219: [siri ulasan buku] #11 - tabu karya shaz johar.


Jujur aku katakan bahawa Tabu novel kedua Shaz Johar ini agak mengecewakan. Novel setebal 312 halaman ini bukanlah kontinuasi daripada novel Shaz Johar yang terdahulu, iaitu Kougar. Mendengar tajuknya sahaja membuat aku sebagai pembaca mula menyusun pelbagai senario yang berkemungkinan dikaitkan oleh penulis dengan tabu.

Menurut Wikipedia, tabu (atau taboo dalam Bahasa Inggeris) adalah:
“a strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and or forbidden based on moral judgment, religious beliefs and or scientific consensus. Breaking the taboo is usually considered objectionable or abhorrent by society.”

Makanya apa yang terlintas di fikiranku tatkala mengangkat novel ini untuk mula membaca adalah kemungkinan perkaitan sumbang mahram, perilakuan seksual aneh atau fetish, isu halal/haram dari segi makanan, perkaitan sihir dan bomoh dan macam-macam lagi hal yang berkait rapat dengan isu tabu.

Namun novel ini tidak menjelaskan dengan terang perkaitan tajuknya dengan keseluruhan cerita (atau mungkin aku yang terlepas pandang?)


Tabu mengisahkan seorang wanita berbadan gempal bernama Bibi yang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Kenya bernama Mosi. Tiada yang tabu tentang seorang wanita Malaysia berbangsa Melayu kalau bercinta dengan lelaki Kenya. Banyak berlaku di universiti amnya.

Bibi punya seorang rakan akrab sekerja bernama Kim dan punya seteru bernama Anne yang dia dan Kim gelarkan sebagai Precious (seperti nama wanita African-American dalam filem berjudul serupa). Dalam erti kata lain, Bibi, Kim dan Anne ketiga-tiganya wanita berbadan gempal. Pada pandangan aku, tiada yang tabu tentang hal ini. Wanita berisi ada di mana-mana. Bagi aku tanggapan penulis bahawa seorang wanita di Malaysia harus berbadan persis Neelofa barulah layak untuk dibuat isteri adalah tidak tepat kerana itu hanya stereotaip masyarakat secara amnya dan bukannya sebuah tabu.

Plot Tabu bergerak perlahan. Bab-bab awal banyak bercerita tentang dilema Bibi yang ingin kurus, Bibi yang tidak suka kerjanya, Bibi yang bertemu telefon bimbit yang tercicir di dalam LRT, Bibi yang berkenalan dengan jejaka misteri bernama Nadim yang merupakan tuan punya telefon bimbit jumpa tersebut, Bibi yang sibuk bercinta dengan Mosi dan Bibi yang ada trust issue terhadap teman lelakinya sendiri (yang sejak awal cerita lagi aku suspek tidak boleh dipercayai langsung). Cerita hanya bergerak ke teritori ‘panas’ apabila masuk ke bab 16 apabila konfrontasi tiga segi antara Bibi, Anne (atau Precious) dan Kim tercetus gara-gara salah faham dan berebut jantan (okay, bahagian ini aku tidak boleh tidak untuk ketawa. Sila beli dan baca sendiri Tabu kalau ingin tahu mengapa aku berkata sebegitu).

Kemudian dalam beberapa bab berikutnya Kim ditemui mati, diragui dia terjun bunuh diri dari balkoni rumahnya. Tragik, tetapi memusykilkan. Dalam kepala pembaca bermain pelbagai andaian. Antara suspek mestilah Mosi atau Anne. Tiada yang lain.

Walaupun Bibi digarap dengan cemerlang oleh penulis, ia seolah-olah tidak terbias oleh jalan cerita Tabu yang bergerak terlalu perlahan. Aku banyak kali berhenti membaca dan bertanyakan kepada diri sendiri; “Apa kena-mengena kematian Kim dengan tajuk novel?”, “Apakah dianggap tabu bagi seorang wanita Malaysia berbangsa Melayu untuk bercinta dengan seorang lelaki warga Kenya?”, “Tabukah menjadi seorang yang berbadan besar?”

Aku gagal mencari jawapan tersebut.

Aku gemar bagaimana penulis bijak membuat sedikit perkaitan dengan novelnya yang terdahulu apabila [SPOILER ALERT!] pada bahagian terakhir Tabu, Kisha muncul sebagai bakal majikan baru kepada Bibi.

"Dan dia tidak comel. Nampak berbeza dengan lelaki yang pernah aku tenung di dalam LRT dahulu dan tidak comel. Pendek kata dia tidak comel. Hendak lagi pendek, aku sudah salah orang. Dan yang penting, salah orang dan TIDAK COMEL."
- halaman 252, bab 23.


Oh, by the way… SMS yang dihantar oleh Bibi kepada Akil pada halaman 303 itu dipetik daripada siri kegemaranku, ‘How I MetYour Mother’ musim keenam, episod kesembilan. Bijak, tetapi disebabkan aku mendengarnya dituturkan oleh Barney Stinson terlebih dahulu membuatkan ia tidaklah sekelakar mana.

Tabu, kurang menggigit tetapi seronok dibaca.


--------------
UPDATE!
--------------


Since ramai yang nak tahu celah mana Barney cakap macam tu, nah... aku jumpa klip kat YouTube ni. Enjoice, people!


Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
wow! compared to me, you 've got a sharp observation:)

mungkin tabu dari segi 'perempuan perlu berbadan langsing baru dapat pikat lelaki' agaknya:)
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: yelakot. actually perihalan tabu ni banyak berdasarkan toleransi budaya secara kolektif. =)
laskar pelangi berkata…
waaaa...rasa macam nak g terus beli jerk ^^
shandye. berkata…
@laskar pelangi: ya, ya. wajar dibeli dan dibaca! =)
jejaka anggun berkata…
tabu itu universal. mungkin pada pandangan kita itu normal tapi pandangan pihak/org lain, ia adalah larangan.

saya cuma menulis bagi pihak org yg memandang sesuatu perkara di dalam buku itu tabu.

saya sendiri tidak kisah. :)

thanks for the review. good. saya suka.
shandye. berkata…
@jejaka anggun: don't get me wrong. i really love the book. its just that macam saya cakap la.. sy kurang jelas tentang perkaitan tabu dengan keseluruhan cerita. walaubagaimana pun, again... congrats for this second book. hope to read more from you soon!

p/s:- asyik terbayang kimora lee simmons je bila watak kim tu muncul. hahaha... =)
Emmet berkata…
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
shandye. berkata…
@Emmet: thanks. singgah selalu, ye? jgn lupa beli novel tu dan baca. its a great read, yanow...
Tanpa Nama berkata…
Finally, someone who I have in common with!

Agree with you bro.

Jalan cerita dia sangat perlahan. Dalam fikiran aku, perlu ke terus baca atau tinggalkan jer.