terkadang aku tahu akan ada orang yang terasa dan seterusnya marah selepas membaca apa yang aku tulis. serius. betul-betul aku tak sangka yang entri-entri yang aku ngomelkan kat blog yang tak ada orang singgah ni rupa-rupanya terkesan juga pada beberapa orang individu. apa-apapun, kalau ada yang terasa itu, harap maklum sajalah. kebanyakan masa apa yang aku tulis memang apa yang terlintas di kepala aku tatkala itu. bak kata orang putih, it was at the spur of the moment. namun secara amnya apa yang aku mahu beritahu di sini ialah yang kebanyakan entri yang aku tulis di sini hanya terjurus kepada seseorang secara hampir spesifik, melainkan ia dinyatakan secara jelas yang entri itu untuk umum. lihat label pada entrinya sahaja sudah boleh tahu aku cakap tentang apa dan kepada siapa. apa-apapun, aku mahu mohon maaf kepada semua yang terasa hati gara-gara entri 275 aku yang lepas. mohon kepada individu yang terasa hati itu sila baca sekali lagi dan fahamkan apa yang aku maksudkan sebenarnya. harapnya selepas bacaan kedua (atau ketiga, keempat, ke.... berapa kali suka hati engkaulah) individu tersebut akan jelas tentang apa yang aku maksudkan dan tidak tersalah faham lagi. ya, mungkin konteks dan ruang bicara aku itu terkadang tidak akuret, tidak persis, tidak jitu... tapi aku rasa kebanyakan masanya sampai sahaja maksudnya kepada pembaca blog aku (ada ke pembaca? *selit bunyi cengkerik*). jadinya aku sedar yang kebanyakan apa yang aku tulis mudah benar disalahertikan. hence, naiklah kuotasi-kuotasi ambiguous seperti entri sebelumnya. pokoknya aku tidak salahkan individu itu. sebaliknya aku salahkan diri sendiri kerana menulis dalam kekaburan sehingga entri 275 aku disalahertikan. gambarkan situasi begini: kau tulis entri dengan harapan ia berbunyi dan bermaksud seperti X tetapi pembaca membaca dan memahaminya sebagai Y. makanya ada salah faham alias kekeliruan di situ. walhal kau sedikitpun tidak mahu pembaca kau salah faham dan jauh sekali mahu membiarkan pembaca kau tersasar hingga faham seperti Z. ya, itu yang kau tidak mahu tetapi sebaliknya ia telahpun berlaku. apa-apapun, kepada individu yang terbabit, aku mohon maaf dan mohon dibaca entri 275 sekali lagi dan fahamkan apa maksud sebenar aku sebenarnya. terima kasih.
Ulasan