Salah satu daripada novel karya Stephen King yang amat aku gemari iaitu 'Bag of Bones' akhirnya bakal diadaptasi sebagai siri televisyen!
salah satu novel karya Stephen King yang aku gemar ulang-baca. |
Bag of Bones diterbitkan pada tahun 1998 dan menerima ulasan yang memberangsangkan. Novel itu juga menerima anugerah British Fantasy Award pada tahun 1999. Ia mengisahkan seorang penulis yang menghadapi kesukaran untuk menghadapi hakikat bahawa dia sudah kematian isteri. Makanya si penulis tersebut berhajat untuk pulang ke sebuah kabin yang dulunya menjadi persinggahannya dan isteri untuk mencuba menulis sesuatu setelah dia sudah agak lama tidak menulis. Sejurus selepas itu segala macam kejadian pelik berlaku pada dirinya dan kabin itu.
Siri itu bakal dibintangi oleh Pierce Brosnan selaku Michael Noonan, teraju utama dalam novel tersebut.
Jason Priestly. Umur cecah 42 pun still yummeh. Hehehe... |
Namun aku lebih teruja apabila mendapati bahawa si kacak Jason Priestly akan turut berlakon dalam siri tersebut. Beliau akan memegang watak sebagai agen penerbitan kepada Michael Noonan (nama apa entah, aku sudah lupa nama wataknya). Kali terakhir aku melihat beliau adalah dalam siri Call Me Fitz (yang aku tonton di rumah Abg Nazs awal tahun ini), sebuah drama bersiri yang mengisahkan seorang penjual kereta terpakai yang buruk perangainya.
Jason Priestyly. olololo... chomelnye! |
Tak sabar!
=)
Ulasan
ditayangkan channel apa nanti?
p/s: thanks 4 ur comment..at least, mengurangkan cket kesakitan hati hoho
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)