269: i effing need my beauty sleep, occay?!

Lebih kurang jam tiga pagi tadi tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku yang separa mamai dan separa gersang jawab panggilan yang masuk dengan suara yang sehabis seksi.

"Babe, bukak skype sekarang. Ada hal mustahak." Ada suara makhluk tinggi bernama Abang Iz di hujung talian.

And I was like, say whaaat?

Dengan mamai-mamai dan agak sentap sebab tidurku terganggu, aku hidupkan laptop, router dan terus aktifkan program skype. Aku nampak user id mamat tu warna hijau, dan belum sempat apa-apa dia sudah video call aku. Aku accept je. Selambakodok. Dengan muka tak mandi, rambut macam singa Rapunzel, aku nampak dia dalam video call. Dengan tak berbajunya, dengan boxer hijaunya, dengan gitar.

Dalam hati aku... ah, sudah... kemaruk apa pulak orang tua ni buat pagi-pagi macam ni?

"Sorry babe, I ganggu you tidur ke?"

Seriously, seriously dude?

"Taklah. I memang pagi-pagi berjaga tunggu you sebab nak skype dengan you sampai lepas sahur."

"Amboi. Garangnya. Anyways..."

Dan dia terus petik gitarnya. Oh, walaupun aku ada rakam dia nyanyi, atas sebab-sebab privasi dan menjaga kehormatan individu, aku takkan tayang. Itu untuk tontonan peribadi. *gelak sinis*


Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kalau kau rasa ditawan
Janganlah perkhabarkan pihak berkuasa
Jadilkanlah amalan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Jadikanlah telandan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Tak perlu merajuk lagi

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua

Kalau rasa digunakan
Jangan biar ia berleluasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua 4x

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta

Tak Perlu Merajuk Lagi


"Amacam, best tak? Ok, pergilah sambung tidur."

"Kepala lutut! Kejap lagi my mom dah bangun and I kena tolong dia siapkan makan untuk sahurlah."

"Garang bebenor. Mohon cium?"

"Sejak bila you reti guna perkataan 'mohon' ni?"

"Sejak baca kat blog you. HAHAHAHAHA..."

"Demm..."

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
wah!

untunglaaa :)
Kenapa setiap kali Skype saya hanya dapat main cium2 terbang dan juga terlelap bersama2 di hadapan kamera yang terbuka?

Ini tidak adil!
Argh!
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: ya. untung sangat, kan? mohon cemburu...
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: terlelap depan kamera itu sangat comel ok. tapi bygkan kau dikejutkan pada waktu randum semata-mata untuk kau tonton orang feeling2 nyanyi (walaupun suaranya di kategori boleh tahan ala2 najwa latip sahajork) pastu tanya "eh, i ganggu u ke?" rasa mcm mahu lempang tapi sayang. hahaha...
Masalahnya tertido itu kadangkala adalah merepek. Sebab penat sangat nak juga vcall. End up, tertido. Kalau aku tertido, dia akan tutup camera & call aku suruh tutup lampu & cabut tudung & tido elok2.

Bila dia yang tertido, aku snap gambar dia dan biarkan video terbuka sahaja. Hahahaha. :D


Jangan lempang. Cubit manja sahaja nanti bila ketemu. :D
Raz berkata…
woooww so suwitt