180: 'bag of bones' bakal diadaptasi sebagai siri televisyen.

Salah satu daripada novel karya Stephen King yang amat aku gemari iaitu 'Bag of Bones' akhirnya bakal diadaptasi sebagai siri televisyen!
salah satu novel karya Stephen King yang aku gemar ulang-baca.

Bag of Bones diterbitkan pada tahun 1998 dan menerima ulasan yang memberangsangkan. Novel itu juga menerima anugerah British Fantasy Award pada tahun 1999. Ia mengisahkan seorang penulis yang menghadapi kesukaran untuk menghadapi hakikat bahawa dia sudah kematian isteri. Makanya si penulis tersebut berhajat untuk pulang ke sebuah kabin yang dulunya menjadi persinggahannya dan isteri untuk mencuba menulis sesuatu setelah dia sudah agak lama tidak menulis. Sejurus selepas itu segala macam kejadian pelik berlaku pada dirinya dan kabin itu.

Siri itu bakal dibintangi oleh Pierce Brosnan selaku Michael Noonan, teraju utama dalam novel tersebut.
Jason Priestly. Umur cecah 42 pun still yummeh. Hehehe...
Namun aku lebih teruja apabila mendapati bahawa si kacak Jason Priestly akan turut berlakon dalam siri tersebut. Beliau akan memegang watak sebagai agen penerbitan kepada Michael Noonan (nama apa entah, aku sudah lupa nama wataknya). Kali terakhir aku melihat beliau adalah dalam siri Call Me Fitz (yang aku tonton di rumah Abg Nazs awal tahun ini), sebuah drama bersiri yang mengisahkan seorang penjual kereta terpakai yang buruk perangainya.
Jason Priestyly. olololo... chomelnye!
Setakat ini masih tiada tarikh yang ditetapkan untuk siaran premier siri Bag of Bones ini kerana ia masih lagi dalam proses penggambaran di Nova Scotia. Namun ia dijangka disiarkan pada penghujung 2011. Siri ini turut dibintangi oleh Annabeth Gish (turut berlakon dalam siri Pretty Little Liars sebagai seorang kaunselor bernama Anne Sullivan).

Tak sabar!

=)

Ulasan

[sutera kasih] berkata…
fuh..tak pernah baca..

ditayangkan channel apa nanti?


p/s: thanks 4 ur comment..at least, mengurangkan cket kesakitan hati hoho
eva berkata…
my fav author stephen king! bila kluar??
shandye. berkata…
@[sutera kasih]: drama bersiri ni tak disiarkan kat malaysia lg... kat us je.. tp takde hal cuz leh je download. hehehe....
shandye. berkata…
@eva:late 2011 or early 2012 kat us. huhu...
Unknown berkata…
xpernah bace lg..ehe :P

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)
shandye. berkata…
@HARITH ISKANDAR: hey... thanks sbb sudi singgah. btw, you should definitely baca novel ni. mmg best. one of king's best craft thus far. huhu... tak sabar nk tgk ia diadaptasi ke siri drama pulak. sure gempak!