Bukan.
Ini bukan attempt aku untuk nyanyi, main gitar dan rakam lepas tu upload ke YouTube. Ini adalah entri yang aku cuba nak tulis berkenaan dengan senario tipikal sebuah perasaan yang dinamakan cinta.
Kali ini subjek entri aku agak jiwang sebab aku tak nafikan yang aku sekarang sedang menyukai seseorang dan individu itupun memang sedia maklum aku suka padanya. Menurut hukum tipikal bercinta, ia hanya akan berfungsi kalau perasaan itu berbalas. Ya, bukan? Itu hukum asas buku teksnya.
Tapi bagaimana pula dengan situasi cinta yang tak berbalas. Atau cinta yang enggan dibalas. Atau cinta yang mahu dibalas tetapi tidak boleh atas sirkumstasi tertentu.
Aku bukannya percaya pada horoskop. Syirik pulak kalau percaya lebih-lebih. Sekadar baca buat isi masa senggang kira tak ada masalahlah. Cuma terkadang aku tak dapat nak menolak yang akurasi horoskop makhluk-makhluk di bawah naungan zodiak sang ketam comel ini ternyata agak menakutkan.
Contohnya, para ketam dianggap sebagai seorang yang mudah jatuh cinta dan seorang pencinta yang setia.
Which is so fucking true!
Sebab aku memang jenis yang mudah gila suka kat seseorang. Kalau orang tu baik, atau rapat sikit dengan aku, aku dah mula rasa lain macam kat dia. Kawan aku cakap aku mudah suka kat orang sebab aku ni lonely. Lack of friends, kata Nazzman (tiada perkaitan langsung macam watak dalam BISIK ye, suatu kebetulan yang disengajakan semata-mata) si BFF aku yang kachak macam Shahz Jazle tu. Entahlah, mungkin ada betulnya cakap Nazzman tu. Tapi aku rasa kawan-kawan aku agak ramai untuk aku tidak rasa sunyi. Entahlah.
Tang bahagian pencinta yang setia tu pun aku amat setuju. My first relationship lasted for about five years. Kami kenal sejak tingkatan dua, mula serius di tingkatan tiga dan lima tahun kemudian membuat keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut atas sebab-sebab teknikal yang tidak bolek dielakkan. Aku rasa followers blog lama aku tahu kot kenapa, jadi tak perlulah aku buat back-story, sebab nanti akan lagi panjanglah entri yang sudah sedia ada panjang ni. Hubungan kedua aku bertahan selama empat bulan. Yang ini putus sebab dia yang sudah tak mahu. Jadi pergi matilah dengan dia. Yang ketiga bertahan selama setahun. Yang ini putus dengan cara dramatik yang aku tak pernah cerita kat blog. Cuma rakan-rakan rapat aku saja yang tahu, which to be honest sampai sekarang aku tak dapat terima alasan dia untuk putus dengan aku.
Apa yang hendak aku sampaikan kat sini ialah aku rasa aku sudah sedaya-upaya menjadi the perfect boyfriend kepada mereka semua tu tapi alih-alih aku juga yang ditinggalkan. Ini membuatkan aku membuat sedikit refleksi diri.
Apa kurangnya aku? Apa sifat-sifat jengkel aku yang dah bikin mereka tidak mahu lekat dengan aku?
Aku dapat tahu dua sebab utama.
Pertama: mereka bosan.
Kedua: aku ni terlalu baik sehingga mereka ambil keputusan untuk ambil kesempatan ke atas kebaikan aku.
Konklusinya: bodoh kan terus-terusan begini?
Bila aku visualisasikan kesemua ex aku sebaris macam kawad cam polis, aku dapat buat satu kesimpulan yang aku tertarik pada ciri-ciri fizikal dan kareteristik yang sama. Body type mesti sekian-sekian, watak mesti sekian-sekian... dsb. Dah tahu jawapannya, tetapi aku masih lagi dengan bangangnya mahu mencari cinta.
Seorang lagi kawan aku si Danial, (ex-boyfriend si Nazzman tadi) minta aku untuk cuba mencari hubungan di luar template yang aku dah set dalam otak aku ini. Cuba keluar date dengan orang yang bukan citarasa regular aku. Dalam erti kata lain, kalau setiap kali aku ke KFC dan pesan snack plate regular, tak nak wings tak nak drumstick dan pepsi tak nak ais. Apa kata kali ini aku order dinner plate hot and spicy, nak wings sahaja dan orange.
Cari kelainan, bukan ikut buku teks dalam otak aku.
Betul jugak kata mamat tu.
... bersambung (sebab aku agak malas menulis panjang-panjang lagi sebab dah mengantuk)
Ulasan