258: cinta seorang pencuri, KTR menang besar MAKUM2012.

Sepatutnya entri ini keluar lebih awal tapi aku lupa dan ia terbiar dalam draft buat sekian lama baru aku perasan. Hehehehe...

Sorry ye... =P

Tahun lepas aku berkesempatan untuk turut sama menjadi salah seorang tenaga produksi teater 'Takdir Ilahi' untuk pertandingan MAKUM 2011.

Tahun ini aku tidak berkesempatan kerana tuntutan kerja sebagai guru praktikal di Melaka. (sob..sob..)

Walaubagaimana pun, Kelab Teater Rimba kali ini bangkit dan memperbaiki kedudukan selesa di tempat ketiga pada tahun lepas dengan meraih tempat JUARA!

Alhamdulillah. Syabas dan tahniah kepada kesemua tenaga produksi 'Cinta Seorang Pencuri' kali ini. Saya hanya sempat lihat persembahan kalian pada malam itu sahaja. Memang menghiburkan.


Memang ketara sangat peningkatan mutu lakonan dan pengurusan pentas pada produksi kali ini. Seriously aku sangat mencemburui kalian yang dapat turut serta dalam produksi kali ini. Tapi apa boleh buat, ada komitmen lain yang jauh lebih penting, ye tak? Hehehe...

Apa-apapun kita layan dulu cuplikan video persembahan 'Cinta Seorang Pencuri' ni...

=)














KEPUTUSAN PENUH MAKUM 2012

JOHAN : UKM (Cinta Seorang Percuri)
Naib Johan : UUM (Dejavu Seorang Perempuan)
Ketiga : USIM (Preh)
Anugerah Khas Juri : UIA (Realiti Alam Fantasi)

Adaptasi/Arahan Terbaik : UKM
Pelakon Lelaki Terbaik : UPSI
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : UM
Pelakon Wanita Terbaik : UUM
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : UUM
Anugerah Tatacahaya dan Tatabunyi : UKM
Anugerah Set dan Props Terbaik : UM
Anugerah Teknikal Terbaik : UPM
Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik : UIA

Pelakon Harapan :
Agok (As-syura) - UPSI
Nyai Tua (Kebayan) - UiTM
Tunggul (Rumah Sakit Jiwa) - UPM
Pokka (Realiti Alam Fantasi)
Lela (Cinta Seorang Pencuri) - UKM
Rohana (Dejavu Seorang Perempuan) - UUM

Ulasan