini pen tadi menggelungsur jatuh ke bawah. Sipi-sipi hendak terkena kepala
seorang amoi yang ralit membelek
sehelai blaus di ruang legar di bawah. Berkelentangan di lantai, menyebabkan
beberapa kepala mendongak. Ada yang mula menjerit ketakutan.
“Ada orang nak
bunuh diri!” Jerit seseorang dari bawah. Ramai juga yang keluarkan telefon
pintar dan rakam dia yang sedang tercokoh di alang tinggi itu. Sekejap lagi
pasti masuk YouTube. Pasti!
“Encik,
mari ikut saya.”
“Kejap,” dia
rengek ikut lenggok suara budak dalam iklan Carrie Junior. “lagi sepuluh saat
saya ikut. Lepas bom dalam jaket ni meletup. Okay?” Dia senyum lagi.
Ragu-ragu campur takut.
Ulasan