216: Nikon 1 J1, Y U SO EFFING OHSEM???

First of all, please pardon the title. Aku tengah emo-emo belajar, lusa aku ada final exam.

Anyways, aku nak cakap sikit pasal kamera digital terbaru (#EhYeke?) dari Nikon. Nama dia Nikon 1 J1. Nak kata benda alah ni termasuk dalam kategori DSLR tak, nak kata kamera kompak (in other words, digital camera... d'oh!) pun tak jugak.



Aku sebenarnya memang dah lama mengidam nak ada satu kamera digital sendiri. Tak kiralah kamera kompak ke, DSLR (ni memang dah lama ada dalam wishlist aku tapi sampai sekarang belum mampu beli ~sobs) ataupun kamera lomo (pun dari dulu nak beli tapi sampai sekarang hajat tak kesampaian).

Apa-apapun, harga runcit yang disyorkan oleh pihak Nikon bermula dari RM1,999 untuk set yang disertakan dengan lens 10-30 mm. Kira standard la kot. Aku ingat nak singgah MidValley atau Low Yatt nanti nak try-test-cuba sendiri kamera Nikon 1 J1 ni, feeling-feeling macam ada duit nak beli la. Hehehe...

Interchangeable lens, boleh rakam video, super high speed sensor untuk ambil gambar imej bergerak (tak payah eccing-eccing nak tukar aperture segala bagai macam DSLR sebab kamera ni akan buat sendiri semua tu. Gila kentang!), sistem Active D-Lighting untuk kawalan cahaya maksimum...

Perrgghhh... memang ala-ala DSLR tapi versi kecik la pendek kata.

Tadi aku ada buat kira-kira sikit. Kalau aku save seminggu RM66.60, by the time birthday aku (*hint*hint* 6 bulan dari sekarang) aku ada cukup duit untuk beli sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Oh, gila loser beli hadiah untuk hari jadi sendiri. Ah, what the hell... =P

Tapi kekdahnya mampu ke aku nak save RM66 seminggu? Matieyhhh!!!

Dahlah semester depan aku dah pergi praktikal, sah-sah banyak duit nak pakai. Duit yang aku simpan masa kerja hari tu pun dah nak habis aku guna buat belanja makan/minum/lain-lain sepanjang semester ni.

Hurm...

Lambai-lambai dari jauh ajelah jawapnya Nikon 1 J1 ni.

=(

*ok, sambung study.

Ulasan

FaizalSulaiman berkata…
eh osem seh kamera ni. i was teringin nak beli dslr tp sampai skunk takmampu uols.hahahaha

adala sebijik kamera digital samsung. tu pun memadai.tp kalau ada rezeki lebih tak salah nak rembat 1:)
nizamsani berkata…
6 bulan lagi dah banyak 2nd hand kamera ni.bolehlah beli.
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: ala.. klu ada kamera leh amek gambar sama2 nnt. hehehe...
shandye. berkata…
@nizamsani: ha'ah ye tak ye jugak. hehehe....
hamizah afifah berkata…
adeh..beli hdiah utk diri sndri..bgus juga cdgn tu..nk wat juga lar nt...hihihi...

semoga dpt ur wish.. =)
hanaahmad berkata…
wow! macam menarik. aku dulu beli slr hasil duit kutu (hrp kau tahu apa itu kutu). kurang2 mcm menabung juga. dan baru2 ni aku beli satu lagi camera lomo (tak mahal pun). cuba simpan duit kurang2 RM1 sehari, lama2 bnyk apa. dan berjimat. insyaAllah boleh beli. ;)
Cik Bambam berkata…
kannnnn~!! santek kannn!! tp aku dh ada dgcam.. x baik mbazir.. tngu org bg adiah je lar eh.. xpon cam aku rosak baru bole beli! ahhaha
shandye. berkata…
@hamizah afifah: hehe... mudah-mudahan... AMINN!
shandye. berkata…
@hanaahmad: betul tu! menabung lama2 boleh beli! hehehe...
shandye. berkata…
@Cik Bambam: harap2 tahun ni ada la org sudi hadiahkan. kuikuikui...