205: gian hendak petik benda itu.


Apakah persamaan di antara Zee Avi, Jack Johnson dan TheVenopian Solitude?

Buntu?

Clueless?

Jawapannya ialah ketiga-tiga mereka menggunakan ukulele sebagai instrumen muzik utama mereka. Ala, ukulele tu macam gitar kecil yang  sekali tengok nampak macam mainan budak-budak tu. Pernah tengok tak?

Sedikit sejarah tentang ukulele. Alat muzik ini berasal daripada Hawaii sekitar kurun ke-19 dan kini telahpun tersebar secara meluas ke seluruh pelusuk dunia, dengan majoriti penggemarnya tertumpu di Amerika, Jepun, Britain dan juga Kanada.

Sebenarnya kalau hendak diikutkan, aku sudah banyak kali berpeluang untuk belajar main gitar. Sejak lepas tingkatan lima, bekas kekasih ada juga membuat attempt untuk ajar, bekas teman sebilik masa di UiTM juga pernah mahu ajar aku. Tetapi entah di mana silapnya (aku enggan mengaku yang sebenarnya aku sendiri yang liat hendak berlatih.. hehehe..) sampai sekarang aku tak pandai-pandai hendak main gitar.

Tempoh hari ketika anak ikan dari Indonesia yang sering datang lepak bilik aku bawa ukulelenya yang berwarna hitam, aku terpana. Nampak senang hendak main benda alah itu, memandangkan ia hanya mempunyai empat tali.

Teringin. Memang teringin.

Oleh itu kelmarin aku godek-godek internet, tonton klip video tutorial bermain ukulele dan beberapa panduan membeli ukulele permulaan. Harga untuk sebuah ukulele permulaan juga tidaklah mahal, sekitar RM65-RM200 sahaja. Memang affordable. Aku temui beberapa website lokal yang menjual ukulele secara atas talian dan terus sahaja hubungi mereka lewat emel. Hujung minggu ini aku mahu ketemu dua daripada beberapa yang telah bersetuju untuk bertemu aku, mereka mahu demonstrasikan cara bermain ukulele secara percuma!

Rupa-rupanya penggiat dan penggemar ukulele tempatan benar-benar enthusiastic mahu kongsikan pengetahuan dan pengalaman mereka kepada newbie seperti aku! Terharu sekejap.

Tak sabar hendak pegang dan petik (dan berkemungkinan besar beli satu) ukulele!

Ngee…

=)

untuk info lebih lanjut singgah je links yang aku dah sediakan kat bawah ni:

Ulasan

best tu shandye....nnt dh blh main satu lagu, share la kt sini...^_^
hanaahmad berkata…
wo,wo,wo...aku adalah orang yang kepingin sangat nak belajar main gitar dan ukulele ni..wey, aku nak belajar jugak!
Cik Bambam berkata…
wooohooo~ pastu buat vlog update u olls main ukulele lak ek.. hik3..