Semuanya tampak sempurna. Kau dan dia baru sahaja selesai
menonton wayang dan melangkah keluar dari panggung wayang, menuju ke kereta. Dia
bisikkan ke telinga kau yang dia mahu tunjukkan kau rumahnya. Kau angguk saja,
bersetuju sebab setakat ini janji temu yang sedang kau jalani bersama dia
berjalan dengan lancar dan si dia benar-benar mempesonakan.
Dalam hati kau berkontemplasi: “Ah, just one drink. Tak ada
apa-apa kot.”
Dia terus sahaja bawa kau ke kediamannya: semua apartment
mewah di hujung kota. Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu, bau harum jasmin
menjamu hidung. Kau selesakan diri di sofa sedang dia ke dapur terbuka di sisi
ruang tamu, tuangkan kau segelas teh krisantemum sejuk.
Kau dan dia berpegangan tangan dan kau berharap benar agar
magis janji temu pertama ini berterusan. Dia tampak terlalu sempurna dan kau
mulai mengimaginasikan anak-anak yang bakal kau miliki bersama dia, kau mula
pasang cita-cita tentang percutian eksotik yang kau harap dia akan bawa kau
untuk ulang tahun perkahwinan kalian, kau mula berangan mahu menjalani sisa-sisa
tua bersama dia.
Jemari berkait dan dada kau berombak. Dia bilang yang dia
benar-benar suka akan kau dan harap dapat keluar bersama kau lagi di lain
waktu. Kau bilang kau ada kelas pagi jadi kau minta dia hantar kau pulang ke
kampus. Dia angguk dan kucup pipi kau. sedang kau dan dia berpelukan, kau
ternampak sesuatu pada meja kopi di hadapan sofa.
Sebuah frem gambar dia dengan seorang wanita sedang
tersenyum, memangku seorang anak kecil yang comel di dalam dres kuning.
Dia sudah berkahwin rupanya!
Kau mula rasa seperti sampah dicampak ke dalam perut. Semak.
Kau mahu lekas keluar dari situ.
Apakah kau sanggup memandang melepasi status si dia yang
sudah beristeri hanya kerana kau rasa yang kau dan dia punya harapan cerah
untuk hidup bersama?
Ada seorang kenalanku mengaku yang dia sedang menjalin hubungan dengan seorang suami orang. Alasannya, si suami itu sudah tidak dipedulikan oleh isterinya. Makanya dia fikir tidak salah baginya untuk menggantikan tempat si isteri tersebut.
Ada juga kenalanku yang sanggup memutuskan perhubungan dengan seorang lelaki yang menjadi pacarannya selama lapan bulan apabila dia mengetahui yang lelaki itu merupakan suami orang.
tp klu si suami tu kacak gilers mcm si Zed Zaidi ni bagaimana pula? |
Bagi aku, semestinya aku tidak selesa mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki yang berstatuskan suami orang. Bukan sahaja ini tidak adil bagi aku, malah aku tidak mahu menjadi katalis kepada keruntuhan rumah tangga antara dia dan isterinya. Kalaupun dia akui yang memang dia dan isterinya punya masalah sekalipun, itu bukan tiket bagi sesiapa untuk masuk campur.
Entahlah. Apa pendapat kalian.
Syerlah di ruangan komen di bawah.
Kthnxbai.
Ulasan
tinggalkan kot. tapi kalau dah sayang bukan senang nak tinggalkan.
padehalll~!!
terus skandal smpi skang.. bini dia pon dah tahu dan redha..asalkan dia x diceraikan.. i pon dah puas nasihat dia.. jodoh org kita tak tahu kan.. selagi boleh dielak..elaklahhhhh wahai manusiaa! huhu
bina masjid dari sisa bangunan masjid yg runtuh..sampai mana ia kukuh? Wallahualam..
Ada yg kutuk org yg wat camtu tp last2 tjebak. Byk yg aku dah tgk. Hrp aku dijauhkan...scary weh