Pernahkah kau berada dalam situasi di mana kau secara separa sedarnya rela melakukan sesuatu untuk seseorang hanya disebabkan jauh di sudut hati kau, kau masih sayangkan seseorang tersebut?
Entahlah.
Mungkin benar kata Lord Zara, orang yang hopelessly romantic macam aku ini terkadang terasa seperti mudah dipergunakan, namun seakan tiada kudrat untuk mengatakan tidak.
Si dia alias HIM hubungi aku pagi tadi, memohon aku untuk menyemak sesuatu (ah, tak perlulah aku huraikan apa di sini) dan aku dengan segera bersetuju. Tolol, bukan? Sedangkan aku sendiri tidak tahu letaknya aku di dalam hatinya, sudah terkinja-kinja melonjak gembira sebab si dia akhirnya hubungi diri ini setelah sekian lama diamkan diri.
Kerja yang diminta aku lakukan tidak sukar, mudah saja aku bereskan menjelang petang. Kemudian tadi dia hubungi aku lagi, mohon mahu dibayar atas kerjaan aku siang tadi.
Aku menolak. Jujurnya aku ikhlas. Kerja itu tidak sesukar mana, makanya tak perlulah diupah apapun. Cukuplah dengan ucap terima kasih sudah memadai sebenarnya.
Tetapi hakikatnya jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku ingin benar dia sebutkan di mana sebenarnya letak aku di hatinya. Hanya dengan itu (mungkin) aku dapat berasa tenang sedikit. Mungkin.
Tapi mana mungkin. Aku seperti dapat rasakan yang dia tidak punya apa-apa rasa lagi terhadap aku. Kisah aku dan dia sudah terlalu lama terlipat, usai di tahun 2006. Jarak enam tahun bersenggang itu, masakan tiada orang lain yang mengisi lompang di hatinya walhal aku sepanjang itu meraba dalam gelap mencari secebis rasa kasih dari sesiapa yang sudi. Akhirnya, hingga kini aku melongo sendiri.
Tadinya aku keluar bersama BFFku, Abang Nazs yang mahu pulangkan beberapa novel FIXI yang dipinjam olehnya sebelum cuti raya tempoh hari. Tabu, Jerat dan Zombijaya bertukar milik kembali kepadaku. Aku tanyakan kepadanya, mana yang jadi kegemaran.
"Antara kesemua novel FIXI yang dah dibaca, setakat ni my top three would be Dosa, Cekik and Kasino, not in any particular order-lah."
"Bukan Bisik?" Aku sekadar menjebak.
Dan deraian ketawa meletus di antara kami.
*ehem*
Kemudian konversasi kami melencong pergi ke 'apa yang kau buat masa raya', 'siapa kau jumpa masa pergi beraya' dan entah macam mana boleh patah balik ke tajuk 'apa khabar orang tersayang'. Aku diamkan saja selepas aku ceritakan pada Abg Nazs apa yang berlaku siang tadi. Entah macam mana mulut aku tiris pula untuk ceritakan hal seenteng itu pada dia. Mangkuk.
"Kalau dalam bahasa Indonesia, itu bego. Tahu tak? Sia-sia sahaja taruh rasa sayang pada orang yang kau sendiri tak tahu apa rasa hati dia terhadap kau. Buang masa, tahu tak?"
Aku masih diam.
"Apa yang kau nampak pada dia, sebenarnya? Cuba cerita..."
Entah.
Jujur aku tak tahu. Ya, dia memang bukan Choi Siwon, tapi siapa yang peduli sebenarnya bila aku bilang ayat klise 'cinta itu buta'?
Hati ini mahukan apa yang hati ini mahukan, ya tak?
Aih...
Lagu SuJu di bawah seperti kena benar dengan situasi aku sekarang. Terbakar di pangkal hati.

=(
Ulasan