218: buli.


Ini adalah kontinuasi daripada entri sebelum ini.

Baru-baru ini memandangkan aku pulang sekejap ke Pulau Pinang, aku berpeluang untuk lepak dan catch up bersama teman-teman rapat. Kebetulan pula Firdaus kenalan sejak UiTM Kedah dulu juga ada di Pulau Pinang untuk beberapa hari kerana ada urusan di USM. Dipendekkan cerita, suatu malam aku, Abg Nazs dan Firdaus lepak di McDonald’s.

Borak punya borak, tiba-tiba Firdaus mengeluarkan suatu pertanyaan: “Masa kat sekolah dulu korang pernah kena buli tak?”
Masing-masing pandang tempat lain dan diam. Aku tidak tahu apakah respons yang paling wajar. Aku mahu berlaku jujur dan ceritakan kepada mereka apa yang aku lalui sepanjang lima tahun di Penang Free School dahulu tetapi rasanya ia terlalu sulit dan peribadi untuk aku kongsikan. Sudahnya Firdaus buka cerita terlebih dahulu.

Dia bilang sekarang dia tumpangkan sepupunya untuk tinggal bersamanya di Johor (Firdaus sedang bekerja sambil membuat Masters secara sambilan di sana, kadang-kadang dia akan ke USM atas urusan akademiknya) memandangkan sepupunya itu (yang hanya aku mahu dedahkan sebagai Afik) bersekolah jauh dari rumah keluarganya. Makanya Firdaus tidak keberatan untuk tumpangkan Afik.

Afik seorang pelajar tingkatan dua yang pintar dan rajin. Dia bijak membahagikan masa antara akademik dengan hal-hal lain. Dia juga aktif dalam bidang ko-kurikulum. Semua cikgu sayangkan Afik, banyak yang senang dengan kehadiran Afik yang petah itu. Cuma satu sahaja this co-called kekurangan yang ada pada dia.

Afik seorang yang lembut.

Disebabkan dia berperwatakan sebegitu, dia sering menjadi mangsa buli. Pernah sekali dia pulang rumah dengan mata bengkak-bengkak kerana menangis sebab seluarnya ditanggal oleh sekumpulan budak lelaki sekolahnya dan dia diminta untuk membuat “helikopter” (budak-budak yang pernah tinggal di asrama mesti tahu) sehingga dia muntah-muntah.

Abang Nazs bertanya mengapa tidak dilaporkan sahaja, namun FIrdaus cakap Afik enggan dan dia tampak takut untuk tampil dengan kebenaran. Pernah juga Firdaus bawakan hal ini kepada ahli keluarga mereka yang lain namun jawapan yang sama juga didengar.

“Biasalah tu. Nama pun duduk asrama. Kenalah tough it up sket. Baru jantan.”

Setelah hampir enam bulan Afik diamkan diri, baru sahaj baru-baru ini dia mahu bercakap tentang hal ini kepada Firdaus. Dia bilang dia pernah cakapkan hal yang sama kepada ibu dan ayahnya tetapi mereka hanya cakap yang itu perkara biasa yang berlaku di asrama (kerana ayahnya seorang bekas MCKK) dan abang-abangnya mentertawakan dia dan bilang dia lembik.

Then comes the most shocking thing,” ujar Firdaus sebelum mencicip sedikit kopi suam McDonald’s.

Masuk bulan kelapan, Afik mula menjauhkan diri dari sebarang komunikasi termasuklah dengan Firdaus. Bila ditanya dia mengelak-ngelak tetapi Firdaus tahu mesti ada yang tidak kena. Dia pergi sendiri ke sekolah untuk membuat aduan namun ditolaknya mentah-mentah kerana si mangsa sendiri yang perlu hadir untuk mengesahkan aduan tersebut kerana pihak sekolah tidak mahu menanggung sebarang liabiliti ke atas sebarang aduan palsu. Pihak sekolah menambah, mereka sudah serik kerana ada guru mereka disaman oleh keluarga seorang pelajar gara-gara menengking “Oi!” sehingga menimbulkan emotional instability terhadap pelajar tersebut.

Gila, bukan?

Firdaus tidak berpuas hati. Dia geledah bilik tidur Afik ketika dia ke sekolah dan apa yang ditemuinya amat-amat menggemparkan. Ada notasi-notasi yang ditulis dalam perca-perca kertas, berupa ayat-ayat ugutan mahu membunuh diri.

Firdaus tidak sekadar diam. Malam itu dia duduk bersama Afik dan minta penjelasan. Malam itu Afik dedahkan segala-galanya. Terlalu grafik dan peribadi untuk aku nyatakan tetapi apa yang boleh aku jelaskan adalah apa yang Afik lalui adalah sangat-sangat tidak berpadanan.

Afik minta dia dipindahkan, kalau boleh sejauh mungkin, kalau boleh negeri berlainan.

“Sebab itulah kalau boleh aku tengah usahakan kalau-kalau aku boleh teruskan research aku kat USM. Sebab aku cadang nak pindah ke mari, bawa Afik sama.”

Abang Nazs tanya kenapa ibu dan bapanya dirunding terlebih dahulu. Afik bukannya anak yatim dan secara teknikalnya dia masih lagi di bawah hak dan penjagaan ibu bapanya. Firdaus hanya menggeleng.

“Aku tak tahu sama ada dia orang tu bengap atau irresponsible. Dia orang tak kisah kalau aku nak bawa Afik pergi Penang.”

Aku diam. Abang Nazs juga diam.

Kalian, bagaimana?

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
mak bapa afik tak kisah??

i dunno la kalau dia terlalu bergantung harap pada firdaus atau berfikir budak tu dah besar maka boleh buat keputusan sendiri.

hidup zaman la ni pun ada buli lagi. Hope Afik bertambah kuat!
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: mulanya i pn mcm ssh nk pcya yg firdaus ckp mcm tu. hurm...
Cik Bambam berkata…
kesiannya beliau... bawa report polis lar kalau skolah n parents sndiri xnk amek port.. kalau ada bukti lg bagus.. mcm mana lar afik skang eh.. harapkan parents.. tak amek peduli.. diperlekehkan lagi.. cikgu lak smua nak takut kena saman.. sepatutnya dia yg protect budak2 mcm tuh.. hurmmm..
shandye. berkata…
@Cik Bambam: itula pasal. hurm... kesian kat afik...
rojak berkata…
nasib baik selama aku duk hostel tak pernah kena buli. aspura yang selalunye ada kes buli. mostly sebab nak tunjuk hebat.

kesian afik, harap dia boleh keluar dari situasi tu. jangan dari pelajar pintar jadi murung dan tak dapat kawal emosi. ibu bapa dan pihak sekolah perlu ambil tindakan.
shandye. berkata…
@rojak: itulapasal. im actually kinda worried about afik's situation. dia yg sepatutnya mendapat sokongan drp parents dia (especially!) dan juga cikgu2 kat skolah, tak mendapat that support that he needed. alih2 jd mcm ni la... hurm...