253: praktikal sudah tamat, apa yang sebenarnya aku sudah pelajari?

Bagi yang tak tahu, Jumaat lepas merupakan hari terakhir aku bergelar guru praktikal di sebuah sekolah kat Melaka tu. Alhamdulillah, walaupun banyak pancaroba dan onak-duri, aku berjaya jugak lengkapkan kuota jumlah hari dan jam yang diperuntukkan untuk aku dianggap sebagai sudah melengkapkan sesi praktikal aku. 

Anyways, bebel panjang tak guna... berikut merupakan apa yang aku dah banyak belajar sepanjang berpraktikum di Melaka ni.

AMARAN: Ada statement-statement pedih dalam entri kali ini. Anda telahpun diberi amaran awal.

  1. Traffic lights kat Melaka tersangatlah annoying lama dan banyak. Memang faktab kalau lebih-lebih lagi masa balik sekolah. Asyik sangkut dalam jam je manjang.
  2. Kebanyakan Malaccan drivers are fucking selfish. Suka sangat cilok sebelah kiri lepas tu tenggek nak mencelah kat depan masa traffic light tukar hijau.
  3. Aku tak jumpa satu pun tempat makan sedap yang aku boleh ulang singgah. Oh, kecuali restoran De'Puteh yang sediakan jus buah RM2 tu maybe aku akan rindu, walaupun makanan diorang biasa-biasa je.
  4. Kebanyakan lauk kat Melaka semuanya pedas. Tapi ikan bakar yang aku makan kat satu restoran nama Parameswara ni memang terbaik la.
  5. Melaka memang ketandusan mapley yang best untuk lepak.
  6. ABC kat food court Jusco AEON tu sangat sedap.
  7. GSC kat Jusco AEON tu sucks gila sebab hari Khamis lepas aku nak tengok Spiderman masa midnight, tunggu dekat sejam last-last budak pekerja tu cakap projektor rosak. Ha, memanglah aku datang GSC semata-mata nak beli overpriced Coke dengan popkon, kan?! Nasib baik boleh refund kalau tidak ada yang balik rumah tak cukup telur dalam kerandut.
  8. Nasi ayam kat food court MITC memang terbaik. Sempat makan dua kali je sebab tak ingat tempat tu kat mana. Tu pun sebab ada orang bawak. Hahahaha...
  9. Cuaca kat Melaka sangat unpredictable. Kau bajet akan cerah panas sepanjang hari, tup-tup tiba-tiba je angin pus-pus siap dengan hujan maha lebat turun. Awal pagi hujan lebat gila, kau mula pasang cita-cita perjumpaan rumah sukan untuk hari tu batal, tup-tup tak sampai tengah hari matahari dah galak membakar dan padang dah siap kering. Jadi latihan rumah sukan ada macam biasa. Fuck.
  10. Budak-budak sekolah tempat aku mengajar masih lagi obses dengan Aaron Aziz dan filem Ombak Rindu sampaikan contoh ayat untuk nota dan latihan yang aku bagi pun diorang request suruh buat biar ada kena-mengena dengan Aaron Aziz atau filem hampas kelapa yang bernama Ombak Rindu tu.
  11. Walaupun tak ada apa sangat pun, aku dapat tahu yang budak-budak sekolah aku suka benar pergi lepak kat Dataran Pahlawan setiap hujung minggu.
  12. Cikgu-cikgu sekolah tempat aku mengajar sangat murah hati dengan makanan. Tiap-tiap hari akan ada makanan untuk disyer kat bilik guru.
  13. Tak ramai student atau cikgu yang tahu aku ni novelis untuk Fixi. Lagipun aku memang low-profile dan tak mahu ramai orang tahu pun. Tapi last-last ramai jugak yang tahu bila kantoi gambar-gambar aku pergi events merata naik kat Facebook dan Twitter. Hahaha...
  14. Budak-budak sekolah tempat aku mengajar tak suka tengok filem Hollywood. Tapi kalau cerita Melayu, stok bangang gila macam Nongkrong tu pun ada budak aku yang pergi tengok wayang sampat empat kali. Lepas tu ada hati nak kompelin kat aku cakap Bahasa Inggeris tak power. Dah kau sendiri yang malas + bebal tak nak dedahkan diri dengan bahasa tersebut macam mana nak pandai. Sheesh...
  15. Ramai betul orang yang suka judge orang lain hanya berdasarkan cakap-cakap orang lain padahal dia tak kenal betul pun dengan orang yang tertuduh tu.
  16. Budak-budak sekolah semua harap cikgu buat semua benda. Aku hairan bila masa Hari Guru tempoh hari, segala persiapan untuk event hari tu cikgu-cikgu yang sibuk uruskan. Budak-budak sekolah sekadar jadi audiens (dan turut serta buat persembahan yang pada hemah aku tak seberapa) je. Zaman-zaman aku kat PFS dulu, masa Hari Guru, students lah yang paling sibuk uruskan itu-ini. Cikgu-cikgu kat sekolah chillax je. Yelah, dah nama pun Hari Guru. Yang diraikan adalah para guru tapi sebaliknya kat sekolah tempat aku berpraktikal ni, cikgu-cikgu yang yang uruskan segala dan cikgu yang sambut sendiri Hari Guru. Sedih.
  17. Budak-budak sekolah zaman sekarang (aku merujuk kepada budak-budak sekolah aku secara spesifik) sangat malas. Diulangi, SANGAT MOTHERFUCKING MALAS. Most of them ada akses kepada internet 24 jam sehari di rumah. Most of them boleh online Facebook dari balik sekolah sampai lewat malam (ada seorang tu aku pernah perasan profil dia online jam 4 pagi) tapi tak ada seekor pun yang mahu/rajin guna Google untuk cari info atau bahan kalau diberikan tugasan di rumah. Pernah sekali aku minta budak-budak kelas aku cari info tentang karekter dan perincian setting satu short story dalam KOMSAS Bahasa Inggeris diorang. The following class semua tak cari info padahal the day before aku sengaja online dan usyar hampir 70% budak kelas aku tengah online FB jugak. Perangai macam sial.
  18. Majoriti budak sekolah tempat aku mengajar mengaku tak pernah keluar dari Melaka dan tidak tahu banyak tentang tempat-tempat lain (contohnya KL).
  19. Respect, respect, respect. Kebanyakan students kat tempat aku mengajar masih lagi tak faham konsep hormat pada yang lebih dewasa dan matang, guru mereka contohnya. Bagi aku; respect is something that you have to earn, not demand.
  20. Melaka lacks of things to 'cuci mata' with. Hahaha... 

