225: [siri ulasan buku] #12 - kelabu karya nadia khan.

Kelabu karya Nadia Khan merupakan novel keluaran Fixi yang terakhir untuk tahun 2011. Dengan terbitnya entri ulasan kali ini makanya lengkaplah ulasan kesemua sepuluh novel-novel Fixi yang terdahulu. Korang boleh KLIK KAT SINI untuk lihat senarai semua ulasan buku Fixi (dan buku-buku lain). Kalau by now my regular visitors tak familiar dengan Fixi aku tak tahulah nak cakap apa lagi.

=)

Mula-mula masa ia pertama kali diperkenalkan di fan-page Fixi, (siapa-siapa yang belum LIKE tu sila-silalah ye?) aku tertarik dengan kulit depannya yang memaparkan seorang lelaki berkamera dalam keadaan terbalik. Unik. Itulah salah satu daya penarik novel-novel Fixi, kulit depannya sentiasa lain dari yang lain dan mampu menarik mata pembeli.

Jujur aku katakan personally aku rasa Kelabu merupakan 'penutup' tahun 2011 yang terbaik buat Fixi. Aku akui ia merupakan novel paling tebal daripada penerbit tersebut (456 halaman) dan aku kira novel yang memakan paling lama untuk aku habiskan (mungkin disebabkan faktor aku sedang demam ditambah pula dengan ketebalan novel itu sendiri). Namun aku harus angkat topi buat Nadia Khan kerana telah berjaya menghasilkan satu karya yang aku yakin tidak akan jemu dibaca walaupun berulang kali. Percayalah!

Peringatan kepada sesiapa yang masih belum memiliki dan membaca Kelabu. Sila elakkan diri daripada membaca sinopsis di kulit belakang buku tersebut kerana ia akan membocorkan lebih kurang 75% komposisi novel tersebut.


Kelabu memperkenalkan pembaca dengan Amir, seorang freelance photographer yang banyak memperoleh job daripada Maya, perempuan jelita gila kerja. Amir punya seorang sahabat akrab bernama Shah, seorang lelaki (terus sahaja aku terbayang wajah si kacak Sharnaaz Ahmad) yang punya studio rakaman/jamming sendiri. Lajukan beberapa halaman dan pembaca akan ditemukan dengan Jun, seorang gadis genit jelita (entah kenapa Juliana Evans asyik melintas bila watak Jun ni muncul!) yang tawarkan Amir suatu posisi yang merupakan katalis kepada keseluruhan kisah Kelabu ini - dia mahu Amir menjadi kekasih kontraknya.

Aku enggan untuk huraikan plot Kelabu dengan lebih lanjut. Aku kira baik pembaca ulasan ini pergi dan dapatkan sendiri naskahnya dan baca sendiri kerana aku benar-benar hormati Nadia Khan sebagai seorang penulis sempoi dan aku mahukan elemen kejutan itu terus berlegar (walaupun aku rasa by now ramai dah tahu plot cerita Kelabu ni macam mana). Bersedialah bahawa bab 25 novel ini akan merubah perspektif anda terhadap watak utama novel ini secara 360 darjah!

Apa yang pasti, Kelabu dipersembahkan dalam bahasa yang segar dan mudah. Slanga dan code-switching menjadikan perbualan antara watak kedengaran autentik dan kadang-kadang pembaca akan terasa seperti sedang duduk semeja ketika Shah dan Amir sedang bersembang di kedai makan. Pembaca akan dibawa bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur, malah ke Melaka, Terengganu dan juga ke Melbourne, Australia!

Punyalah gigih si Amir ni mengembara hanya untuk mencari cinta. Eh, spoiler tak ayat aku? Tak kan? Hehehe...

"... mungkin selama ni awak berada dalam keadaan in denial, because you want that control and power in your life. You don't want to get hurt in a relationship, so your subconscious creates a world where a real relationship is impossible. Sampaikan awak percaya pada dunia tu dan terus duduk dalam dunia tu,"
- halaman 428, bab 53.

Kelabu stay true to its color dengan terus-terusan membuatkan pembaca berada dalam suatu kekaburan nyata. Mana yang betul, mana yang salah. Mana yang wajar, mana yang enteng. Mana yang intan, mana yang kaca.

[MINI SPOILER] Ramai yang cakap Amir akhirnya bersama 'yang itu' tapi aku sendiri tak pasti sebab aku rasa 'yang satu lagi' pun boleh jadi jugak. Macam mana tu? Dengan aku-aku ikut kelabu. Hehehehe... 

Oh, by the way... buku seterusnya dari Fixi adalah antologi 19 cerpen KOPI (sila KLIK SINI untuk ke fenpej Kopi, ye?). Yang best-nya antologi ni takkan dijual kat mana-mana kedai buku, hanya akan dijual secara eksklusif secara atas talian (online) ataupun kat events-events tertentu termasuklah Pesta Buku Antarabangsa 2012 nanti.

Eh, kenapa aku promote habis-habisan antologi KOPI ni? Hehehe...

Adelettew...

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
like the word adelettew!haha

thanks syai coz not spoiling the content:)
eva berkata…
nak cari lah.. tp xtau ada tak jual kat kedai buku d kuch ni huhu
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: by far kelabu would be my favourite fixi book after cekik kot. aku suka stail nadia khan menulis!
shandye. berkata…
@eva: try cri kat mph n major bookstores. klu susah sgt order je online. hehehe...
Cik Bambam berkata…
nak pinjam! hik3..
shandye. berkata…
@Cik Bambam: hukalohla... pg beli la cik akak oi... hehehe...
Tanpa Nama berkata…
mcm mana nk dptkn buku ni??skrg ni ada jual lg x??