268: selagi tidak berdarah, jangan kau akui yang kau pernah kecewa!

Aku rasa tak ramai yang tahu, sebab aku kira aku tidak khabarkan pada ramai orang. Kenalan rapatku juga tidak ramai yang tahu. Sebenarnya aku sudah selesai pengajian di peringkat jazah sarjana muda dan sedang menghitung hari untuk hari konvokesyen.

Gemuruh campur eksaited, kau bilang?

Ya, mungkin.

Tanggal 23 Oktober 2012. Mohon save the date dan datang ke majlis konvokesyen aku kalau sudi. Hadiahkan aku coklat banyak-banyak dan doakan aku gemuk sebab aku rasa jambangan bunga dan beruang disumbat kapas sangat mainstream.

Tapi sejujurnya aku lebih gemuruh menanti minggu hadapan sebenarnya. Ini adalah kerana minggu hadapan bakal terbit keputusan rasmi yang akan menentukan sama ada aku dapat menyambung pengajian ke peringkat seterusnya atau tidak.

Aku mohon agar aku berjaya sebab sebenarnya aku tiada backup plan lain selain yang ini. Betapa aku memperjudikan hidup aku.

"Bagaimana kalau aku gagal mendapatkan tempat?"

Ternyata tiada opsyen lain selain mencari kerja. Ya, mulut harus berisi, bil harus berbayar, kucing-kucing harus diselenggara.

Dan lebih penting lagi, bagaimana mahu beli...
... kalau tidak punya kerja?!
Sampai bila aku mahu tinggal secara gratis di bawah bumbung mama, ya tidak?

Makanya ada sesiapa yang mahu tawarkan aku kerja, atau tahu mana-mana syarikat yang mahu pakai seorang graduan TESL yang enggan mengajar di sekolah?

*ketawa nervous*

Sebut tentang kalau, aku terpanggil untuk teringat sahabat #TeamTBS aku, Lord Zara si Guminho berjilbab.  Perkhabaran kurang enak yang aku terima lewat SMS pagi tadi sebenarnya amat mengejutkan aku. Mana tidaknya, sebelum ini beliau amat eksaited menceritakan perihalan dirinya yang mahu membuat kontinuasi pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Namun ternyata Tuhan menidakan rezeki kali in kerana mahu berikan rezeki yang jauh lebih besar dan bermakna. Baca ini, kak Zara dan percayalah!

"Selagi tidak berdarah, jangan kau akui yang kau pernah kecewa!"
- anon.

Aku juga pernah kecewa.

Dengan keluarga, (bekas) kekasih, sahabat handai, kucing belaan, diri sendiri.

Pendek kata aku sudah begitu banyak kali kecewa. Tetapi aku seringkali ingatkan diri yang tiada lain selain jalan ke hadapan yang akan membolehkan kita menemui cahaya di hujung terowong hidup ini. Makanya janganlah dipresi sangat kalau tersungkur kerana aku yakin benar Tuhan telah janjikan sesuatu yang lebih spesial dan menggiurkan kalau dia menidakkan apa yang kita dambakan.

Uhm... cukup-cukuplah mengomel, aku mahu sambung baca Perempuan Nan Bercinta.

Kthnxbai.

Ulasan

Macam mana mahu beli designer shoes eh?

Hahaha.
Kamu buat aku ketawa buddy. Ketawa untuk menutup kesakitan. Bukan tak pernah kecewa - tapi bila melibatkan kecintaan pada ilmu, aku kalah. Kalah dengan hakikat perjuangan aku terhalang. Tapi, aku takkan berhenti. Kalau Abah boleh sambung Masters pada usia 40 tahun, kenapa aku yang belum 25 ni mahu berhenti kejar impian?

Tulisan itu melampiaskan rasa kecewa yang merasuk diri. Terima kasih #TeamTBS! Ah, nanti kalau ada kesempatan - mahu jenguk kamu sewaktu graduasi. Mungkin coklat panas lagi sebagai peneman bertukar cerita?

:)
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: waaa... di bulan puasa jangan sebut pasal coklat panas. nanti terkurus pahala seba asyik teringat-ingat! hahahaha... eh, kamu HARUS baca perempuan nan bercinta. ia amat provokatif, sedikit mengelirukan tetapi amat in-depth. aku rasa seperti almost mahu mula pakai tudung membacanya. sungguh! hahahaha....
Faizal Sulaiman berkata…
untuk zara dan syaihan, jangan mengalah ya!
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: mengalah untuk apa? eew. =)
SUDUT MATA SAYA berkata…
good luck utk keputusan sambung belajar!good luck juga dlm mencari pekerjaan jika hasratmu itu tidak tercapai!kerana percayalah semua tempat ada rezeki untuk kita,cuma kita saja yang harus pandai mengintai peluang. cheers! :)
shandye. berkata…
@SUDUT MATA SAYA: seperti mahu tersangkut nyawa harus tunggu minggu hadapan. huhu... thanks btw... harap kalau dpt sambung belajar sy tidak akan dibuli oleh rakan sekelas. haha...
Unknown berkata…
insyaallah ada rezeki tak kemana. kita berkongsi impian yang sama designer shoes-walaupun wanita itu menakutkan...
shandye. berkata…
@izzad bahruddin: cuba google 'manila luzon' dan perhatikan betul2. apakah dia seorang wanita sebenarnya? hahahaha....
LOMOmaniac berkata…
Wah! Pemberi semangat pada LZ di blognya adlh penulis Bisik! Hebat! Org hebat mmg kwn2 nya hebat juga!