Buntu?
Clueless?
Jawapannya ialah ketiga-tiga mereka menggunakan ukulele
sebagai instrumen muzik utama mereka. Ala, ukulele tu macam gitar kecil
yang sekali tengok nampak macam mainan
budak-budak tu. Pernah tengok tak?
Sedikit sejarah tentang ukulele. Alat muzik ini berasal
daripada Hawaii sekitar kurun ke-19 dan kini telahpun tersebar secara meluas ke
seluruh pelusuk dunia, dengan majoriti penggemarnya tertumpu di Amerika, Jepun,
Britain dan juga Kanada.
Sebenarnya kalau hendak diikutkan, aku sudah banyak kali
berpeluang untuk belajar main gitar. Sejak lepas tingkatan lima, bekas kekasih
ada juga membuat attempt untuk ajar,
bekas teman sebilik masa di UiTM juga pernah mahu ajar aku. Tetapi entah di
mana silapnya (aku enggan mengaku yang sebenarnya aku sendiri yang liat hendak
berlatih.. hehehe..) sampai sekarang aku tak pandai-pandai hendak main gitar.
Teringin. Memang teringin.

Rupa-rupanya penggiat dan penggemar ukulele tempatan
benar-benar enthusiastic mahu
kongsikan pengetahuan dan pengalaman mereka kepada newbie seperti aku! Terharu sekejap.
Tak sabar hendak pegang dan petik (dan berkemungkinan besar
beli satu) ukulele!
Ngee…
=)
untuk info lebih lanjut singgah je links yang aku dah sediakan kat bawah ni:
Ulasan