223: love at SECOND sight, cool atau tak?

Love at second sight.

Sebelum ini selalu je kita dengar orang cakap ‘love at first sight’, tapi pernah tak korang jatuh cinta pada seseorang tu hanya selepas dua (atau beberapa kali) bertemu? Honestly speaking, aku sendiri kurang percaya dengan this whole ‘love at first sight’ ni sebab aku rasa statement tu bullshit.

Kenapa?

Entahlah. Macam mustahil kot boleh jatuh cinta terhadap seseorang hanya dengan sekali pandang. I mean, kalau Zac Efron lalu sebelah korang kat kafeteria dan jantung korang tiba-tiba je rancak semacam macam lagu ‘Super Bass’ tu… aku rasa tu bukan jatuh cinta tapi epilepsi crush. Tak sama ok?

cute. but so hadek-hadek punye taste. hahaha... =P

Anyways… kembali kepada topik diskusi kali ni.

Love at second sight.


OK-lah, nak dipendekkan cerita… rasanya those yang follow blog ni sebelum blog ni shot down kejap lepas tu rebirth (aceewah!) semula dan semua past entries dah hilang (damn you stupid Google Reader!) mesti sedia maklum dengan Abang Iz, ex aku yang sekarang ni kerja kat Singapore. A little background flashback bagi newbies kat sini: kami kenal dan kawan sejak both of us kat high school lagi walaupun lain-lain sekolah. Then masa aku Form 4 dia dah pindah pergi UTM buat Diploma Senibina kat sana. kami still keep in touch sehinggalah ada something terjadi yang menyebabkan aku decide untuk end the relationship. Ha, those yang kenal aku atau follow blog aku sebelum ni maybe tahulah. Malas nak cerita.

=)

A couple of weeks back aku ada balik kejap dari UKM sebab masa tu the whole campus ada masalah tak ada air. Since gap between paper final aku jauh (first paper 5hb, next paper 19hb) aku decide utk balik lepas habis first paper hari tu. Macam biasa, aku kalau balik Penang akan hantar a quick e-mail kepada most of my friends sebab nak ajak lepak. Hehehe…

Then one evening masa aku kat Penang aku keluar dengan BFF aku Abang Nazs. Kebetulan dia bawa anak angkat dia si Qimie tu sama (which tahun ni masuk darjah satu! #EXCITED!!!) pergi makan kat Padang Kota. One conversation led to another dan dia bagi tahu aku yang dia bagi tahu Abang Iz yang aku ada kat Penang kejap.

And guess what?

Abang Iz pun ada kat Penang pada masa yang sama sebab dia nak tunjukkan apartment dia kat seorang mamat ni (apparently dia nak sewakan apartment dia since tak praktikal ada rumah kat sini kalau dia memang kerja kat Singapore – make sense-lah jugak). Aku tak ada respons. The last time aku jumpa Abang Iz is masa cuti semester lepas, sebelum aku dengan Abang Nazs pergi vacation ke Krabi (which kalau tak salah around early June gitulah).

“I call him tanya dia kat mana, eh?” soal Abang Nazs almost insensitive kepada muka aku yang nampak sangat tak selesa. Yep, you read me right – tak selesa. This is because the last time aku jumpa Abang Iz dia tak habis-habis mengelak bila kami semua (masa tu aku, Abang Nazs, Firdaus and a few of our other friends duduk semeja kat McDonald’s tengah dok korek cerita on siapalah jejaka misteri yang sedang beraja di hati Abang Iz). Masa tu aku sumpah tak selesa. Abang Iz dah usyar-usyar aku semacam. Aku macam dapat rasa dia cuba to play it cool.

Kalau dia bagi tahu yang dia dah ada someone, mestilah aku akan terasa hati. Kalau dia deny pun mesti aku tak percaya.

That night went off quite awkwardly. But whatever. Kembali kepada sesi makan-makan kat Padang Kota tadi. As I was saying, Abang Nazs pun telefon Abang Iz tanya dia ada kat mana dan conveniently dia ada kat Gurney Plaza dan would love to enjoy our little makan-makan. Lagipun dah lama tak jumpa baby Qimie katanya.

Ceh, statement selamat!

Anywho, dalam dua puluh minit lepas tu dia pun sampai. Masa tu aku dengan Abang Nazs tengah ratah our second bowl of kerang rebus. I have to admit that ‘boom, badoom, boom, boom, bass’ feeling tu masih ada bila Abang Iz tegur, salam dan tarik kerusi untuk duduk. He went on talking yang dia suka mamat yang nak sewa apartment dia tu dan dia macam relieved yang akhirnya rumah tu tak akan kosong lagi. That makan-makan session turns a bit awkward I should say. Entahlah.

Canggung gila kot kau makan semeja dengan ex kau yang obviously kau still ada hati kat dia dan kau harap dia tahu tapi kau takut gila nak bagi tahu dia.

Ah, whateverlah.

Lajukan lagi cerita kepada beberapa hari lepas tu. Abang Iz call. Dia kata hari tu merupakan hari terakhir dia kat Penang sebelum dia drive balik Singapore. So dia ajak jumpa. Aku laju je setuju tanpa betul-betul fikir panjang.

I gotta admit, kami break dah lama. Tahun 2005 macam tulah. In between 2005 dengan sekarang aku ada in relationship with a few other people (HIM, Rizal) tapi semuanya tak menjadi (d’oh… kalau menjadi takdelah aku meroyan macam sekarang ni, betul tak?) dan aku sendiri aware yang Abang Iz pun pernah go through a few unsuccessful relationships dalam tempoh waktu tu.

Aku macam dapat rasakan yang dia pun sebenarnya masih lagi ada hati aku aku cuma dia tak berani nak bagi tahu sebab dia nak aku yang bagi tahu kat dia dulu yang aku masih lagi suka kat dia.

Macam mana tu?

So entahlah. Our little meet-up kat KFC tempoh hari betul-betul beri aku kesan yang hebat. It is as if I am feeling like I have fallen in love at second time.

Korang macam mana, pernah rasa macam tu jugak tak? 


Ulasan