193: [siri ulasan buku] #08 - ngeri karya gina yap lai yoong.


Usai membaca Ngeri karya Gina Yap Lay Yoong, aku tidak boleh mengelak daripada merasakan ada pengaruh filem bergenre thriller-horror seperti francais Saw dan Scream di mana garapannya amat bijak (atau mungkin juga tidak keterlaluan untuk aku bilang hampir sempurna) membuat pembaca terus-terusan tertanya-tanya siapakah pembunuhnya yang sebenar. Penceritaannya juga aku kira tidak konvensional kerana dipersembahkan lewat cuplikan perbualan telefon, sesi berbalas emel dan juga transkrip kenyataan yang disediakan oleh pihak polis. Stail penceritaan sebegini secara tidak langsung mengekalkan mood suspens sepanjang cerita.

Bahasa yang digunakan juga mudah dan terasa segar, macam bagaimana anak-anak remaja masakini bercakap antara satu sama lain. Namun begitu, pada pendapat aku Ngeri hampir menepati jangkaan aku. Ia masih lagi belum cukup ngeri. Mungkin kerana aku sudah terbiasa menonton filem bergenre thriller-horror seperti Saw, Scream, Halloween dan The Hills Have Eyes, menyebabkan aku mendambakan Ngeri yang lebih ganas dan ngeri.
Aku bersetuju dengan Luc Abdullahdalam ulasan beliau yang menyuarakan rasa kurang puas hatinya terhadap olahan watak-watak di dalam novel ini yang dikira agak lemah berbanding watak-watak mangsa di dalam subplot. Paling ketara adalah watak Detektif Hema yang pada pendapat aku amat flat dan terkadang terasa seperti underdeveloped sedangkan ia memainkan watak yang agak mustahak kepada keseluruhan penceritaan.

Ngeri dimulakan dengan tiga orang penuntut jurusan perfileman di Universiti Filem Masyhur bernama Joanne, Rehan dan Samuel yang dikehendaki menyiapkan satu tugasan berkumpulan; di mana mereka perlu mencadangkan konsep filem pendek yang ingin mereka rakamkan. Namun begitu, pensyarah mereka Prof. Bazri seringkali menolak mentah-mentah konsep yang mereka bentangkan dengan alasan konsep yang mereka ketengahkan itu tidak realistik atau terlalu kompleks untuk dieksekusikan.

Situasi mulai menjadi tegang apabila konsep sulung yang diketengahkan oleh mereka bertiga keesokan harinya menjadi tajuk utama akhbar. Suatu pembunuhan yang mirip benar dengan skrip yang Samuel tulis telahpun terjadi dan ini menimbulkan rasa cuak di kalangan mereka dan juga pensyarah mereka sendiri. Mengandaikan yang ia hanyalah suatu kebetulan yang tidak disengajakan, mereka bertiga hanya pandang sebelah mata dan mencadangkan konsep yang baru. Walaubagai manapun, Prof. Bazri tetap menolak konsep filem mereka itu, dan seperti yang dijangka-jangkakan keesokan harinya konsep itu menjadi suatu realiti dengan adanya satu lagi kes pembunuhan ngeri yang menggunakan stail dan ciri-ciri yang serupa dalam skrip yang dibentangkan itu.

Novel Fixi yang aku kira antara paling nipis antara keluaran sebelumnya (Cekik juga agak nipis) aku dapat habiskan dalam satu sesi pembacaan sahaja. Separuh jalan membaca aku sudahpun dapat meneka dengan tepat siapakah pembunuhnya, tetapi aku tetap membaca hingga selesai kerana mahu tahu bagaimanakah Ngeri disudahkan. Agak kecewa kerana Ngeri tidak cukup berdarah, tidak cukup ganas, tidak cukup kejam.

Aku terpanggil untuk teringat sedikit cuplikan novel It karya Stephen King, di mana seawal halaman 24 lagi nuansa seram/kejam/ganas yang aku dambakan sudah wujud. Bagaimana badut aneh itu berjaya memanggil George Denbrough yang kecil itu untuk berhenti di tepi parit, menawarkan segugus belon multi-warna dan akhirnya menarik putus lengan anak kecil itu dengan sekali rentap, membiarkan mayat anak kecil itu memandang kosong ke langit yang kehujanan, tidak lagi bernyaw. Namun begitu, membandingkan antara Ngeri dengan It ternyata agak tidak berketepatan tetapi aku tidak dapat untuk mengelaknya.

"Shooting dokumentari biasanya tidak bergantung kepada skrip. Skrip hanyalah sebagai panduan. Dokumentari bergantung kepada subjek yang terpilih untuk melambangkan topik itu, [...] Profesor hanyalah subjek untuk didokumentari. Dia berhak melakukan apa sahaja untuk mengubah jalan cerita dokumentari sepenuhnya. Dialah cerita utama dalam dokumentari yang dibintanginya."
- Samuel, minggu 17, halaman 185.

Apa yang boleh aku katakan ialah aku AMAT MENYUKAI penyudah novel Ngeri walaupun ia agak klise dan mampu dijebak dengan mudah. Aku amat-amat megesyorkan Ngeri dibaca, khususnya remaja-remaja muda dan tidak mustahil kalau suatu hari nanti ia dijadikan teks wajib dalam komponen sastera di sekolah-sekolah. Mudah-mudahan.

Ulasan

Lucifer berkata…
Aku suka komentari kau. Sudi komen tentang blog ini? Kontrol Histeria
Cik Bambam berkata…
suka betul ek ngko novel2 thriller.. :P i nie mampu tgk CSI jek u olls~ hehehe
shandye. berkata…
@Lucifer: oh. terima kasih kerana sudi singgah!
shandye. berkata…
@Cik Bambam: seyesly ko patut baca Ngeri dan Jerat. highly recommending those two!
eva berkata…
eyhh.. nak cari gak novel gini.. sbb mmg minat thriller.. blom penah try novel thriller.. setakat movie jer..
Gina Yap berkata…
Salam mesra! =)

Terima kasih untuk review ini. Sememangnya amat berguna untuk saya apabila mengetahui feedback daripada pembaca supaya saya boleh memperbaiki seni lagi. Keep the reading spirit going!
Dianaa berkata…
novel ni memang NGERI habis la. hehe :D