OK, cukuplah kot 20. Nanti kalau aku rajin aku buat entri lagi. Babai bitches.

=)

Ulasan

Kita kena skandal tak nak tulis ke u olls? Tetiba.

Hahahaha~

Yang point no 1 tu memang setuju! Damnmit hari tu kita stuck! Grrrrr~
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: klu i tak tulis pun akan jadik isu propaganza jugek. sib baik dh abes praktikum, so bebudak kelas i tak sempat la nk membahan. hahahaha...
Awangku Johan berkata…
salam thniah dah menamatkan prktikum anda... apa2pun moga berjaya ya...

pada tahun 2010 saya berprktikum di SMK Kubu Gajah.. kat sana tu hanya ada pelajar2 dr Melayu dan India jer.. pelajar india yg susah nk kawal.. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya jg mgawal mereka dgn beberapa pndekatan yang saya lakukan.. hihihi.. yg x boleh blah... aku bljr bbrp perkataan dan ayat dalam bahasa tamil drp guru2 india.. hihihi budak2 tu fikir aku ni pndai cakap tamil. lepas tu depa dah x nakal n mgumpat aku.. sbb depa pikir aku ni tau bhasa dorg.. hgihihihi.. alhmdulillah berkat sabar akhirnya dpt menamatkan prktikum dgn mndpt A hihihi.. pnsyarah just 1 kali observe sbb dia tau saya leh kawal kelas dan katanya saya lah pelajar pertama lelaki yg d observenya cemerlang.. amin....

Now, hampir 1 tahun 7 bulan saya dah bergelar guru... saya di tempatkan di SMK Menumbok, Sabah sekarang ini.. Ibarat sirih pulang ke gagang.. sbb saya dapat posting di ex-skol saya di sabah... sedih juga la coz dlu saya isi borang mohon posting area Perak dan N.9.. tetapi tak dapat.. akhirnya dpt di Kampung Sendiri di Sabah... Now saya dah pegang jawatan Ketua Warden, Ketua Panitia Geografi, Penyelaras Dalaman PBS dan pembantu guru disiplin..

Oleh itu, saya doakan awak dapat mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi sorang guru yg mampu membawa kecemerlangan anak didik bangsa.. dan mengharungi dunia pndidikan yg penuh dgn cabaran.. tp sntiasa beringat... Pabila Mendongak ke Langit rumput di bumi jangan dilupakan yer... hihihi...
aqmalazmi berkata…
saya akan beli novel Bisik esok ! insyallah :)