Lebih kurang jam tiga pagi tadi tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku yang separa mamai dan separa gersang jawab panggilan yang masuk dengan suara yang sehabis seksi.
"Babe, bukak skype sekarang. Ada hal mustahak." Ada suara makhluk tinggi bernama Abang Iz di hujung talian.
And I was like, say whaaat?
Dengan mamai-mamai dan agak sentap sebab tidurku terganggu, aku hidupkan laptop, router dan terus aktifkan program skype. Aku nampak user id mamat tu warna hijau, dan belum sempat apa-apa dia sudah video call aku. Aku accept je. Selambakodok. Dengan muka tak mandi, rambut macam singa Rapunzel, aku nampak dia dalam video call. Dengan tak berbajunya, dengan boxer hijaunya, dengan gitar.
Dalam hati aku... ah, sudah... kemaruk apa pulak orang tua ni buat pagi-pagi macam ni?
"Sorry babe, I ganggu you tidur ke?"
Seriously, seriously dude?
"Taklah. I memang pagi-pagi berjaga tunggu you sebab nak skype dengan you sampai lepas sahur."
"Amboi. Garangnya. Anyways..."
Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Kalau kau rasa ditawan
Janganlah perkhabarkan pihak berkuasa
Jadilkanlah amalan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Jadikanlah telandan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Tak perlu merajuk lagi
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua
Kalau rasa digunakan
Jangan biar ia berleluasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua 4x
Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta
Tak Perlu Merajuk Lagi
"Amacam, best tak? Ok, pergilah sambung tidur."
"Kepala lutut! Kejap lagi my mom dah bangun and I kena tolong dia siapkan makan untuk sahurlah."
"Kepala lutut! Kejap lagi my mom dah bangun and I kena tolong dia siapkan makan untuk sahurlah."
"Garang bebenor. Mohon cium?"
"Sejak bila you reti guna perkataan 'mohon' ni?"
"Sejak baca kat blog you. HAHAHAHAHA..."
"Demm..."
Ulasan
untunglaaa :)
Ini tidak adil!
Argh!
Bila dia yang tertido, aku snap gambar dia dan biarkan video terbuka sahaja. Hahahaha. :D
Jangan lempang. Cubit manja sahaja nanti bila ketemu. :D