264: [siri ulasan buku] #20 - hilang karya dayang noor.

KLIK SINI UNTUK BELI ONLINE.
Tidak. Ini bukan sekuel kepada Jerat yang pernah aku tulis ulasannya pada entri sebelum ini. Hilang, novel kedua karya Dayang Noor di bawah terbitan Fixi merupakan percaturan berani penulis berkenanan. Dayang Noor ternyata bijak menggunakan apa yang beliau amat mahir lakukan - menulis plot yang bergerak pantas namun cukup menggiurkan sehingga pembaca terasa sukar untuk meletakkannya, dan akhirnya terpaksa duduk dan baca hingga selesa. Syabas diucapkan kepada penulis.

Berbeza daripada Jerat yang aku kira plotnya agak linear, di mana A bergerak ke B dan seterusya C dan berakhir dengan Z, Hilang bermula dengan dua plot yang bergerak secara tidak selanjar. Pembaca ditemukan dengan Shaziman, seorang personal trainer yang kacak dan santai yang dikejutkan dengan kehilangan adik kembarnya. Seterusnya, pembaca juga ditemukan dengan Khairani, seorang gadis kilang yang mulanya aku kira agak naif dan jujur namun sebenarnya menyimpan 1001 sisi gelap yang terkupas satu per satu apabila pembaca membaca Hilang.


Teknik alternating perspective yang digunakan oleh Dayang Noor mulanya agak menjengkelkan buatku kerana kisah Shaziman bermula tiga hari selepas kehilangan Ikhsan (adik kembarnya), manakala kisah Khairani bermula lima bulan sebelumnya. Namun sampai tujuh puluh peratus pembacaan, kisah kedua-dua individu itu bertemu di dalam satu situasi yang aku kira amat bijak direncana oleh penulis.

Sekali lagi, berbeza dengan Jerat, kali ini pembaca tidak disajikan dengan terminologi perkomputeran yang agak sukar untuk dihadam. Sebaliknya, Hilang banyak bermain dengan tanda-tanya dan konspirasi geng kongsi gelap dan apa yang manusia akan lakukan ketika dicampakkan dalam kondisi keterdesakan. Pembaca akan terfikir obligasi moral yang mereka sendiri akan jukstaposisikan dengan situasi yang berlaku ke atas watak-watak di dalam Hilang.

Pada hemat aku, Hilang cuma ada satu kekurangan. Watak-watak yang dipaparkan agak kurang in-depth. Jo, si penyiasat persendirian yang menjadi side-kick kepada Shaziman, contohnya. Ya, kita disajikan dengan watak seorang penyiasat persendirian yang mempunyai tough exterior, mungkin sedikit tomboyish dan agak selekeh (kerana sifat tomboy-nya, mungkin?) namun tidak banyak yang kita tahu (atau dapat tahu) tentang Jo. Mungkin ini hanya apa yang aku rasa, tetapi aku agak tidak puas hati kerana watak sokongan seperti dia tidak dihurai dan dikembangkan seteliti Shaziman dan Khairani. Memandangkan Jo hampir sentiasa ada di sisi Shaziman sepanjang misi mereka mengupas misteri kehilangan Ikhsan, aku rasa ada wajarnya Jo diketengahkan dengan perincian yang lebih teliti. Just sayin'.

Kalau dah jantan, tak kiralah bekas banduan ke, personal trainer ke, setanding aje tahap merenyamnya bila dengar cerita pasal orang berbini dua.
- Jo, bab 15 halaman 232.

Staying true to what (I think) she knows best, sekali lagi penyudah Hilang membuat aku agak geram kerana ia mirip seperti apa yang berlaku dalam Jerat. Siapa yang sudah membaca Jerat pasti boleh teka apa agaknya yang bakal berlaku dalam Hilang. 'Nice guys', in real life really do not finish last.

Apakah Hilang wajar difilemkan seperti apa yang berlaku pada Pecah dan Zombijaya? Aku kira, why not? Hilang sangat-sangat diusulkan kepada mereka yang menggemari novel sulung karya Dayang Noor, pengumpul novel Fixi atau mereka yang mahukan novel penyiasatan yang agak santai dengan gaya naratif yang berbeza. Aku berani jamin tidak ramai yang akan berkata novel ini tidak menarik.

Untuk kak Dayang, aku mohon agar terus menulis dalam genre dan niche yang sebegini kerana ternyata anda memang berbakat untuk menulis kisah sebegitu. Syabas sekali lagi.

Ulasan

Sudahlah dihidangkan dengan lelaki kacak serta kembar, makin bikin jiwa mearduk2 mahu baca sampai habis.
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: aku stuck selalu terbayangkan classmate aku bila baca nama Shaziman dlm Hilang. agak turned off di situ ye adik-adik... =p
Lyla Ibrahim berkata…
Watak Jo sepatutnya dikembangkan dengan lebih dalam lagi. Betul.

Ini ternyata lebih baik dari Jerat.